Tuesday, May 10, 2011

Huda.. So Cute!!!


1 Mei setiap tahun merupakan hari pekerja dan cuti umum kat Malaysia ni. Kebetulan tahun ni 1 Mei jatuh pada hari Ahad, so secara automatiknya setiap cuti umum yang jatuh pada hari Ahad akan digantikan pada hari Isnin esoknya.. So, last week cuti agak panjanglah, 3 hari dan semestinya peluang ni tak dilepaskan oleh rakyat Malaysia untuk pulang ke kampung..

Tak terkecualilah kami juga, mak long, maksu dan pakcik Irul Huda.. So, last Friday dalam jam 5 petang kami pun memulakan misi pulang ke kampung di Kota Tinggi, Johor.. Bukan tak boleh balik hari Sabtu, tapi nak jumpa Huda sebab dia nak balik ke rumah opah Kuantan hari Sabtu tu.. Setelah hampir 6 jam perjalanan, kami pun sampai.. Selalunya dalam 5 jam je tapi dalam perjalanan hujan turun lagipun memandu malam suasananya lain, kena lebih berhati-hati.. Sampai je rumah, Huda pun tak tido lagi, so sempatlah main-main dengan dia jap.. La ni, Huda dah makin ligat pastu suka gelak besar.. Nak citer banyak pun tak reti, tengok je la gambar-gambar ni, so cute..hehehe..



Apa yang pasti, Huda semakin bijak sekarang.. Sekali tengok je apa orang buat, dia dah boleh tiru.. Silap-silap apa yang orang buat pada dia, dia buat kat orang tu semula..hehehe.. Rambut pun makin panjang tapi sebab kerinting, tak nampak panjangnya.. Lepas mandi je boleh buat ikat pony tail.. Tapi sejemput jek.. Comel..hihihi.. Makan tak memilih, janji dia rasa sedap, mintak bila orang makan.. Muruku pun Huda makan walaupun gigi baru tumbuh depan je.. Itupun baru 4 batang.. Rindulah kat budak comel ni.. Lagi bila makin bijak ni, lagilah mak long rindu.. Sekejap je dah setahun setengah usia Huda.. Harap-harap bulan depan boleh jumpa Huda lagi kat kampung Muar sempena majlis tahlil arwah atok yang ke-100 hari.. Insya ALLAH.. Sape-sape yang rindu kat Huda, jomlah layan gambar-gambar ni..












0 Kata-Kata Hikmat: