Thursday, May 5, 2011

Kota Tinggi - Sungkai - Bangi - Puchong


Last weekend cuti agak panjang, 3 hari, so aku pun macam orang lain gak tak lepaskan peluang balik kampung. Balik dengan adik-adik aku, bertolak masuk highway dari Bangi lepas amik adik aku kat umah dia dalam kul 5 petang Jumaat tu. Nak lepas plaza tol amik tiket pun dah beratur panjang.. Al-maklum ada satu je plaza tol tunai kat Bangi tu.. Perjalanan ok cuma bila dah tiba area Muar, Batu Pahat hujan turun agak lebat.. So, terpaksalah lebih berhati-hati.. Nasib baik sekejap je.. So, kira perjalanan lancar jugaklah.. Berenti 2 kali kat R&R Pagoh dengan R&R Machap.. Kat R&R Pagoh tu nak me'relax'kan badan dan mata setelah separuh perjalanan.. Sambil-sambil makan minum nak dapatkan tenaga semula..hehe.. Kat R&R Machap tu pulak berenti isi minyak.. Budget minyak cukup sampai tol Kulai tapi bila tengok jam dah kul 9 malam, risau pulak mana tau stesen minyak dah tutup ke nanti.. So, baik isi siap-siap.. Alhamdulillah, lagi 10 minit ke jam 11 malam, kami pun sampai.. Tengok-tengok Huda pun tak tido lagi, wah!! syok la layan dia sekejap.. Makin ligat sampai tido pun tak nak sebab nak main lagi.. Lagi-lagi pakcik Irul rajin melayan.. Suka la dia..

Esoknya Huda satu family balik Kuantan, nak jumpa opah dengan atok Kuantan.. Lama dah tak jumpa, rindu kat Huda sampai demam2 atok Rahman.. Sian.. Dalam kul 1 petang adik aku yang dok Subang pulak tiba.. Kira bergilir la adik aku no. 2 dengan no. 3 ni.. No. 2 ada, no. 3 belum sampai.. No. 3 sampai, no. 2 dah bertolak umah mertua..hehe.. Sabtu tu tak pegi mana2 pun.. Pulaknya petang tu hujan lebat sampai keesokan paginya.. Mmm..memang malas la nak keluar.. Petang Ahad tu cuaca pun ok, kitaorang gi jalan2 ke pantai Tanjung Balau, sebelah pantai Desaru, dalam 20-30 minit dari rumah kitaorang.. Adalah pesta sempena kempen melawat Kota Tinggi 2011.. Macam-macam gerai jualan ada.. Tapi, biasalah bagi kitaorang yang dok dekat situ, takde apa pun yang menarik.. Maklumlah tempat sendiri.. Kalo orang dari luar mungkinlah excited..hehe..

Pagi Isnin, masing-masing dah ready nak balik.. Actually aku apply cuti untuk Selasa tu sebab memang plan nak balik Selasa pun, nak elakkan jalan jammed kononnya.. Tapi mak aku cakap kesian kat adik aku yang study kat Sungkai tu balik naik bas sorang2.. So, baliklah jugak hari Isnin tu.. Keluar rumah kul 11.30 pagi.. Berenti kat R&R Ayer Keroh, rehatkan badan dan mata.. Makan minum dulu.. Sambung perjalanan, sebelum tiba exit Senawang, jalan dah start jammed.. Nasib baik tak teruk sangat, sebab trafik masih berjalan walaupun slow..




Kul 5 lebih masuk simpang nak gi KLIA, Ipoh.. Sampai R&R Rawang, berenti jap isi minyak.. Masa tu dah kul 7 malam.. Kuar je dari R&R Rawang, hujan pun start turun.. Perghhh!!! Selebat-lebat hujan.. Nampak lampu kete depan je.. Terpaksalah lebih berhati-hati sebab dalam cuaca macam tu macam-macam boleh jadi.. Walaupun kita berhati-hati, takut kecuaian pemandu lain pulak.. Pandu pun tak laju mana, dalam 90km/j.. Dalam kul 8 malam, sampailah Sungkai.. Berenti makan malam dulu.. Tapi punyalah lama tunggu makanan sampai.. Dekat 45 minit tunggu..

Dalam kul 9 lebih lepas hantar adik, kitaorang bertolak balik KL.. Sepatutnya perjalanan dari Sungkai ke Puchong dalam 1 jam setengah je.. Tapi malam tu kul 12 malam baru tiba area Puchong.. Giler punya jammed dari utara ke KL.. Pastu aku bukan terus balik umah, kena hantar adik aku kat Bangi dulu.. Last2 sampai rumah kul 1 pagi.. Mak aih!!! Giler betul perjalanan aku hari tu.. Lebih dari 12 jam tu.. Dan aku sorang yang drive sepanjang perjalanan tu.. Sampai rumah memang penat giler.. Yang terbayang dalam kepala ni bantal, tilam.. Tapi yang lawaknya, sampai umah boleh layan lagi tengok TV.. Mangkuk betul.. Tapi akhirnya terlena juga bila jam mencecah 2.30 pagi.. Esoknya bangun lambat le, apalagi.. Nasib baik aku cuti ari Selasa tu.. Memang hari bermalas-malasan la jawabnya..hahahahaha..










0 Kata-Kata Hikmat: