Malam tadi bos belanja dinner.. Eh, bukan aku sorang daa.. Semua staff opis.. Sempena ulangtahun ke-10 tahun opis tempat aku bekerja.. 10th anniversary la.. Alhamdulillah, diam tak diam dah 10 tahun company ni beroperasi.. Walaupun aku bukan pioneer, baru je 7 tahun keje kat situ, tapi aku pun turut berbangga dengan pencapaian company ni.. Segala pahit manis kepayahan kesenangan company ni turut diharungi bersama.. Ceh!! Loyal beno bunyinya ye..hihihi.. Bukan pasal loyalty, tapi aku seronok dengan keje aku kat company tu.. So, buat masa sekarang ni tak terfikir nak berhijrah kemana-mana.. Kalo terpaksa meninggalkan company ni satu hari nanti, maybe because of personal reason bukan nak keje kat company lain.. Agaknya le..hahaha.. Nak jadi surirumah, besokan anak-anak sendiri..hehe.. InsyaALLAH..
So, mana kitaorang pegi? The Empire, Subang Jaya.. Tak familiar? Ala, dekat-dekat dengan Subang Parade.. Aku pun 1st time datang sini sebab sebelum ni tak tau pun kewujudan bangunan ni..hahaha.. Bolehlah, besar gak.. Setakat nak ronda-ronda window shopping jamu mata, ok kot.. Tapi malam tadi tak sempat nak ronda pun, yelah datang untuk makan, mana sempat nak kemana-mana.. So, apa restoran pilihan bos kitaorang? Chili's.. Mesti pernah dengar kan? Tapi tak pernah masuk..hehehe.. Western restaurant, more on steak, grilled food, burger.. Asalnya dari Texas, USA.. Texas ni kan dekat dengan sempadan Mexico, so makanannya more on Mexican food... Mmm..aku pun tak tau nak makan apa sebab tak pernah makan kat sini.. So, at last pilih makanan berdasarkan description and picture yang ada dalam menu..hehehe..
Tengok gambar ni macam sedap je kan.. Dengan udang, ayam, daging.. Namanya Fajita Trio.. Ingatkan cuma macam dalam gambar ni je yang akan dihidangkan, rupanya siap sengan roti tortila, keju, sour cream dan apa ntah lagi.. Makannya kena bungkus semua macam makan popia tu..hahaha.. Macam-macam.. Maklumlah tak pernah makan.. Pergh!! Memang kenyang giler la malam tu.. Bos siap offer dessert lagi tapi masing-masing dah tak larat.. Last-last share Molten Chocolate Cake.. Kek coklat yang dalamnya ada sos coklat panas dan atasnya ada aiskrim.. Sedap tuuuuu....
Alhamdulillah, terima kasih bos atas dinner ni.. Semoga ALLAH akan memurahkan lagi rezeki untuk company bos.. Dan terima kasih juga atas semua ganjaran yang telah diberikan kepada kami selama ni.. Sama-samalah kita memajukan lagi company ni.. InsyaALLAH...
0 Kata-Kata Hikmat:
Post a Comment