Tuesday, September 27, 2011

Atok & Nenek Singgah ke Puchong..


Semalam atok dan nenek Huda datang Puchong.. Singgah sebentar di rumak atok su kat sini.. Sambil-sambil nak tengok umah baru atok su..hehehe.. Opps, bukan berdua je, maksu dengan atok uda Huda pun datang sekali.. Actually atok uda Huda yang ada urusan kat KL.. Kete anak dia ada problem.. Tu yang dia datang dari Johor semata-mata nak tengok apa problemnya.. Kasih seorang ayah terhadap anaknya.. So, semalam maksu Huda amik cuti le.. Menurut nenek Huda, sampai kat bandar KT dalam kul 9 pagi, selesaikan urusan atok kat situ, jemput atok uda, terus bertolak.. Kiranya dalam kul 2-3 ptg kot sampai.. Then pegi Dengkil sebab kete yang rosak tu tersadai kat sana.. Anta gi workshop, itu ini, selesai dah urusan kat sana.. Then atok uda gi Putrajaya, HQ office, anta report keje.. Tengok-tengok ada masa sikit dan sempat nak singgah Kinrara.. So, bergeraklah ke Kinrara.. Dalam kul 5.30 ptg sampailah Kinrara.. Sebelum tu atok Huda dah call, dia cakap dia otw g umah atok su.. Kalo nak jumpa dia, datang le ke sana.. 5.30 ptg je mak yong pun chow, balik umah mandi dulu.. Dah wangi baru gi umah atok su Huda..

Sampai-sampai tengok diorang tengah nak makan.. Join sekali le, rezeki..hehe.. Atok Huda pun complaint mak yong makin kurus.. Tak cukup makan bah, huahuahua.. Kalo makan kul 6.30 ptg bolehlah considered as dinner.. Or maybe pre-dinner la.. Kalo lapo lagi malam-malam, makan lagi, baru betul-betul dinner..hehehe.. Alhamdulillah, kenyang.. Actually semalamnya atok su buat open house.. So, makanan untuk open house tu pun still ada baki lagi dan masih elok lagi.. Rezeki tak elok dibuang-buang.. Masih elok lagi, makan la.. Bersyukur dengan rezeki yang ALLAH Limpahkan.. Bayangkan mereka yang kurang bernasib baik di negara-negara bergolak, nak makan pun kena berebut, siap bergaduh lagi.. Kita kat sini, senang je.. Sebab tu kena bersyukur sentiasa..

Dah selesai makan, nenek Huda gi mandi, satu hari berjalan melekit badan.. Dah lepas mandi, solat, lepak semula kat meja makan.. Tup-tup pak uda Huda pun sampai dengan mak uda Dell.. Borak-borak sambil makan-makan apa yang ada atas meja.. Tapi disebabkan hari ni maksu Huda keje, terpaksalah balik Johor malam tadi jugak.. Aduhai, siannya.. Pegi dan balik dalam masa sehari.. Penatnya badan.. Nasib baik ada dua driver, boleh ganti-ganti.. Orang muda lagikan penat inikan pulak orang yang dah berumur.. Alhamdulillah, dalam kul 2 pagi, sampai Lok Heng dengan selamat..

Lepas atok Huda bergerak, mak yong, pak uda dengan mak uda Dell lepak-lepak kat umah atok su Huda.. Nek su gi klinik amik MC sebab semalam dia tak keje.. Bila dia dah balik, borak-borak lagi..hehehe.. Biasalah, kalo jarang jumpa ni, sesekali jumpa banyak citernya.. Kadang-kadang bila dah borak sampai tak perasan masa yang berlalu.. Tengok-tengok jam dah dekat kul 11 mlm.. Atok su pun dah tertido depan tv.. Penat dari open house tak hilang lagilah tu.. Mana taknya masak sendiri, bukan tempah katering ye.. Itu yang tiap-tiap tahun ramai tetamu datang.. Sedap..hehehe.. So, apalagi, kami pun meminta diri untuk pulang.. Hujan pulak, nasib baik dah tak berapa lebat.. Masing-masing masuk kete, start enjin, memulakan perjalanan ke destinasi masing-masing.. Alhamdulillah sampai rumah dengan selamat..





Yang kat atas ni gambar-gambar masa open house.. Ala, amik gambo sesama sendiri jek.. Malas la nak amik gambar semua orang.. Malu uuu.. Bukan photographer pun..huhu.. yang kat bawah ni gambar masa atok dengan Huda datang Kinrara semalam.. Lokasi sama, so lebih kurang sama jelah background kat gambar-gambar ni..hehe..












0 Kata-Kata Hikmat: