Hai semua.. Harap-harap Monday blues tak berapa melanda la hari ni ye.. Mana le tau still dalam mood cuti..hehehe.. Cuti sekolah pun akan bermula seminggu dari sekarang, betul tak? Mmmm..ramai le mak bapak yang akan cuti-cuti Malaysia gak.. Sambil bawak anak-anak makan angin, mak bapak pun leh rehat sekali.. Bestnya bila sesekali dapat cuti panjang.. Syiok oooo...<
Last week pun cuti gak kan? Raya haji.. Dapat le sampai 3 hari.. Tapi Selasa last week aku ada keje kat Pasir Gudang, kira outstation la.. So, dah alang-alang ada kat Johor, teruskan je la cuti tu..hehe.. Dan disebabkan aku plan nak gi umah anak sedara aku yang comel tu, aku pun minta le tambahan cuti sampai hari Khamis daripada bos.. Dapat le plak, Alhamdulillah.. Aku pegi umah anak sedara aku petang Rabu, sama-sama dengan mak n abah aku sebab diorang nak bawak si kecik tu balik kampung.. So, Rabu malam tu tido la kat rumah adik aku, esoknya masing-masing bergerak ke destinasi masing-masing..
Raya haji kitaorang kat Muar then petang Isnin tu masing2 dah balik.. Aku plak ada keje kat Pasir Gudang, so aku pegi umah makcik aku kat Pasir Gudang, stay 3 hari 2 malam kat sana.. Masa kat situ takde projek lain, baking cake je la.. Ilmu baru makcik aku baru dapat.. Tu yang excited nak masak je.. Pagi Rabu tu makcik aku ajak masak kek, nak suh aku bawak gi umah cucu sedara dia.. Amboi2 rajinnya nenek.. Aku pun menolong la sekali, ala2 assistant gitu.. Steps nak masak pun senang, so, okla kan.. Bila dah masak, wallahh!!! Daebak!!! Sampai merekah ala2 gunung berapi baru lepas meletus uuuu.. Mehlah aku tunjuk gambo kek tu.. Oh ya, ni Moist Chocolate Cake tau.. Sangat senang nak membuatnya.. Nanti aku tulis resipinya sekali k..
Pandangan dari atas.. Siap ada kawah letusan gunung berapi lagi..hehe..
Ni dari tepi.. Looks so yummyyyyy.. Terlebih tembam..haha..
Amacam? Terliur tak? Aku kalo coklat2 ni memang favourite.. Chocolate bar, ice-cream, cake.. Apa2 je la.. Pasti takkan hampa kalo aku yang jumpa.. Confirm habis..hehehe.. Kalo teringin nak masak kek ni, ikut je la resepi kat bawah ni ye.. Happy baking..
Mula-mula kena panaskan pengukus (steamer) dulu ye..
Bahan A
1.1/2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu soda bikarbonat
1 sudu baking powder
- Semua bahan A dicampur dan diayak sebanyak 3 kali.. Cawan menyukat mestilah sama ye..
Bahan B
1 cawan minyak jagung - kitaorang guna minyak masak biasa je
1.1/2 cawan gula halus - kitaorang kisar gula kasar pastu guna 1 cawan je..hehe..
2 biji telur ayam gred A- yang bersuhu bilik ye (simpan kat luar), bukan yang dalam peti ais
1 camca kecil garam halus
1 cawan susu cair
- Campurkan minyak jagung dan gula halus sehingga sebati dan larut. Kacau guna spatula buat kek, resepi ni takyah guna mixer. Kitaorang kacau guna senduk cedok nasi je..hehe..
- Masukkan telur ayam satu persatu, kacau sehingga sebati..
- Masukkan garam halus dan kacau..
- Masukkan susu cair dan kacau sehingga sebati..
- Masukkan bahan A sedikit demi sedikit ke dalam bahan B. Kacau sehingga sebati..
Bahan C
1 cawan air panas mendidih
- Setelah bahan A dan bahan B sebati, masukkan air panas dan kacau sehingga sebati..
Masukkan hasil akhir ke dalam loyang yang telah dialas plastik dan dioleskan sedikit minyak. Saiz loyang terpulanglah ye.. Tapi aku rasa yang kitaorang buat ni, medium size kot..
Kukus selama 1 jam dengan suhu api yang sederhana - kek kitaorang merekah sebab api kuat sangat kot..hehe..
Bila dah masak, keluarkan dari pengukus dan biarkan sejuk.
Lepas tu korang bolehlah hiaskan ikut citarasa masing-masing. Kalo nak makan camtu pun sedap gak.
P/S :
Ikut pandangan aku berdasarkan pengalaman dan rasa, kalo nak makan camtu je, sukatan gula halus tu bolehlah dalam 1.1/4 cawan sebab kalo 1 cawan, rasanya tak berapa manis, pahit lebih dominan.. Tapi aku suka camtu, pahit-pahit lemak koko..huhu.. Tak berapa gemar makan yang manis-manis sangat ni..hehe
Kalo nak topping atau letak aising, 1 cawan gula halus cukuplah kot.. Sebab dalam aising tu mesti tambah gula gak kan? Mmm..pandai-pandai korang la ye.. Try n error.. Citarasa setiap orang ni kan berbeza..hehe..
0 Kata-Kata Hikmat:
Post a Comment