Friday, December 23, 2011

I Miss Johor..


Hehehehe.. Sedih beno tajuk kat atas tu ye.. Rindu-rinduan gitu.. So, kalo dah rindu bebeno tu, apalagi? Balik kampung leeeeee.. Kesimpulannya, nak bagitau aku nak balik kampung le tu.. Tajuk yang mempunyai maksud tersirat..kihkihkih..

Esok mesti ramai yang plan nak balik kampung kan? Maklum le, hari Isnin kan cuti ganti untuk Krismas.. 3 hari bercuti, agak lama la jugak tu.. Aku pun tak nak le ketinggalan.. Haruslah turut sama menyesakkan highway esok.. Tapi bukan 3 hari ye, tapi 10 hari.. Diulangi, 10 hari.. Ceh!!Riak sungguh bunyinya kan..hehehe.. Actually aku amik cuti 4 hari, balik kampung.. Nak manja puas-puas dengan mak aku..huahuahua.. Mentel beno bunyinya kan? Takdela, saje je cuti lama sikit.. Cuti tahun aku pun ada 14 hari lagi.. So, watpe nak simpan lama-lama kan? Apply dan bercuti le.. Itu pun ada baki 8 hari lagi.. Bawa le ke tahun depan.. Prepare untuk cuti tahun depan.. Mana le tau tetiba nak kawin.. Opppsss.. Biar betul..hahaha.. Aku pun tak tau.. Tunggu dan lihat je la ye..

Sebenarnya dah tak sabo nak balik kampung ni.. Nak jumpa family (padahal baru je jumpa Isnin lepas).. Dan yang paling tak sabo, nak jumpa Huda le.. Nak celebrate hepi besday yuyu Huda dengan nenek..hehehe.. Takpe, sabo.. Insya ALLAH, esok dapatlah jumpa budak comel tu.. Mak yong rindu kat Huda sesangat ni..

Nampaknya sampai sini je le story untuk kali ni.. Rasanya bila kat kampung nanti, tak dapat le nak update blog ni.. Maklum le, kat sana takde internet coverage.. Tahun depan le kita bercerita lagi ye..

SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN TAHUN BARU 2012!!




Wednesday, December 21, 2011

Ucu Dah Dapat Sijil.. Congrates..


Semalam mak yong amik cuti sebab nak attend majlis penganugerahan sijil untuk ucu Wani.. Ucu dah abih belajar.. Semalam dah dapat sijil tamat belajar.. So, hari Isnin lepas, nenek dengan atok turun Kinrara lagi.. Last month majlis konvo pakcik Irul.. Semalam ucu pulak.. Nasib baik atok dah ada kete, cuma kena standby duit minyak dengan tol je la..

Majlis diadakan kat Dewan Merak Kayangan Felda.. Aduhai, kat mana la pulak lokasinya ni.. Dahlah mak yong ni tak pernah sampai area situ.. Majlis pulak dalam surat akan bermula pada pukul 8.30 pagi.. Lagilah aduhaiiii.. Maklum le, area KL ni kalo pagi2 takyah cakaplah camne 'jammed'nya.. So, daripada last week mak yong dah survey arah nak ke sini.. Dalam google map le..hehehe.. Study betul2 arah, siap imagine lagi dalam kepala otak ni.. Semalam pukul 7 pagi dah kuar rumah tau, takut tersangkut dalam jammed.. Pass sampai exit ke Jalan Semarak.. Pastu tersalah masuk lorong daaa.. Sebab dalam google map dia tunjuk exit kat tempat lain.. Then akan lalu menara Celcom.. Yang ni tak payah lalu.. Kira sebelum exit Celcom tu la.. Dah tersalah tapi nasib baik belum terlepas belok yang kena masuk tu.. Cuma tersalah masuk lorong la.. Natijahnya, kena hon dengan kete yang beratur kat belakang.. Sebab kete mak yong kat lorong terus tapi bagi signal ke kanan.. Soriiii, saya tak biasa kat kawasan ni.. Dahlah kat depan ada polis trafik.. Nasib baik tak kena marah..huhu.. Cari punya cari, jumpa jugak.. Alhamdulillah, senang hati.. Nak tau pukul berapa kitaorang sampai? Kul 7.35 pagi..hahahaha.. Awal giler.. Orang lain pun tak sampai lagi..

So, lepas parking tu pegi le sarapan kat kafe dalam bangunan Felda tu.. Then kul 8.15 pagi bergerak ke Dewan Merak Kayangan Felda.. Takyah guna pass nak masuk.. Sape2 pun boleh masuk.. Ingatkan macam konvokesyen U tu.. Yela, student pun tak ramai, dalam 300 orang je.. Dan tak semua family datang, so banyak la seat kosong.. Nak memeriahkan majlis, sape2 pun leh masuk..hehe.. Dengan penuh kesabaran, kitaorang pun menunggu majlis bermula.. Dah kul 9.00 pagi, majlis tak start lagi sebab VVIP tak sampai lagi.. VVIP yang akan menyerahkan sijil adalah Pengerusi Yayasan Felda, Tan Sri Hj Mohd Isa bin Dato' Hj Abdul Samad.. Dulu dia MB Negeri Sembilan.. Then pukul 9.30 pagi ada announcement mengatakan majlis akan bermula jam 10.00 pagi sebab VVIP tak sampai lagi..


Sampai tertido atok menunggu..

Muka masing2 bosan menunggu sehhhhh...

Tunggu punya tunggu nak tau kul berapa majlis start? Kul 12.00 tengahari... Pehhh!!! Hangin jek rasa.. Penat siot dok dalam dewan tu menunggu.. Then bedebup bedebap after ucapan la apa la, majlis pun selesai.. Tau kul berape? 1.30 petang.. Sekejap je sebenarnya.. Tapi menunggu VVIP yang tersangat VVIP, lambat siotttt..










Selesai je majlis, terus gerak balik Kinrara sebab atok ada meeting hari ni.. So, kena la balik semalam jugak.. Lepas makan tengahari, balik umah toksu Huda jap, terus gerak ke Johor.. Mak yong hantar sampai jalan masuk ke highway jek.. Next week mak yong balik kampung, Insya ALLAH.. Tak sabo nak celebrate hepi beday yuyu Huda...hehehe.. And can't wait to meet you, my sweet niece.. Mak yong loves u and misses u so badly.. ^.^





Saturday, December 3, 2011

Huda Dah 2 Tahun..^^



Alhamdulillah.. Sedar tak sedar usia Huda dah 2 tahun hari ni.. Kejap je dah besar ye sayang.. Kalo ingat2 semula masa lahir dulu, alahai comelnya dan baiknya dia.. Diam jek.. Sekarang dah ligat dan aktif..hehe.. Tapi mak yong tetap sayang pada Huda comel ni.. Sangat2..

Selamat ulangtahun kelahiran yang ke-2 sayang.. Mak yong doakan Huda akan membesar sebagai anak yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara.. Berjaya di dunia dan akhirat ye.. Nanti nak celebrate besday bagitau mak yong tau.. Kita celebrate sama2 ek..

Sayang Huda mak yong ni..^^