Tuesday, August 31, 2010

Salam Kemerdekaan Yang Ke-53..


Hari ini genaplah ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-53.. Alhamdulillah, negara kita masih lagi aman damai dan rakyat dapat hidup dengan harmoni.. Sesungguhnya kita seharusnya bersyukur dengan nikmat yang dikecapi sekarang hasil dari susah payah nenek moyang kita memperjuangkan kemerdekaan negara..

Tapi jika difikir sedalam-dalamnya, adakah kita benar-benar telah merdeka? Di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini beberapa kali kita digemparkan dengan kes buang bayi.. Sangat-sangat menyedihkan.. Bayi-bayi yang tidak berdosa itu dibuang seolah-olah mereka patung tidak bernyawa yang boleh dicampak sesuka hati.. Dimana hilangnya perasaan kasih dan sayang tatkala melihat wajah bayi yang suci itu? Lupakah mereka kesakitan yang dialami sewaktu melahirkan bayi-bayi ini? Mungkin pada mereka sakitnya tak teruk kerana ada orang berkata orang-orang seperti ini diberi kelebihan oleh Allah mudah dalam melahirkan dan sakitnya tidaklah seberapa.

Apabila dikenang dan difikir-fikir kembali, semuanya bermula dari diri kita sendiri. Seandainya kita mampu menjaga diri kita, menjaga pergaulan kita, perkara-perkara seperti ini dapat dielakkan daripada berlaku. Pendidikan duniawi dan ukhrawi haruslah seimbang. Namun ilmu yang ada janganlah sekadar di simpan, haruslah diamalkan supaya dapat menolong kita dalam menentukan arah hidup yang betul.

Sangatlah nyata hari ini minda kita masih lagi dijajah walaupun setiap tahun kita melaungkan 'Merdeka' setiap kali tibanya 31 Ogos. Dan seandainya kita leka dan lalai, tak mustahil negara kita akan dijajah semula.. Tetapi dengan cara yang kita sendiri tidak sedari.. Ingatlah banyak negara luar yang cemburu dengan keharmonian yang ada dalam negara kita.. Tidak mustahil mereka akan melakukan pelbagai perkara yang buruk untuk memporak perandakan Malaysia..

Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, marilah kita hargai kemerdekaan yang telah dikecapi dengan susah payah oleh pejuang-pejuang bangsa kita terdahulu.. Mereka sanggup mempertaruhkan nyawa, bergolok bergadai untuk merealisasikan impian yang mungkin mereka sendiri tidak sempat kecapi..

Untuk pejuang-pejuang bangsa yang telah terkorban, semoga roh kalian semua dicucuri rahmat-Nya.. Hanya Al-Fatihah yang mampu kami sedekahkan sebagai tanda terima kasih di atas perjuangan kalian memerdekakan Tanah Malaya.. Al-Fatihah..


Selamat Menyambut Kemerdekaan Ke-53 Kepada Semua Rakyat Malaysia..:)




Thursday, August 26, 2010

Seronok Nak Balik Kampung Tapi Sedih..:(


Lama tak update blog ni.. Bukan apa pun, takde idea nak tulis apa..hehehe.. Sedar tak sedar dah 2 minggu umat Islam menjalani ibadah puasa.. Dan lagi 2 minggu kita akan menyambut Syawal.. Pantas betul masa berlalu kan? Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan September.. Selepas 90 hari kita akan melangkah ke tahun 2011.. Isshhh..ishh..isshh..apalah yang dah dicapai dalam tahun 2010 ni.. Umur makin bertambah, diri tetap macam tu gak.. Astaghfirullahal Azim.. Ya Allah, bantulah aku menjadi insan yang lebih baik.. Aminnn...

Eh, sebenarnya nak citer pasal raya.. Termelalut la plak.. Tapi takpe, melalut untuk mengingatkan diri sendiri.. Tak salah..

Oh ya, lagi 2 minggu Syawal menjelma.. Tak sabar dah rasa hati nak balik kampung sambut raya dengan family.. Cadangnya 8hb September dah nak gerak balik Johor tapi adik yang kat Bangi tu plak tak confirm lagi start cuti bila.. Adik yang study kat Sungkai tu dah confirm start cuti 7hb. Tapi dalam gembira-gembira ni, sedih la plak.. Adik yang keje kat Subang tu tak dapat cuti.. Kena keje pada 1 Syawal nanti.. Alahai, sedihnya rasa.. Semalam masa dia call bagitau tak dapat cuti, tup-tup terus keluar air mata ni.. Sian dia.. Kalo dah kawin tu, tak kisahlah sebab kena bergilir.. Walaupun dia cakap lepas habis keje dia balik Johor, tapi masa tu semangat raya dah kureng la.. Raya ni selalunya meriah masa malam menjelang raya dan 1 Syawal jek.. Lepas tu dah rasa macam hari biasa.. Tapi takpela, dah tanggungjawab.. Kadang-kadang kita terpaksa korbankan kepentingan diri untuk orang lain.. Redha jek..

Huda plak akan beraya kat Kuantan, dengan family sebelah mama dia.. Last year Huda still dalam perut dah beraya dengan nenek Johor.. Tahun ni turn atok dengan opah Kuantan plak.. Tinggallah atok, nenek, mak long, pak cik Irul dengan maksu.. Beraya berlima jek.. Inilah first time kami beraya tak cukup ahli keluarga.. Sedihnya..:(.

Tapi takpela, setiap orang ada komitmen masing-masing. Bulan Syawal ada 30 hari. Walaupun tak dapat balik pada 1 Syawal, boleh balik pada hari-hari lain. Yang penting mak abah tak dilupakan. Sebagai anak, itulah tanggungjawab yang paling besar. Lebih-lebih lagi anak lelaki. Walaupun dah berkeluarga, jangan sesekali diabaikan tanggungjawab tu. Balik kampung, jenguk mak abah. Anak perempuan bila dah kahwin kena ikut cakap suami. Tapi suami plak janganlah zalim sangat tak bagi isteri balik kampung jenguk mak abah dia. Walaupun mertua, sama tarafnya dengan mak abah sendiri ye. Harus diingat tu. (mmm..apsal tetiba rasa macam ustazah plak ni? hehehehe.. sekadar mengingatkan.. juga untuk mengingatkan diri sendiri.. manusia ni mudah alpa..)

Cukup sampai di sini dulu ye.. Tak tau lagi nak membebel apa..huhuhu..

Selamat berbuka puasa diucapkan kepada yang berpuasa hari ni..:)





Sunday, August 15, 2010

Huda Dah Makin Bijak..




Inilah gambar terbaru Huda.. mama Huda yang MMS pada 1 Ramadhan hari tu.. Makin chubby plak Huda ni.. Tengok je la tangan dan pipi tu.. Montel dan bertambah comel..hehehe.. Geram je Mak Long tengok.. Rasa macam nak geget-geget..hehe..

Huda sekarang dah pandai merangkak dan dalam usaha nak duduk sendiri.. Nenek cakap dah pandai duduk sendiri tapi senget je, belum stabil lagi.. Cuma yang lawaknya, satu tangan je topang badan, sebelah tangan lepaskan.. Amboiiii..eksyen betul anak pak Mendan ni ye..

Mama Huda cakap time mama dengan ayah Huda bangun bersahur, Huda pun bangun jugak, sahur jugak.. Pukul 5.30 pagi baru tido semula.. Bila nak pegi taska kul 6.30 pagi, mata tak boleh bukak.. Makan sarapan pun dengan mata tertutup.. Ngantuk punya pasal.. Nasib baik la mulut tu terima je apa yang disuap.. Abis gak sarapan.. Aduhai Huda ni.. Lawak betul la..

Kalo balik kampung, aktif betul dalam kete Poton dia.. Masuk je dalam kete Poton, laju ke sana ke mari.. Mana nenek pegi, ikut dari belakang.. Nenek masuk dapur, Huda pun masuk dapur.. Nenek pegi ruang tamu, nak sapu lantai, Huda pun nak tolong jugak.. Sampaikan nenek masuk bilik nak pakai baju pun Huda nak ikut masuk bilik.. Ini memang betul-betul cucu nenek Sa'in ni.. Tapi tempat paling Huda suka pegi, rak pinggan mangkuk.. Sebab Huda suka mengemas dan menyusun mangkuk-mangkuk yang ada.. Anak dara la katakan..hehehe.. Satu lagi suka sangat tengok kucing dengan ayam kat luar rumah. Sampaikan tak nak bergerak kalo orang ajak masuk dalam rumah..hehe..

Huda memang anak yang baik.. Nakal-nakal tu biasalah.. Perangai baby.. Kalo tak nakal, tak aktif, pelik la pulak.. Rasa macam tak normal je.. Sakit pun jarang.. Cuma demam time cukup bulan.. Itu pun demam biasa, takde merengek meragam segala.. Alhamdulillah..

Mak Long dah rindu sangat pada Huda ni.. Bila la dapat jumpa Huda lagi.. Raya la nampaknya.. Tapi tahun ni Huda beraya kat Kuantan dulu.. Dengan family mama Huda.. Masa cuti Hari Malaysia baru Huda balik Lok Heng.. Nampaknya Mak Long kena amik cuti seminggu ni.. Takpe, untuk Huda boleh saja.. Rindu sangat nak jumpa budak kenit yang bijak bistari ni.. Rindu nak tengok senyum sengih Huda.. Nak main-main dengan Nadhirah Huda comel..hehehe..







Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Datang Lagi..


Ramadhan menjelma semula..

Alhamdulillah.. Hari ini seluruh umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa.. Menunaikan rukun Islam yang ketiga.. Bagi yang menyambut puasa bersama keluarga, tentu seronok.. Terutamanya bersama mak dan ayah di kampung.. Teringat pulak time mak mengejutkan kami adik beradik untuk bersahur.. Punya la liat masing-masing nak bangun..hahahaha.. Berkali-kali mak berulang alik dari dapur ke bilik kami untuk memastikan kami bangun.. Dengan arahan ala-ala tentera 'bangun, bangun, bangun..sahur, dah pukul berapa tu.. bangun, mak dah masak tu, sape nak makan? dah, bangun, bangun, bangun'.. Lebih kurang camtu la ayat mak aku kejutkan kitaorang bersahur.. Tapi biasalah, pukul 5 pagi kena bangun, memang liat yang teramatlah.. Cuma bila kenangkan mak dah masak, kesian plak takde sape yang nak makan.. Last-last, bangunlah jugak dengan muka yang sememeh..hehehehe.. Aku ni termasuk dalam kategori yang jarang bersahur.. Kadang-kadang tak sahur pun.. Nasib baiklah tahan sampai ke waktu berbuka puasa.. Tapi juara puasa tanpa bersahur, tentulah adik aku, si Angah.. Dialah yang paling jarang bangun sahur..hehehehe..

Hari ni masing-masing dah berselerak, Angah dah ada family sendiri, dok JB. Uda kat Subang.. Tak lama lagi pun ada keluarga sendiri, Insya Allah.. Irul study kat Bangi.. Adik bongsu aku pulak kat Sungkai, further study.. Aku kat sini la.. Tinggallah mak dengan abah berdua kat umah.. Mesti time-time macam ni teringat kat anak-anak.. Rindunya saat-saat berpuasa bersama keluarga..

Kalo kat Johor, 1 Ramadhan cuti.. Tapi kat Selangor ni kena kerja.. Hari Nuzul Quran je nanti cuti.. So, hari ni tetap bekerja seperti biasa cuma waktu mula kerja di awalkan setengah jam dari biasa.. Adik aku si Angah mungkin kerja hari ni.. Dia kerja syif, so walaupun kat Johor cuti, kalo dah kena turn dia kerja, terpaksa la dia kerja.. Tak dapatlah Huda berbuka puasa dengan atok dan nenek..hehe..(macam la Huda tu puasa..kui..kui..kui..)

Bila bercerita pasal puasa ni memang seronok.. Macam-macam kenangan ada.. Pendek kata memang rindu la saat-saat bersama keluarga..

Kepada seluruh umat Islam di dunia dan di Malaysia khususnya..  Serta rakan-rakan dan keluargaku..

Salam Ramadhan Al-Mubarak.. Selamat Menjalani Ibadah Puasa.. Semoga semua keberkatan Ramadhan akan kita perolehi bersama.. Dan semoga Ramadhan kali ini dapat kita harungi lebih baik dari Ramadhan yang telah lalu.. Insya Allah.. Aminn..

Maaf di pinta andainya ada perlakuanku yang membuat kalian terasa.. Semoga kita akan menjadi hamba Allah yang sentiasa berada di bawah rahmat-Nya... Aminnn..

Untuk mengetahui waktu imsak dan berbuka puasa di seluruh Malaysia bagi tahun 1431H/2010M, boleh semak di sini ye.