Lama tak update blog ni.. Bukan apa pun, takde idea nak tulis apa..hehehe.. Sedar tak sedar dah 2 minggu umat Islam menjalani ibadah puasa.. Dan lagi 2 minggu kita akan menyambut Syawal.. Pantas betul masa berlalu kan? Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan September.. Selepas 90 hari kita akan melangkah ke tahun 2011.. Isshhh..ishh..isshh..apalah yang dah dicapai dalam tahun 2010 ni.. Umur makin bertambah, diri tetap macam tu gak.. Astaghfirullahal Azim.. Ya Allah, bantulah aku menjadi insan yang lebih baik.. Aminnn...
Eh, sebenarnya nak citer pasal raya.. Termelalut la plak.. Tapi takpe, melalut untuk mengingatkan diri sendiri.. Tak salah..
Oh ya, lagi 2 minggu Syawal menjelma.. Tak sabar dah rasa hati nak balik kampung sambut raya dengan family.. Cadangnya 8hb September dah nak gerak balik Johor tapi adik yang kat Bangi tu plak tak confirm lagi start cuti bila.. Adik yang study kat Sungkai tu dah confirm start cuti 7hb. Tapi dalam gembira-gembira ni, sedih la plak.. Adik yang keje kat Subang tu tak dapat cuti.. Kena keje pada 1 Syawal nanti.. Alahai, sedihnya rasa.. Semalam masa dia call bagitau tak dapat cuti, tup-tup terus keluar air mata ni.. Sian dia.. Kalo dah kawin tu, tak kisahlah sebab kena bergilir.. Walaupun dia cakap lepas habis keje dia balik Johor, tapi masa tu semangat raya dah kureng la.. Raya ni selalunya meriah masa malam menjelang raya dan 1 Syawal jek.. Lepas tu dah rasa macam hari biasa.. Tapi takpela, dah tanggungjawab.. Kadang-kadang kita terpaksa korbankan kepentingan diri untuk orang lain.. Redha jek..
Huda plak akan beraya kat Kuantan, dengan family sebelah mama dia.. Last year Huda still dalam perut dah beraya dengan nenek Johor.. Tahun ni turn atok dengan opah Kuantan plak.. Tinggallah atok, nenek, mak long, pak cik Irul dengan maksu.. Beraya berlima jek.. Inilah first time kami beraya tak cukup ahli keluarga.. Sedihnya..:(.
Tapi takpela, setiap orang ada komitmen masing-masing. Bulan Syawal ada 30 hari. Walaupun tak dapat balik pada 1 Syawal, boleh balik pada hari-hari lain. Yang penting mak abah tak dilupakan. Sebagai anak, itulah tanggungjawab yang paling besar. Lebih-lebih lagi anak lelaki. Walaupun dah berkeluarga, jangan sesekali diabaikan tanggungjawab tu. Balik kampung, jenguk mak abah. Anak perempuan bila dah kahwin kena ikut cakap suami. Tapi suami plak janganlah zalim sangat tak bagi isteri balik kampung jenguk mak abah dia. Walaupun mertua, sama tarafnya dengan mak abah sendiri ye. Harus diingat tu.
(mmm..apsal tetiba rasa macam ustazah plak ni? hehehehe.. sekadar mengingatkan.. juga untuk mengingatkan diri sendiri.. manusia ni mudah alpa..)
Cukup sampai di sini dulu ye.. Tak tau lagi nak membebel apa..huhuhu..
Selamat berbuka puasa diucapkan kepada yang berpuasa hari ni..:)
0 Kata-Kata Hikmat:
Post a Comment