Tuesday, August 31, 2010

Salam Kemerdekaan Yang Ke-53..


Hari ini genaplah ulangtahun kemerdekaan negara yang ke-53.. Alhamdulillah, negara kita masih lagi aman damai dan rakyat dapat hidup dengan harmoni.. Sesungguhnya kita seharusnya bersyukur dengan nikmat yang dikecapi sekarang hasil dari susah payah nenek moyang kita memperjuangkan kemerdekaan negara..

Tapi jika difikir sedalam-dalamnya, adakah kita benar-benar telah merdeka? Di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini beberapa kali kita digemparkan dengan kes buang bayi.. Sangat-sangat menyedihkan.. Bayi-bayi yang tidak berdosa itu dibuang seolah-olah mereka patung tidak bernyawa yang boleh dicampak sesuka hati.. Dimana hilangnya perasaan kasih dan sayang tatkala melihat wajah bayi yang suci itu? Lupakah mereka kesakitan yang dialami sewaktu melahirkan bayi-bayi ini? Mungkin pada mereka sakitnya tak teruk kerana ada orang berkata orang-orang seperti ini diberi kelebihan oleh Allah mudah dalam melahirkan dan sakitnya tidaklah seberapa.

Apabila dikenang dan difikir-fikir kembali, semuanya bermula dari diri kita sendiri. Seandainya kita mampu menjaga diri kita, menjaga pergaulan kita, perkara-perkara seperti ini dapat dielakkan daripada berlaku. Pendidikan duniawi dan ukhrawi haruslah seimbang. Namun ilmu yang ada janganlah sekadar di simpan, haruslah diamalkan supaya dapat menolong kita dalam menentukan arah hidup yang betul.

Sangatlah nyata hari ini minda kita masih lagi dijajah walaupun setiap tahun kita melaungkan 'Merdeka' setiap kali tibanya 31 Ogos. Dan seandainya kita leka dan lalai, tak mustahil negara kita akan dijajah semula.. Tetapi dengan cara yang kita sendiri tidak sedari.. Ingatlah banyak negara luar yang cemburu dengan keharmonian yang ada dalam negara kita.. Tidak mustahil mereka akan melakukan pelbagai perkara yang buruk untuk memporak perandakan Malaysia..

Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, marilah kita hargai kemerdekaan yang telah dikecapi dengan susah payah oleh pejuang-pejuang bangsa kita terdahulu.. Mereka sanggup mempertaruhkan nyawa, bergolok bergadai untuk merealisasikan impian yang mungkin mereka sendiri tidak sempat kecapi..

Untuk pejuang-pejuang bangsa yang telah terkorban, semoga roh kalian semua dicucuri rahmat-Nya.. Hanya Al-Fatihah yang mampu kami sedekahkan sebagai tanda terima kasih di atas perjuangan kalian memerdekakan Tanah Malaya.. Al-Fatihah..


Selamat Menyambut Kemerdekaan Ke-53 Kepada Semua Rakyat Malaysia..:)




0 Kata-Kata Hikmat: