Wah, lain macam je tajuk citer hari ni..hehehe.. Takde pape pun cuma tiba-tiba teringat kisah cinta monyet aku.. Jiwang karat le plak..kahkahkah.. Sape-sape yang satu sekolah dan satu kelas dengan aku mesti tau kisah ni.. Agak glamer jugak la dulu..huhuhu..
Aku pun tak pasti dari mana cinta ni bermula.. Maklumlah masa tu kitaorang masih budak-budak sekolah lagi.. Bayangkanlah umur 11-12 tahun dah gatal nak bercinta, memang mentel le tu.. Tau tak mentel apa? Tanya le orang Jawa, tau le diorang bagi jawapan..ahaks.. Sebenarnya kalo tak silap semua ni bermula dari ejekan kawan-kawan sebab aku pernah berlakon drama kelas, pastu digandingkan dengan dia.. Fuiyoo..jadi pelakon tu.. Dan anugerah pelakon kanak-kanak terbaik dimenangi oleh.. Bie Honey..clap clap clap.. Opppsss..ter'over' plak.. Tak pernah berlaku dalam realiti ye, just berangan jek.. Berlakon jadi puteri tu, last scene kena bersanding dengan dia.. Perghh, gamat satu kelas.. Merah muka aku.. Itu la permulaan cerita.. Masa tu umur 11 tahun, kelas 5 Bistari di ajar oleh cikgu Hasnan Ibrahim..
Then masuk darjah 6 dapat kelas 'up' sikit, 6 Amanah.. Dan dia pun dapat kelas yang sama dengan aku.. Apalagi, kalo ada pape, mesti aku dan dia akan dikenenkan.. Cikgu-cikgu pun tumpang sekaki.. Kira glamer gak la kitaorang masa tu.. Rasanya ada gak la murid-murid lain yang dikenen2kan tapi kitaorang paling hot..hahaha.. Tapi yang kelakarnya walaupun kitaorang ni selalu dikenen2kan tapi aku dan dia tak pernah bertegur sapa apatah lagi berborak.. Mungkin masa tu kitaorang malu sebab kalo kitaorang bercakap face to face, mesti kawan-kawan lain akan fikir kitaorang memang ada pape.. Lagipun masa tu aku ni pemalu giler.. Tak berani nak cakap dengan budak lelaki.. Mesti rasa serba salah kalo cakap lama sikit dengan budak lelaki.. Bapak aku cakap apasal ntah nak malu macam tu sekali, takde hidung ke apa..hahaha.. Kiranya masa tu ada penyakit malu tak bertempat..ceh!!
Tapi yang agak lawak tu, walaupun tak bertegur sapa, kitaorang tetap dikenenkan sampai ke Form 1.. Tapi masa tu dah lain kelas tapi di bangunan yang sama.. Ingat lagi masa tu kitaorang kena belajar kat bangunan ekspress.. Sebenarnya bangunan tu digunakan untuk begkel pertukangan sebelumnya tapi disebabkan kekurangan kelas, kitaorang kena belajar kat situ.. Ada satu baris, ada dalam 5 atau 6 kelas.. Sian kitaorang, dahlah kelas takde tingkap, kalo hujan lebat tempias oo.. Tapi lama-lama seronok plak belajar kat situ.. Salah satu pengalaman terindah dalam kehidupan bergelar pelajar.. Kat bangunan tu selalu budak-budak dating terutamanya senior la.. Yang bestnya kelas aku yang ketiga dan kelas dia yang pertama, so kalo aku nak balik kelas, kena lalu kelas dia dulu.. Waktu tu kalo aku lalu macam apa ntah suasananya.. Kecoh budak-budak kelas dia ejek kitaorang.. Aduyai, merah muka aku.. Muka serius sebenarnya buat-buat serius jek sebab nak cover malu padahal dalam hati rasa nak gelak pun ada.. Sebab tu budak-budak ni cakap aku sombong masa sekolah sebab serius jek.. Sebenarnya aku tak sombong pun, cuma tulah ada penyakit malu tak bertempat.. Tak tau nak buat camne.. Masa tulah, tapi sekarang...hahahaha.. Ter'over' peramah la plak.. Tak kenal maka tak cinta..
Kitaorang ni macam orang bercinta tapi gaya tak macam couple pun.. Tak pernah bertegur sapa, tak pernah berborak.. Macam kawan-kawan yang over tapi kitaorang relax jek.. Ala-ala gossip je la konon-kononnya tu yang buat dek je.. Gossip? hahaha.. Korang tak tau berbakul-bakul surat cinta kitaorang tulis.. Posmennya jiran aku la merangkap kawan baik dia.. kahkahkah.. Kalo terjumpa tengah jalan malu-malu tapi dalam surat bukan main lagi berjiwang karat..aduyai, lawak la kalo ingat-ingat semula.. Tapi best gak bila ada kenangan camtu.. Ada satu masa tu aku dapat tawaran masuk boarding school kat Kota Tinggi jek.. Sebenarnya hati tak nak pegi.. Yelah aku mana pernah berpisah dengan keluarga.. Memang berat rasa hati pastu nak tinggalkan buah hati plak..cewah!! Sekarang ni baru ngaku ye..kihkihkih.. So, sebagai tanda kenangan aku bagi la satu lagu kat dia.. Lagu 'Takdir & Waktu' dari kumpulan Mega.. Perghh!! Lagu kenangan kitaorang tu.. Dasat lagu tu, menikam-nikam jiwa..haha.. Tapi honestly bila terdengar je lagu tu even sekarang ni, memang automatik akan teringat kat dia.. Betapa lagu tu memberi erti dalam hubungan kitaorang..
Tapi hubungan kitaorang terputus selepas berlaku satu insiden.. Kena tangkap dengan cikgu disiplin wooo.. Lagipun masa tu kitaorang tak matang lagi, fikiran pun takdelah ke depan.. Kalo masa tu, fikir tentang masa tu je.. Takdelah fikir kita study sama-sama nanti further study sama-sama, dapat keje and teruskan hubungan ke peringkat seterusnya.. Semua tu takde dalam kotak fikiran, al maklumlah masih hijau lagi.. Sambil belajar sambil enjoy..hahahaha.. Tapi mungkin kalo kitaorang... Ahhh!! Malas la nak tulis-tulis kemungkinan ni.. Benda dah lepas, dah 18 - 19 tahun berlalu.. Tak payah le nak ingat-ingat semula.. Ingat sendiri sudah.. Dah tersurat takde jodoh, redha.. Dia pun sekarang dah kawin dengan junior kitaorang satu sekolah dulu dan dah ada sepasang anak.. Alhamdulillah, aku pun tumpang gembira dengan kebahagiaan dia.. Semoga kebahagiaan tu akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.. Insya ALLAH..
Awak, terima kasih ye di atas kenangan cinta monyet kita dan sebab pernah menjadikan saya agak famous dulu..hehehe.. Apapun, saya nak minta maaf kalo saya pernah sakitkan hati awak.. Sorila, fikiran tak matang masa tu.. Saya doakan awak akan terus berbahagia di samping keluarga tersayang..(^_^)
0 Kata-Kata Hikmat:
Post a Comment