Wednesday, January 11, 2012

Besday Gift Huda..


Aduhai, mak long lupa nak citer apa hadiah Huda dapat untuk besday yang ke-2 tahun ni.. Mak long tak tau nak bagi apa, tetiba dapat idea nak bagi hadiah tabung beserta isi perutnya..hahaha.. Tabung burger yang comel tu.. Penuh dengan duit syiling mak long masukkan..hehe.. Bila wrapping gift tu ayah Huda buka, nampak jek burger tu, terus Huda sebut tabung.. Wah, kenal tu.. Agaknya sebab ada lubang kat atas tu kot.. Lepas tu sibuk la mintak syiling dari semua orang.. Nak sumbat lagi dalam tabung tu.. Tapi sebab dah penuh, tak boleh le nak masukkan.. Ganti dengan tupperware le..hehe..

Cik Ilul bagi Huda teddy bear comel.. Lembut je, warna biru.. Bertambah la koleksi bear Huda.. Lepas ni bolehlah tidokan bear ye.. Sibuk nak tidokan bear dia.. Ala-ala mak nak dodoikan baby tido.. Dukung baby kat depan dengan dua tangan pastu ayun kiri kanan slow2.. Mak long le yang tukang layan Huda.. Huda tidokan satu, mak long tidokan satu..hahaha...

Atok, nenek dengan ucu (kira sekali le) hadiahkan motor elektrik pada Huda.. Boleh berjalan sendiri bila pijak pedal pada motorsikal tu.. Mula-mula beli Huda tak nak naik.. Mungkin takut kot.. Dia pi tolak jek moto tu.. Pastu esoknya cik Ilul ajar dia camne nak pandu, baru dia rasa confident sikit.. Tapi yang kelakarnya bila pandu tu, kalo straight, straight jek walaupun kena belok, dia tak belok, sampai sume nak dilanggar..hahaha.. Tak reti nak belok lagi.. Tak lama lagi oklah tu.. Practice dengan ayah kat umah..hehe.. Tapi bila dah berani naik atas motor, eksyen plak.. Siap berdiri-diri.. Kita plak yang risau takut dia terpijak pedal dan motor tu berjalan ke depan.. Huda Huda..






Yeayyy!! Terima kasih semua..







0 Kata-Kata Hikmat: