Kalo balik kampung, tak sah kalo tak amik gambo Huda pastu upload kat sini kan? Itu sudah menjadi salah satu kewajipan apabila balik kampung.. Dan semestinya gambo orang lain tak penting sangat dibandingkan Huda..hahaha.. Jahat betul la mak long ni.. Nak buat camne, keletahnya macam-macam sekarang ni dan sangat menghiburkan hati kami semua.. Walaupun baru berusia 2 tahun 2 bulan, dah macam budak beso.. Makan pun pakai sudu dan garfu.. Ibarat kata mama Huda, Huda dah beso la mak long, makan pun cam orang beso gak.. Oooo dah beso ye? Bolehlah mintak adik kat mama dan ayah kan? hihihi.. Sekarang ni dah ada lagu lain, maklumlah kat taska dah geng dengan budak2 beso, dan ada kelas menyanyi untuk budak2 beso ni.. Balik kampung je menyanyi.. Lagu apa? Air pasang dalam.. Aritu ada rakam video Huda tengah menyanyi.. Nanti kalo boleh di
'upload', mak long akan upload ye.. Sebab saiz besar sangat..hehehe..
So, apalagi, jom kita tengok apa aktiviti Huda awan nano ni masa mak long balik kampung aritu..
0 Kata-Kata Hikmat:
Post a Comment