Ingat tak mak long ada cakap nak balik kampung hujung bulan ni? Insya ALLAH jadik plan tu.. Tapi Isnin dan Selasa lepas kan cuti, campur Sabtu dan Ahad, 4 hari jugak tu cuti free.. Kebetulan ucu Wani ada kat umah mak long, saje jenjalan.. Dia plan nak balik hari Sabtu lepas.. Fikir punya fikir, nak buat apa 4 hari cuti tu.. Takkan dok umah jek.. Kalo ada geng boleh gak gi merayap.. Ni tanya cik Irul, dia cakap nak keje
(OT la tu, nak kumpul duit nak kawin..hahaha..). Then tetiba terlintas plak idea, balik kampung best gak ni.. Huda pun tengah bercuti kat kampung.. Ingatkan nak naik bas jek dengan ucu.. Tapi susah pulak nak gi memane kalo takde kete.. Mmm, ada kete apa gunanya kan.. Ahhhh, jadiklah.. Balik kampung!!! Tanya cik Irul nak join ke tak.. Dia cakap nanti dia confirmkan.. Mak long dah tak ingat lain dah, cik Irul nak join atau tak, plan tetap akan berjalan.. Ucu pun mak long tak bagitau, dia ingatkan dia akan balik kampung naik bas hari Sabtu atau Ahad.. Then pagi Khamis tu cik Irul dah SMS, dia nak ikut..hehehe.. Tengahari Jumaat, mak long balik umah, kemas kain baju.. Bagitau ucu suh kemas kain baju sebab nak balik kampung malam ni.. Terkejut gak dia.. Tapi naik kete sesama kan, apa nak risau.. Sampai kul berapa pun takpe, yang penting selamat..
Lepas jek abis keje hari Jumaat tu, terus balik umah, kemas umah jap then gerak gi umah cik Irul.. Sampai dalam waktu Maghrib.. Lepas jek solat Maghrib, terus gerak balik kampung.. Nasib baik jalan tak jammed.. Mungkin tak ramai yang balik kampung sebab baru je cuti panjang masa CNY.. Bagus gak jalan tak sibuk sangat.. Tapi disebabkan dah malam, kenalah lebih berhati-hati.. Lagi pulak penglihatan agak terhad.. Lampu jalan pulak tak ada di sesetengah tempat sepanjang highway PLUS tu.. Agak menyusahkan jugak la.. Nasib baiklah tak hujan.. Memandu di waktu malam dengan cahaya terhad ni sangatlah mencabar sebenarnya.. Disebabkan tu, mak long pilih nak ikut highway E22, Senai - Desaru highway lepas jek keluar kat exit Senai Utara sebab ada lampu jalan sepanjang highway.. Berbanding jalan biasa dari Kulai ke Lok Heng.. Cuma ada tambahan kos le.. Ala, kalo lebih memudahkan, apa salahnya kan.. Jalan masuk dari Desaru pun takdelah jauh sangat.. Lebih kurang 20km je.. Tapi dari simpang ke Lok Heng dari Desaru nak sampai ke simpang masuk Lok Heng, agak mendebarkan jugak la di waktu-waktu malam ni.. Sebab kiri kanan masih macam hutan lagi.. Banyak pokok yang berdaun lebat, kalo kelapa sawit tu boleh tahan gak.. Percaya atau tak, hati mak long ni tiba-tiba je berdebar sepanjang nak sampai ke Lok Heng tu.. Ayat Kursi memang tak lekang la dari mulut.. Baca kuat-kuat bagi telinga ni dengar.. Peh!! Gerunnnn.. Alhamdulillah, akhirnya sampai jugak rumah dengan selamat kul 12.30 tengah malam.. Nenek tengah setia menunggu anak-anak dia sampai.. Huda pun dah tido.. Esok la jawabnya sesi beramah mesra dengan Huda..
Nenek dah siap bentangkan toto untuk mak long dengan ucu tido.. Cik Irul tido dalam bilik.. Disebabkan dah penat dalam 5 jam perjalanan, letak jek kepala atas bantal memang terus dibuai mimpi.. Esoknya terbangun bila dengar Huda nangis sebab kena tinggal sorang-sorang.. Mama dan ayah dah gi kedai beli sarapan.. Tapi Huda nangis tak lama, bila tengok nenek je, terus diam.. Bila nampak mak long, mula-mula malu.. Tak sampai 10 minit, dah melekat.. Sangatlah friendly ini budak.. Dan hari-hari seterusnya memanglah sangat menggembirakan bila bersama family.. Lebih-lebih lagi dengan keletah Huda yang dah macam-macam sekarang ni.. Rindunya kat Huda awan nano ni.. Kitaorang panggil Huda awan nano sebab rambut dia pun 'berrrr' macam rambut Hafiz awan nano...hehehe..
0 Kata-Kata Hikmat:
Post a Comment