Ai, diam tak diam dah tiba hari Jumaat.. Esok dah cuti.. Seronoknya rasa, kan? Boleh rehat2kan badan dan minda.. Tak gitu? Hehehe.. Bagi mak long pulak, mungkin esok tak dapat berehat lagi sebab esok mak long dengan cik Ilul nak balik kampung.. Kan dah cerita sebelum ni.. Esok first time Adriana balik Johor.. Nak jumpa atok, nenek, pak ngah, mak ngah, kak Huda dengan ucu..hehehe.. Mesti semuanya tengah tak sabo nak jumpa Adriana bam bam ni.. Mak long yang baru jumpa ni pun asyik dok teringat-ingat je kat dia.. Geram dengan budak montel ni tau.. Sangat comel.. Esok Adriana sekeluarga bertolak pagi.. Mak long pun cadang nak bertolak pagi gak.. Tapi tak sure kul berapa.. Cuma harap2 dan berdoa perjalanan kami akan di lindungi ALLAH.. Selamat tiba ke destinasi dan selamat balik semula ke sini.. InsyaALLAH.. Aminnn..
Semalam mak long ada create satu lagi photo combination untuk budak2 berdua ni.. Macam takde keje pulak kan? Hehehehe... Nak wat camne, seronok pulak rasa.. Suka create benda2 comel camni.. Lagi2 pulak melibatkan 2 orang budak comel ni.. Lagilah mak long seronok.. Sayang sangat kat diorang ni tau.. My little sweethearts.. Semoga hidup kamu berdua sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH.. Aminnn..
Comel tak kami berdua? For mak long both of you are so sweet as always.. ^_^
0 Kata-Kata Hikmat:
Post a Comment