Tuesday, November 27, 2012

Adriana, Donut & Aiskrim..



Apa khabar korang semua? Harap2 sihatlah ye.. Alhamdulillah.. Hari ni kita nak beralih topik sikit.. Namun tak bermakna kisah perjuangan saudara kita di Palestin harus dilupakan.. Tidak ye kerana kita juga bertanggungjawab mempertahankan bumi Palestin.. Harus diingat itu adalah merupakan KEWAJIPAN kita untuk membela saudara seagama kita..

Okla hari ni nak citer pasal Adriana.. Lama dah tak citer pasal budak comel ni.. Dua minggu berturut-turut ni mak long pegi rumah Adriana.. Rindu nak jumpa Adriana.. Main2 dengan Adriana.. Alhamdulillah, Adriana semakin ligat dan bijak.. Habis semua barang jahitan ibu nak dipunggahnya.. Ibu menjahit dalam bilik dia pun ikut nak menjahit jugak.. Bila orang tak kasi, mulalah mengamuk.. Pastu bila orang marah2 sayang dia, tersengih-sengih tunjukkan gigi yang makin banyak tu.. Adriana Adriana, walaupun sangat ligat dan mempunyai pelbagai kerenah namun sangatlah menghiburkan hati.. Alhamdulillah, semoga membesar dengan bijaksana dan berjaya ye sayang..

Satu lagi, Adriana ni suka makan.. Pantang nampak orang pegang makanan, laju je dia datang.. Orang suap apa je, dia terima.. Tak kiralah makanan apa, kalo sedap pada lidah dia, memang dia akan minta lagi.. Sebab itulah kat rumah sentiasa ada stok biskut Marie.. Tak sampai seminggu Adriana dah habiskan.. Orang nak membeso katakan..hehehe..

 Adriana dan biskut Marie tidak dapat dipisahkan..

 Ooo..buat citer pasal saya suka makan ek?

Dua minggu lepas masa pegi rumah Adriana kitaorang pegi Big Apple Donuts (BAD).. Tetiba teringin nak makan.. Tak pernah rasa pun sebelum ni.. Gigih sungguh meng'google' cari katne ada BAD.. Tup2 terjumpa la kat Skypark, Subang Airport.. Wah, dah dekat tu dengan rumah Adriana.. Tapi masalah parking pulak susah.. Cari punya cari jumpalah information ada kat Giant Shah Alam, dekat dengan stadium tu.. So Ahad malam kitaorang pun pegi Giant.. Tujuan sebenar nak beli donut tapi alang2 dah sampai, belilah barang keperluan sekali.. Mak long beli rak buku je.. RM25.. Maklum le semangat nak baca novel tetiba kembali.. So kenalah ada tempat letak novel yang sempurna..hihihi.. Eh, jangan confuse lak, ni rak buku yang warna coklat pasang sendiri tu.. Sebab tu harganya murah je.. Dah selamat pun dipasang dengan penuh bersemangat.. Pasang sendiri guna manual screwdriver ye.. Letrik2 ni takde le.. Nasib baik papan lembut.. Itu pun sepenuh tenaga memutar screwdriver..kehkehkeh..

Eh, macam terlari dari topik pulak..hehe..Sampai2 je kat Giant, kitaorang pun carilah mana BAD ni.. Mata ibu Adriana nampak dulu..haha.. Kedai kecik je.. Donut pun dah banyak habis.. Masa kitaorang sampai tu dia tengah decorate last batch.. Habis je batch tu tutup kedai la jawabnya.. Disebabkan tak pernah rasa, so tak tau nak pilih apa.. Padahal masa meng'google' tu aku siap tulis perisa apa yang aku nak beli.. Tup2 bila sampai terus blank sebab dah tak banyak choice.. Based on information, 'The Alien' paling top.. Kebetulan yang tengah decorate tu 'The Alien', adik ipar aku cakap beli 2 la kalo sedap sangat.. Takut tak cukup..hahahaha.. Last2 kitaorang pilih 'The Alien', 'Yammy Yamato' (sedap sebab rasa creamy susu), Chocoholic (sebab aku sangat suka coklat.. tapi coklat cepat mengenyangkan), Donutella (ada kacang2 crunchy.. sedap gak tapi coklat juga..hehe) dan satu lagi Dough Vinci (coklat lagi..gila coklat..haha).. Second top 'Say Cheese' tapi aku ni bab2 cheese tak berapa sangat so tak beli le.. Ngam2 tinggal satu masa tu.. 6 keping donut tu RM 13.50.. Mahal?? Biasa le ada nama, asal pun luar negara.. Sesekali bolehlah pekena..


Beli donut tu sebelum masuk Giant sebab kalo masa kuar nanti confirm dah tutup kedai.. Pastu kitaorang tinggalkanlah donut tu kat tempat simpan barang.. Siap beli barang kat Giant, amik donut, singgah Cool Blog dulu.. Adik ipar aku suka sangat minum.. Kalo terjumpa kat mana2 mesti dia beli.. Aku taklah sangat tapi hari tu dia belanja, so order la jugak.. Alhamdulillah.. ^__^

Sampai je rumah masing2 terus excited nak makan donut.. Maklumlah baca komen2 orang dalam fb macam sedap bebeno.. Buka je kotak, tengok2..

 Caiyaq dah topping..kuikuikui..

Dah tak berapa nak mengancam la rupanya.. Meleleh coklat dalam kotak.. Tapi itu tak penting.. Rasa yang harus diuji.. Disebabkan 'The Alien' paling top, kitaorang pun try la.. Bolehlah, donut dia lembut tapi disebabkan coklat yang benyak berserabut tu, cepat muak dan kenyang jadinya.. Ayah Adriana makan satu je.. Pastu tak nak dah.. Dia cakap perut dia takleh masuk makanan camtu.. Nak nasi gak..hehehe.. Tapi anak dia..



Penuh perasaan makan..


Muka happy dapat makan donut coklat..kehkehkeh..

Tengoklah si kecik tu.. Kuat sungguh makan.. Suap apa pun dia ngap je.. Gigi dah tumbuh, lidah dah pandai merasa, memang semua makanan dia nak cuba.. Kalo orang lambat bagi bukan main mengamuk.. Menjerit-jerit macam kena dera je.. Adriana dah beso la mak long.. Kenalah makan macam orang beso..hehe..

Dan ni pulak gambar masa last weekend.. As a proof yang anak dara ni memang suka makan.. Sebab tu badan dah naik lagi lepas demam hari tu.. Pipi pun dah bulat semula.. Mak long pun dah mengah dukung ko dik.. Kalo tak masa demam tu ringan je rasa.. Alhamdulillah Adriana mak long dah sihat semula.. Senang hati kami semua.. ^__^



Mmmm..sedapnya aiskrim ni.. (tengah layan perasaan..kihkih..)

Inilah gaya orang dah beso duduk..hehehe..







0 Kata-Kata Hikmat: