Apa khabar semuanya hari ni? Harap2 semuanya sihatlah ye.. Ditambah pulak dengan cuti hari ni.. Memang le hari untuk bermalas-malasan.. Eh, mana boleh malas.. Tak baik tau.. Hari untuk merehatkan diri (padahal baru je sehari bekerja).. Bagi yang keje hari ni, ikhlaskan hati ye.. Mmm..tapi kalo ikutkan hati tak best cuti selang dengan keje ni.. Penat rasa.. Cuti pun nak complaint kan? Apa daaa...
Hari ni nak share sikit pengetahuan dengan korang semua.. Bukan nak tunjuk pandai ye.. Cuma nak berkongsi sebab aku sayangkan korang semua.. ^__^. Entry ni khas untuk semua wanita di luar sana.. Tapi untuk lelaki juga terutama yang ada ibu, kakak perempuan, adik perempuan, isteri dan anak perempuan..
Sape yang sayangkan mak ayah dia? Sila angkat tangan.. Aku sangat sayangkan mak abah aku.. Aku rasa korang pun sama gak kan? Camne pulak dengan suami? Yang ni pun mesti sayang sesangat, maklum le chenta hati kan.. Kalo tak takkanlah rela hidup bersama di dalam susah dan senang, betul tak? Hehehe..
Cuma persoalannya di sini, apakah bukti yang kita sangat sayangkan mereka? Dan benarkah kita sanggup lakukan apa saja untuk kebahagiaan mereka di dunia ni? Rasanya semua akan jawab akan buat apa saja untuk memastikan mereka hidup bahagia dan gembira di dunia ni.. Tapi, camne pulak di akhirat? Apa yang kita lakukan untuk memastikan mereka akan beroleh kebahagiaan di akhirat yang kekal abadi?
Inikah buktinya kita sayang mak abah kita?
Ini ke tanda kita sayangkan ayah dan suami kita? Fikirkanlah wahai wanita yang bergelar anak perempuan, isteri dan ibu..
Masih belum terlambat untuk berubah ke arah kebaikan.. Sempena bulan Islam yang bakal menjelang tiba, marilah kita sama2 berhijrah ke arah yang lebih baik.. Dan sama2 berdoa agar kita dapat mengikuti syariat Islam ini dengan istiqamah.. InsyaALLAH..
Sekadar berkongsi, bukan untuk menunjuk diri ini baik dan bagus.. Tetapi kerana sayangkan wanita yang seagama dengan diriku.. Kita ini bersaudara walaupun berlainan ibu bapa.. Saudara sesama Islam.. ^__^
0 Kata-Kata Hikmat:
Post a Comment