Friday, November 23, 2012

Apa Sumbangan Kita?



Baca dan renungkanlah..

***********************************************************************************

Luahan hati seorang anak Palestin Fathi Abzinah kepada mereka yang masih tidak peduli akan Palestin..

"Kamu tahu, kalaulah Masjidil Aqsa itu boleh bersuara, aku yakin yang dia akan MENJERIT memarahi kalian yang sedang duduk bergoyang kaki, membiarkan aku dan seluruh penduduk Palestin ini menderita."


"Kamu tahu, kalaulah dinding-dinding rumah yang ada di Palestin ini boleh bersuara, pasti mereka akan MELAKNAT kalian yang tidak mengendahkan akan keadaan kami di sini."


"Kamu tahu, kalaulah batu-batu yang anak-anak kecil kami baling itu boleh bersuara, batu-batu itu pasti akan BERTERIAK menghina kebaculan kalian hari ini.

"Tidakkah kamu tahu bahawa nanti bayi-bayi kami, anak-anak kami, isteri-isteri kami, ayah dan ibu kami, pejuang-pejuang kami yang telah gugur semuanya itu akan bangkit di hari akhirat? Hari yang ALLAH telah janjikan untuk kita berkumpul di Padang Mahsyar bersama-sama."

"Mereka akan mempersoalkan kalian di hadapan ALLAH atas apa yang telah kalian lakukan kepada kami hari ini. Aku tahu apakah yang akan mereka katakan nanti."

"YA ALLAH, MEREKA SAUDARA KAMI TETAPI MEREKA TELAH MEMBIARKAN KAMI."

"Apakah kamu menyangka ALLAH akan melepaskan kalian? Hari itu kami akan bangkit dengan darah-darah kami sebagai bukti perjuangan dan penderitaan kami. Darah kami akan berbau harum seperti kasturi kerana kami syahid dalam mempertahankan deen ALLAH yang ALLAH redhai."

Tetapi apakah nasib kalian ketika hari itu? Kalian akan merangkak di Siratul Mustaqim kerana pemeriksaan yang sangat berat oleh Allah. Dosa kalian meninggalkan kami amat berat sebenarnya...''

YA ALLAH SELAMATKANLAH BUMI PALESTIN.. AMEEN..



Dipetik dari : CahayaIslam.net

**********************************************************************************

Sesungguhnya tanggungjawab seorang Muslim itu sangatlah berat.. Bukan sekadar terhadap keluarganya, malahan terhadap saudara seIslam dengannya.. Walaupun jauh dan tidak terlihat di pandangan mata, marilah kita sama2 mendoakan agar rakyat Palestin sentiasa dilindungi ALLAH dan diberi kekuatan serta keazaman untuk mempertahankan bumi suci para anbiya'..


Doa adalah senjata paling mustajab bagi orang mukmin..
Marilah kita sama2 mendoakan kejayaan saudara2 kita di Palestin dan semua negara Islam yang sedang ditindas..

Bagi yang ingin menghulurkan derma, bolehlah merujuk kepada poster di atas.. 
Semoga dengan sumbangan kita yang tidak seberapa ini dapat menjadi saksi untuk kita di hari pengadilan kelak.. In Shaa ALLAH..










0 Kata-Kata Hikmat: