Tuesday, March 6, 2012

Budak Bam Bam Balik Kampung..


As Salam & salam sejahtera semua.. Harap2 semuanya terutama pembaca blog mak long ni sihatlah hendaknya ye.. (ada ke pembaca? kihkihkih).. Mak long sihat, Alhamdulillah.. Cuma tekak ni sakit sikit.. Aritu masa balik kampung kakak Huda demam, batuk & selsema.. Sian dia.. Dan mak long ni biasalah, bila dah sampai KL baru nampak simptom2 jangkitan virus tu.. Masa kat kampung sihat cergas bersukaria.. La ni baru tak sihatnya keluar.. Agaknya cuaca dan persekitaran kat sini tak sesihat kampung kot.. Tu yang sampai jek, terus down.. Tapi takdelah demam pun, cuma tekak perit, so secara tak langsung badan pun rasa tak sedap.. Tu yang lemau je pegi keje.. Semalam plak jumpa forwarder, dia belanja minum.. Mak long pun order la plum lime.. Actually tak tau pun air apa tu sebenarnya.. Tengok ada lime, otak pun buat conclusion, air limau kot.. Mesti sedap ni..hehe.. Bila sampai2 jek tengok air tu warna hijau, ada asam boi putih tu.. Macam air kedondong asam boi tu.. Tapi dalam hati pelik gak, nape warna hijau kalo just air limau je.. Ah, minum je la, dah orang belanja kan.. Masuk je dalam mulut, perghhh!!! pahit gilerrrrr.. Air apa la ni sebenarnya.. So malam tadi mintak la pertolongan uncle G, surf punya surf jumpalah.. Well, nak tau apa dia plum lime ni? Air limau kasturi yang diblend the whole biji.. Patutlah pahit.. Kulit dan biji limau join sekali.. Pahit2 pun abis segelas mak long telan.. Orang dah belanja kan, kena la abiskan..hehehe.. Tapi air ni bagus untuk sore throat, based on explanation jumpa dalam Google tu la.. Kebetulan pulak, pilihan yang bagus walaupun pahit.. Then pagi ni, sore throat pun dah kurang, cuma suara dah ala2 rock pulak.. Serak2 gitu.. Ella!!!! Hahahaha..

Opps macam dah lari dari topik je ni.. Actually nak citer pasal balik kampung aritu..hehehe.. Besttttt!! Mana ada balik kampung yang tak best.. Jumpa family kan.. Seronok sangat.. Tambahan pulak semuanya ada.. Termasuklah new family member, si comel bam bam Adriana la, sape lagi.. Hari Sabtu tu Adriana yang paling lambat sampai.. Nek cik sekeluarga daripada Pasir Gudang pun datang.. Tak sabo nak jumpa Adriana.. Tik tok tik tok, jam berdetik.. Dengar je bunyi kete sampai, apalagi, semuanya serbu.. Tengok2 budak bam bam tengah tido, pakai baju pink.. Comel sangat.. Ala2 excitednya semua.. Adriana pulak sedapnya tido, tak nak bangun2.. Sepanjang perjalanan tido, sejuk kena aircond kete.. Dah sampai umah atok n nenek pun sambung tido lagi..hehehe.. Semua orang happy dapat jumpa Adriana kecuali.. hehehe.. Sape yang tak happy tu? Kakak Huda!!! hahaha.. Actually dia bukan tak happy, cuma dia confuse tetiba ada baby.. Masa mula2 sampai la.. Then bila dah lama2 asyik cium kepala baby je.. Best cium kepala baby butak ni..hehehe.. Sampaikan baby nak nenen dalam bilik pun dia ikut.. Nak tengok..hahaha.. Maybe dalam hati dia pelik kot nape baby tak minum susu macam dia minum.. Baby minum susu ibu, kakak Huda minum susu formula dalam botol.. Lain le caranya..hehehe..

So hari ni mak long nak share gambar2 masa kat kampung aritu.. Seronoknya balik kampung.. Seronok seronok seronok (bak kata Ipin..hehehe..)















Abis dah citer Adriana balik kampung.. Entah bila lagi Adriana akan balik Johor ye? Maklumlah jauh, kalo nak balik pun kena cuti lama baru berbaloi.. Tapi InsyaALLAH, bulan Mei nanti semua akan dapat jumpa Adriana kat kampung Muar.. Sebab mak long Nani nak kawin.. So, semua akan berkumpul kat Muar.. Abislah Adriana kena kerumun nanti.. Masa tu Adriana dah 4 bulan, dah pandai apa agaknya nanti ek? hehehe.. Rindu kat budak bam bam ni.. Insya ALLAH nanti mak long dah sihat dan ada masa, mak long datang jenguk dia ye.. Mak long tengah batuk ni.. Tak syok la nak jumpa Adriana.. Nanti berjangkit pulak.. Saaayaaaang budak bam bam ni.. ^.^







0 Kata-Kata Hikmat: