Wednesday, October 17, 2012

Secara Tiba-Tiba..



Peh, agak lama gak tak update blog ni. Dari wordless Wednesday last week sampai dah masuk Wednesday this week.. Aduhai.. Serius sangat malas nak update blog ni.. Entry yang berkaitan wordless Wednesday tu pun pasal makan je.. Nanti2 la aku citer ye.. Hari ni just nak mengarut sendiri.. Sesambil makan coklat bos bagi tadi.. Coklat dari Belgium, al-maklum bos baru balik dari Europe.. Macam le takde jual kat sini ye.. Pada aku rasa coklat ni sama je.. Kecuali milk chocolate and black chocolate.. Tapi yang ni extra sedap sebab orang bagi..hehehe.. Semut pun sibuk dok mengintai ni.. Oh, lupa pulak nak tanya kabar.. Harap2 korang semua sihatlah ye.. InsyaALLAH..

Life aku macam biasa.. Keje pun macam biasa.. Banyak gak la tapi tak nak stress2.. Normal la tu kalo dah namanya keje kan? Arini aku nak bercerita tentang feeling @ perasaan.. Ceeewah.. Tiba2 jiwang karat la pulak..hehehe.. Habis gak coklat ni kang aku kerjakan (eh, tetiba je kan? motif? ;p).

Oklah, kisahnya bermula begini.. Kelmarin birthday seseorang yang aku kenal 4 tahun lepas.. Status antara kami? Mungkin boleh dikatakan istimewa.. Entah kenapa tetiba hati aku tergerak untuk wish birthday dia setelah 3 tahun aku menghilangkan diri dari dia.. Yupp!! Aku yang melarikan diri dari dia.. Sebabnya? Entah, aku sendiri tak pasti.. Atau memang sengaja aku tak nak bagitau.. Biarlah rahsia..hhehehe.. Aku anta email pada dia untuk ucapkan happy birthday dan apologize kerana hilang secara tetiba 3 tahun lepas.. Dan yang peliknya aku ternanti-nanti balasan email tu daripada dia.. Aku pun tak tau apa yang dah berlaku pada aku semalam.. Macam orang dilamun cinta.. Untuk pengetahuan korang aku still single tapi adalah orang suka kat aku sekarang dan aku pun suka kat dia.. Oklah, malas nak secret dengan korang.. Dia ni le sebab aku menghilangkan diri dari yang tadi tu.. Faham? Kalo faham bagus le.. Kalo tak, cubalah faham2kan ye..hihihi.. Tapi aku pun tak sure pengakhiran hubungan sekarang ni.. Memang harapnya sampai ke jinjang perkahwinan.. Cuma sebab dah terlalu lama kot menunggu so aku pun dah agak bosan sekarang.. Aku serahkan pada ALLAH je la.. Aku terima segala yang telah tertulis untukku..

Back to the original story.. Semalam aku rasa sangat rindu pada dia.. Aku sibuk semak email aku malam tadi.. Trace balik semua email antara aku dan dia.. Oh ye, lupa nak bagitau.. Kitaorang ni berkenalan melalui yahoo messenger.. Entah tetiba dia tersesat jumpa id aku.. Then borak2 terus jatuh cinta.. Boleh gitu? Gila kan? Through chatting pun boleh jatuh cinta.. Tapi macam yang orang cakap, cinta internet ni kadang2 tak boleh percaya.. Buatnya psycho ke yang chatting tu.. Bukan kita tau kan? Tapi ada juga cinta internet yang betul.. Kategori aku? Tak sure kesahihannya sebab aku dah lari dulu..hehehe.. Cuma apa yang boleh simpulkan tentang dia, dia seorang yang baik, jujur dan sangat sayangkan aku.. Lawak kan? Melalui chatting je boleh judge orang.. Nampak beno bila dah suka, semuanya baik walaupun tak pernah jumpa.. Agaknya kalo aku still dengan dia, apa agaknya status aku sekarang kan? Cik atau puan? Hahahaha.. Aku sendiri pun tak tau.. Apa yang aku tau aku telah membuat keputusan 3 tahun lepas dan status aku masih sama seperti 3 tahun yang lepas.. Entah kenapa aku tiba2 teringatkan dia.. Lepas dah anta email wish birthday baru terfikir kot2 la dia dah ada family sekarang ni, janganlah dengan email aku tu akan mengganggu kebahagiaan dia pulak.. Entah2 dia dah tak ingat pun siapa aku ni kan? Kehkehkeh.. Tak pun email dia tu dah berkurun dia tak check.. Kalo dia check pun, baca je, tak reply pape.. Wahhhh, kira selamat la aku.. Moga2 semua yang aku bayangkan ni memang benar2 berlaku.. Aminnn..


ALLAHUAKBAR, sesungguhnya perasaan rindu dan sayang itu milik ALLAH.. Tetapi setiap manusia telah dijadikan oleh-NYA dengan mempunyai pelbagai perasaan.. Maka tidak mustahil sebagai manusia kita akan merasa kasih, sayang dan rindu terhadap manusia yang lain.. Seandainya perasaan kasih, sayang dan rindu itu tidak dapat dibendung, berdo'alah kepada ALLAH agar DIA melorongkan perasaan itu terhadap insan yang memang telah ditakdirkan untuk menjadi pasangan kita.. Akan tetapi ketahuilah bahawa perasaan rindu, kasih dan sayang daripada ALLAH itu lebih membahagiakan daripada segala-galanya..

Semoga ALLAH Memberikan kebahagiaan dan rahmat-NYA kepada insan2 yang pernah menyayangi diriku dengan setulus hati.. Sesungguhnya kita hanya mampu merancang tetapi ketahuilah perancangan ALLAH itu lebih baik daripada kita makhluk ciptaan-NYA.. Aku redha dengan apa yang telah Engkau tetapkan untukku ya Rabb.. Aminnn...




P/S : Alhamdulillah, perasaan rindu tu dah hilang bagai dibawa angin lalu..huhuhu.. Pada you yang rasa diri you sayang sangat kat I, kalo you baca entry ni tak payahlah nak jeles sangat.. Takde maknanya kalo nak jeles melampau setakat baca citer camni..













0 Kata-Kata Hikmat: