Pertama sekali lafaz Alhamdulillah kepada ALLAH S.W.T kerana memberikan kesihatan yang baik kepada kita semua.. Juga Alhamdulillah di atas segala limpahan rezeki yang telah diberikan kepada kita selama ini..
Alhamdulillah, hari ni anak saudaraku yang pertama telah genap berusia 3 tahun.. Alhamdulillah juga kerana Nadhirah Huda telah membesar dengan sempurna dan telah menjadi anak yang cukup baik untuk kami semua.. Keletahnya cukup menghiburkan hati.. Gelagatnya sentiasa membuatkan kami tersenyum.. Melihat tingkahnya yang aktif dan kepetahannya bercakap sudah cukup membuatkan kami gembira kerana mindanya berkembang dengan cerdas.. Terima kasih ya ALLAH kerana menghadirkan Nadhirah Huda di dalam hidup kami.. Semoga kehidupannya sentiasa diberkati oleh-Mu wahai Sang Pencipta kami semua.. Ameen..
Sekejap rasanya masa berlalu.. Bila tengok gambar Huda masa baby terasa macam baru je lahir semalam.. Masih teringat lagi memori dengan Huda.. Memang takkan dilupakanlah sampai bila2.. Huda dijangkakan lahir pada 10/12/2009 (sama dengan birthday nenek Huda).. Mama Huda merupakan pembantu guru untuk kanak2 khas.. Masa tu mama Huda still kerja kat Cheng, Melaka.. Tak dapat lagi pindah ke JB.. PJJ dengan husband..hehehe.. Sebab masih lambat lagi, mama Huda pun baliklah Kuantan pada 28/11/2009, last balik sebelum bersalin.. Balik daripada kampung tu mama Huda dah rasa tak sedap perut tapi dia fikir maybe sebab penat perjalanan jauh.. Selasa tu kerja jugak tapi bagitau kawan perut dah rasa lain macam.. Tapi yelah first time experience, so tak amik kisah sangatlah.. Lagipun lambat lagi kan.. Kawan dia cakap nanti dia bawak gi berurut dengan nenek dia sebab nenek dia bidan kampung.. Then hari Rabu siang tu berurutlah.. Ingatkan ok, rupanya makin sakit tapi tak kerap sangat.. Kejap datang kejap hilang.. Kebetulan pulak adik bongsu (maksu Huda) ada kursus kat Melaka.. So dia temankan kakak dia kat umah.. Housemate balik kampung sebab cuti sekolah.. Pembantu guru tetap kena bekerja macam biasa.. Siap request spaghetti lagi.. Adik yang baik hati ni masakkan la takut kakaknya kempunan.. Nanti anak lahir ngences pulak.. Tau tak ngences? Air liur meleleh je..hehehe.. Memang satu hari tu balun spaghetti je la.. Last2 kul 12 am mama Huda bagitau sakit dah makin kuat.. So maksu Huda yang baru mamai bangun dari tidur bergegas hantar kakak dia ke hospital.. Nasib baik hospital Melaka dekat..
Akhirnya setelah semalaman mama Huda menanggung kesakitan, pada kira2 jam 8.30 am pada hari Khamis tanggal 3/12/2009, lahirlah Nadhirah Huda binti Hamdan dengan berat 3.1 kg secara normal. Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH.. Ayah Huda terus bergegas ke Melaka setelah menerima berita isterinya akan bersalin.. Masa ayah sampai, Huda dah keluar kot tapi nurse tak bagitau.. Kul 9.30 am baru tau baby dah lahir..
Gambar pertama Huda yang mak long terima.. Ayah Huda MMS..
Atok dan nenek yang menerima berita tu pun terkejut sebab awal seminggu Huda lahir.. Cadangnya nak bersalin di hospital Kota Tinggi, Johor.. Segala kelengkapan pun dah di bawa balik ke Johor..Tapi nak buat camne kan, Huda nak lahir kat Melaka.. Supaya mama tak lupa tempat dia berkhidmat dulu..hehehe.. Tapi kesian la kat mama Huda sebab takde sape yang teman.. Last2 atok dan nenek pun decide nak pegi Melaka.. Jemput cucu pertama balik kampung.. Kira2 jam 12 pm atok dan nenek pun bertolak dari rumah..
Tapi ternyata manusia itu hanya mampu merancang.. Tetapi tanpa izin ALLAH, tiada satu pun perancangan manusia yang akan berjaya dilakukan.. Pada hari yang sama, 3/12/2009 pada jam 1 pm, kami menerima satu berita sedih iaitu nenek kami (emak abah aku @ moyang Huda) telah meninggal dunia.. Lihatlah kuasa ALLAH, di satu masa yang sama dua perasaan muncul dalam diri manusia.. Gembira dan sedih.. Bagi atok Huda pulak, di masa yang sama gembira dengan kelahiran cucu pertama tetapi sedih dengan pemergian ibunda tercinta.. Nasib baik atok Huda belum melepasi daerah Kluang (kampung nenek aku) lagi so instead of going to Melaka, dia menuju ke Kluang.. Tak jadi pegi Melaka.. Nasib baik masa tu Huda masih di hospital.. Yang kitorang pulak gerak dalam kul 1 pm sebab tunggu adik aku balik keje dulu dan datang umah aku dulu..
Kitaorang sampai Kluang dalam kul 5.30 pm dan jenazah pun dah selamat dikebumikan.. Perjalanan lambat disebabkan hujan lebat dalam perjalanan.. Tapi Alhamdulillah kitaorang sempat jumpa arwah masa hari Ahad sebelum tu sebab masa tu aku balik kampung kat Muar masa hari Sabtu.. Abah dengan mak aku pun balik gak.. Entah kenapa semua orang balik masa tu aku pun lupa.. Tetiba Sabtu malam tu makcik aku @ adik abah aku yang jaga nenek aku call abah aku.. Dia bagitau nafas nenek aku laju.. Abah aku pun terus gerak balik Kluang.. Dia cakap akan call kitaorang kalo ada apa2.. Tunggu punya tunggu takde call pun.. Esoknya baru abah aku call.. Dia cakap nenek dah ok tapi kalo nak datang tengok, datanglah.. Yelah ajal maut ni kita mana tau kan.. Dan memang dah sampai waktu dia, lepas je beberapa hari arwah pun pergi.. Tapi kami memang dah bersedia dengan segala kemungkinan sebab arwah nenek aku ni sakit angin ahmar.. Lama dia sakit, dalam 9 tahun ada kot.. Al-Fatihah untuk arwah..
So malam tu kitaorang berkampunglah di Kluang.. Semua sanak saudara datang.. Esoknya aku cakap dengan abah dan mak aku yang aku nak gi Melaka.. Nak tengok Huda.. Mak dengan abah aku izinkan dan diorang akan menyusul esoknya.. Sebab rasa tak sedap nak balik awal sangat.. So aku dengan adik aku si Hamzah (aku balik berdua dengan dia je) pun geraklah ke Melaka lepas solat Jumaat.. Dalam kul 4 pm sampai le di tol Ayer Keroh.. Dapat direction daripada ayah Huda nak masuk ke dalam.. Sesatlah juga sebab tak familiar.. Tapi akhirnya sampai le jugak.. Nasib baik Huda pun baru discharge dari hospital.. Maknanya takdelah lama tunggu.. Akhirnya jumpa jugak dengan anak saudara sulong mak long.. Comel sangat Huda masa tu.. Kecik je.. Cute..
Saiz kepala Huda sama beso dengan tapak tangan mak long.. SubhanALLAH..
So malam tu berkampunglah kitaorang berlima campur dengan Huda.. Maksu Huda dah balik hotel tempat dia kursus sebab dah ada orang temankan kakak dia.. Tapi yang kelakarnya semua yang ada malam tu semua takde experience handle newborn baby.. Yang Huda pulak asyik merengek je.. Agaknya suasana baru.. Pastu asyik berak je.. Dah masing2 risau Huda sakit perut ke? Mama kan makan spaghetti banyak sangat sebelum bersalin (kesannya, Huda sangat suka makan spaghetti sekarang..hehe..) Pastu masa nak tido tu siap reduce speed kipas takut Huda kesejukan.. Kitaorang tido kat ruang tamu je.. Senang, luas.. Tapi malam tu memang tak boleh tido sebab Huda sikit2 nangis, sikit2 nangis.. Mama dengan ayah langsung takleh lena.. Mak long baru nak terlena pun terjaga semula.. Pastu tetiba muka Huda merah giler.. Masing2 dah cuak.. Last2 kuatkan speed fan pastu basahkan towel dan letak kat dahi Huda sebab assume dia panas.. Tapi yang hebatnya pak uda Huda.. Orang lain takleh tido dia tetap lena, siap gulung toto buat selimut sebab sejuk.. Aduhai, lawak giler..
Akhirnya lepas mak long zikir sikit2, Huda pun tido.. Ayah pun dapat tido gak sebab siang nanti nak drive balik Johor, kenalah tido.. Mama pun dapatlah lena sikit2 hilangkan ngantuk.. Tapi lepas bersalin masih sakit lagi, tido pun tak berapa nak lena.. Dahlah tak berpantang apa2 sebab semuanya dah bawak balik kampung.. Mak long je tak tido jaga Huda.. Tetap berzikir supaya Huda tenang.. Yelah baby baru lahir ni semua dia nampak, hati masih bersih.. Kita ni je yang tak nampak sebab banyak dosa, hati dah gelap..
Then Sabtu siang tu ayah Huda dah plan nak balik Johor.. So mak long dengan pak uda akan balik KL.. Tapi semalam opah Huda bagitau dia akan datang, nak temankan cucu dia balik Johor.. Dia risau sebab dia kata dalam semua anak perempuan dia yang bersalin, takde sorang pun yang bersalin sorang2.. Mama Huda yang pertama.. Sebab tulah Huda kuat dan ligat.. Independent..hehe.. So kitaorang pun tunggulah opah Huda sampai dulu, baru gerak balik KL.. Masa berjalan, tak sampai2 gak.. Huda dah berapa kali mengamuk, opah tak sampai2 jugak.. Hari dah makin ke petang, Huda asyik nangis je.. Mama dah tak keruan, risau apasal anak dia asyik nangis.. Last2 decide nak mandikan Huda sebab fikir mungkin Huda panas dan tak selesa.. Tapi masalah pulak, takde besen atau tempat mandi baby.. Darurat punya pasal, mandi dalam baldi akhirnya.. Dahlah semua tak berani nak pegang baby sebab lembik sangat.. Mama jugaklah yang buat walaupun dia pun tak reti, tapi demi anakanda tercinta tetap diusahakan juga.. Lepas je mandi, diam je tido.. Memang panas rupanya.. Sian Huda..
Last2 kul 3 pm opah Huda sampai.. Sangkut dalam banjir kat Segamat pastu singgah tempat lain dulu.. Disebabkan opah Huda dah sampai, mak long dengan pak uda pun decide nak gerak balik KL.. Dalam kul 4 pm kitaorang pun gerak sebab budget diorang pun nak gerak balik Johor gak.. Rupa2nya dalam kul 5 pm baru diorang gerak balik Johor.. Atok dengan nenek pulak tak jadi datang Melaka sebab dengar besan nak turun Melaka pastu temankan cucu balik ke Johor.. Sambut cucu dengan besan je kat kampung.. Keluar tol Ayer Keroh mak long terus pengsan.. Celik mata dah sampai tol Sg. Besi..hahahaha.. Penangan jaga Huda sampai tak tido malam.. Nasib baik pak uda leh drive..hehe.. Pastu SMS ayah Huda, kul 9 pm baru tiba kampung.. Yelah, mana boleh bawak keta laju sangat.. Huda pulak meragam.. Nenek cakap sampai2 je rumah Huda tengah nangis.. Terus nenek amik, bedungkan, bagi susu, terus lena sampai ke Subuh.. Mmm..patutlah melekat dengan nenek.. Pantang nenek hilang di pandangan, terus sibuk cari mana nenek, mana nenek.. Dah besar dah cucu nenek Sain, atok Seman, opah Limah dan atok Rahman ni.. Dah nak jadi kakak pun..hehehe..
Alhamdulillah, kini usia budak yang mandi dalam baldi tu dah pun mencecah 3 tahun.. Semoga kecerdasanmu seiring dengan usiamu.. Sentiasa menjadi anak yang menggembirakanhati mama dan ayah serta kami semua.. Dan yang paling penting semoga hidupmu sentiasa di rahmati dan diberkati Ilahi.. Ameen ya Rabbal 'Alameen..
Lot of loves & hugs for you my sweet & lovely niece.. Mak long loves u so much.. ^__^
How time flies so fast.. She is a big girl now..
How time flies so fast.. She is a big girl now..
0 Kata-Kata Hikmat:
Post a Comment