Wednesday, January 23, 2013

Ya Nabi Salam 'Alaika..



Tatkala berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., hati kita pasti akan terasa tenang dan perasaan rindu terhadap baginda pasti akan menjelma.. Semoga kita semua akan dapat bertemu baginda apabila tiba saat dan ketikanya nanti.. In Shaa ALLAH.. Ameen..

credit to : awakeningrecords
 
 
 
 

Tuesday, January 22, 2013

Mari Berselawat..



Alhamdulillah, akhirnya saat yang dinanti2kan bakal menjelma.. 12 Rabi'ul Awwal bakal menjelma 2 hari lagi dan kita bakal menyambut Maulid Rasul yang kita cintai.. Oleh itu marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas baginda.. Semoga dengan selawat itu kita akan beroleh syafaat baginda yang pastinya sangat2 kita perlukan di hari pengadilan nanti..
 
Sempena bulan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. ini, aku akan menghasilkan entry yang mungkin kebanyakannya akan berkisar tentang baginda.. Jika bukan sirah, aku akan memaparkan qasidah2 atau nasyid2 yang mengandungi selawat ke atas baginda.. So secara tak langsung, sesiapa yang membaca entry2 aku ni pun akan turut sama berselawat.. In Shaa ALLAH..
 
Meh, aku nak kongsi nasyid yang aku suka sangat dengar.. Sangat harmoni dan menarik minat kita untuk turut sama berselawat..

credit to : murabbiy



Sunday, January 20, 2013

Dia Muhammad..



Salam hari minggu semua.. Semoga semuanya berada di dalam keadaan sihat sejahtera di dalam rahmat Ilahi.. In Shaa ALLAH..
 
Alhamdulillah, kita kini telah berada di dalam bulan Rabi'ul Awwal.. Dan pastinya kita sebagai umat Islam tahu bahawa di dalam bulan ini terdapat satu peristiwa besar di dalam sejarah Islam.. Di dalam bulan inilah junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. telah dilahirkan.. Tanggal 12 Rabi'ul Awwal tahun 571M, kira2 1432 tahun yang lalu junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. telah dilahirkan.. Tahun kelahiran baginda turut dikenali sebagai Tahun Gajah kerana tentera bergajah pimpinan Abrahah dari Yaman datang  ke Mekah untuk menghancurkan Ka'abah.. Tetapi mereka telah diserang dengan burung2 ababil yang membawa batu2 berapi yang membawa kepada kekalahan mereka..
 
Kini, tinggal kira2 4 hari lagi untuk kita meraikan hari kelahiran nabi terakhir yang menjadi imam kita.. Ada para alim ulama' yang berpendapat maulid Nabi Muhammad tidak perlu diraikan kerana Nabi sendiri semasa hayatnya tidak pernah meraikan hari kelahiran baginda.. Namun pada pendapat aku berdasarkan hujah dan kupasan yang aku pernah dengar dari ustaz2 yang memberi ceramah di beberapa program Islamik, tidak salah untuk kita meraikan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. dengan tujuan untuk menyuburkan perasaan kasih dan cinta kita terhadap baginda. Harus diingat Nabi yang kita cintai itu telah pergi meninggalkan kita kira2 1400 tahun yang lalu.. Kita tidak pernah berjumpa baginda secara nyata, tidak pernah hidup bersama baginda, tidak pernah melihat sendiri sunnah yang baginda amalkan yang sepatutnya menjadi ikutan kita sebagai umatnya.. Namun baginda telah meninggalkan Al-Quran dan hadith yang boleh kita jadikan pedoman dalam menempuhi kehidupan ini agar kita bisa memperolehi kebahagiaan di dunia dan akhirat.. Selalunya perkara yang tidak kita alami mudah untuk kita lupakan.. Oleh itu acara2 seperti ini harus di adakan selalu agar kita selalu mengingati junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. yang kita kasihi sekaligus menanamkan rasa cinta terhadap baginda..
 
Hari ni aku nak berkongsi sebuah nasyid yang sangat indah lirik dan melodinya.. Semoga dengan mendengar nasyid ini dapat membuatkan kita sentiasa mengingati junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. sekaligus menyuburkan perasaan cinta kita terhadap baginda.. In Shaa ALLAH.. Ameen..

credit : mauswah
 
 
 
 
 

Wednesday, January 16, 2013

Rapuh..



Sememangnya hati manusia terlalu rapuh dan sering melupakan Maha Penciptanya.. Akan tetapi ALLAH tetap mengingati kita dan terus melimpahkan rahmat-Nya kepada kita.. ALLAHU RABBI, ampunilah kami hamba-Mu yang seringkali lalai terhadap-Mu.. Bimbinglah dan tetapkanlah hati kami kepada-Mu di atas jalan yang Kau redhai.. Ameenn..
 

credit to : outsp0ken




Betapa Rasulullah S.A.W. Sayangkan Umatnya..



Sebuah renungan dan peringatan untuk diri kita semua.. Sesungguhnya kita, makhluk yang bernama manusia ini memang telah dijadikan ALLAH dengan mempunyai pelbagai perasaan dan nafsu.. Namun keupayaan untuk mengawal perasaan dan nafsu itu terletak di dalam tangan kita sendiri.. Perasaan yang paling mudah singgah di dalam diri kita adalah MALAS dan nafsu yang sering mendatangi kita adalah nafsu yang JAHAT.. Untuk mengatasinya bukanlah mudah.. Namun setiap masalah ada solusinya.. Semoga dengan renungan yang dikongsikan ini mampu menjadi salah satu solusinya di saat perasaan dan nafsu itu datang bertandang.. In Shaa ALLAH.. 

Marilah kita sentiasa berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. yang telah mengembangkan syiar Islam dengan penuh kepayahan dan kesukaran.. Namun Baginda tetap tabah demi memastikan agama ALLAH tersebar di muka bumi ini..
 
 
 
credit kepada empunya gambar..
 
 
 
 
 



Tuesday, January 15, 2013

T-Shirt Muslimah Brotherhood Arts..



Salam hari Selasa.. Opening entry minggu ni pada hari Selasa le nampaknya instead of Isnin.. Harap2 semuanya sihat2 dan berada di dalam rahmat ALLAH hendaknya.. Ameen..
 
Nak citer sikit pasal entry sebelum ni.. Lagu si Hafiz Hamidun tu le.. Post entry tu hari Jumaat malam, Sabtunya check dah 2 kali view.. Maksudnya dah dilihat 2 kali @ 2 orang sahaja.. Entah2 aku sendiri yang view.. Aku ni kadang2 suka gak baca blog sendiri tanpa sign-in blogger.. Sabo je le kan..hehehe.. Then semalam check lagi, tup2 dah 32 kali view.. Tolak 2 kali sebelum tu, maknanya 30 orang dah sesat ke blog ni semata-mata kerana lagu tu.. Wahhh, tak sangka ramai gak yang suka lagu tu.. Tapi memang best kan lagu tu.. Aku masa mula2 dengar lagu tu kat radio gigih surf internet nak cari MP3 dengan lirik lagu tu.. Tapi hampa sebab masa tu tak keluar lagi.. Kat youtube pun teaser je tak penuh.. Tapi sekarang, Alhamdulillah, seronok sangat sebab semuanya dah ada.. Siap dah upload dalam hp lagi.. Sesekali dengar sorang2.. Alahai syahdunya.. Pada yang sesat ke blog aku kerana lagu tu terima kasih diucapkan.. Semoga dengan mendengar lagu tersebut rasa cinta kita terhadap junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. semakin subur dan mendalam.. In Shaa ALLAH..
 
Orait, kembali ke topik utama ye.. Sabtu lepas tak pegi memane, just rehat2 je kat umah.. So sambil relax sambil check fb dan baca blog Cahaya Cintaku si Ana Suzana.. Tak abis lagi..huhuhu.. Tapi malam ni abislah kot.. In Shaa ALLAH.. Masa tengah check fb tu terjumpa satu page ni.. Namanya Brotherhood Arts.. Jual t-shirt dan barang2 Islamic theme.. Then belek2 la apa yang ada dijual.. Wallah, ada t-shirt muslimah la.. Aduhai, dahlah memang sedang mengumpulkan t-shirt2 seperti itu.. So disebabkan nak tau lebih lanjut, pegilah surf website dia Deenify.com. Aisshhh, macam terus berkenan je ni.. Godaan sungguh.. Pastu ternampak badge comel.. Lagilah confirm berkenan.. So, bila dah berkenan, apalagi? Langkah seterusnya sudah semestinya membeli.. Hahaha akhirnya aku telah tergoda lagi dengan hasutan syaiton, eh syaiton ke kalo beli barang camtu? Kalo syaiton dia suruh beli baju2 yang mengancam gitu.. Muslimah2 ni dia sakit hati sikit.. Tapi walaupun sakit hati dia tetap selitkan kat situ, beli banyak2.. Ha!! Kalo sampai banyak bebeno sampai membazir  baru le hasutan syaiton.. Iye ke? Pandai2 korang la.. Yang penting niat tu kan.. Bukan le nak bagitau aku ni muslimah bebeno cuma rasa sejak usia makin meningkat ni hati terbuka untuk berubah ke arah yang lebih baik.. Cuba menjadi muslimah yang terbaik.. In Shaa ALLAH..
 
Akhirnya sampai jugak barang2 yang aku beli tadi.. Aku bagi alamat opis sebab aku ada kat opis.. Seronoknya bila dah dapat kat tangan.. Harga semua yang aku beli ni korang boleh total sendiri berdasarkan harga yang dipaparkan dalam website Deenify.com.. Nak tengok apa yang aku beli? Jom tengok kat bawah ni.. ^_^

Aku beli 2 helai je t-shirt muslimah ni.. Saiz S itupun bahu jatuh.. Dah nampak gedobor sikit (Err, tau ke gedobor tu apa? Bahasa abah aku ni..hehe.. Lebih kurang beso le..) Al-maklum le aku ni comel je orangnya..hehe.. Tapi panjang tangan cun2 terletak.. Eh, kata t-shirt muslimah, kenalah longgar kan.. Panjang sampai ke lutut.. Cuma dua2 tangan warna pink.. Sebab pilihan warna tak berapa banyak.. Ada biru tapi aku tak minat.. Purple ada gak tapi pun aku tak minat..hehe.. Ini pun ok le..
 
Henshin!! Maksudnya bertukar!!! Macam citer anime Jepun tu.. Tak pun citer mask rider.. Tapi disebabkan dah alih bahasa kita tak dengar la dia cakap henshin.. Maksud tersirat berubah ke arah yang lebih baik le ni..
 
Sisters in Deen (Islam)..
 
Ha, yang ni aku nampak je terus tertarik.. Sebab cute sangat..
 
Tengok le tu.. Alololo tomeinya..
 
Aku pasang kat handbag bawak pegi keje @ beg jalan2 sebab macam sesuai pulak.. Dahlah beg kain macam beg sekolah..hahaha.. Tetiba terasa muda pulak ye.. Padahal dah 34 tahun pun.. Eh, apa salahnya kan.. Yang penting jiwa tetap muda.. Usia hanyalah sekadar angka yang akan ditanya ALLAH nanti kita habiskan untuk apa.. Oppsss..insaf insaf..-_-
 
 
Itu je la yang aku nak kongsikan hari ni.. Semua barang ni aku beli secara online.. Free delivery.. Kalo korang berminat usha le link yang aku letakkan tu.. Sekadar berkongsi info bagi sesiapa yang sedang mencari barangan seperti ni.. Mana tau dengan mini badges tu boleh mengingatkan kita untuk berzikir setiap kali terpandang.. Ada gak faedahnya.. Tapi takleh le bawak masuk dalam toilet.. Sendiri mau ingat ye.. ^_^
 
Aku ni takdelah selalu sangat beli online.. Adalah beberapa kali.. Bila rasa memang betul2 berkenan je.. Dan takdelah dalam kuantiti banyak.. Sebelum ni t-shirt muslimah 2 kali, kuantiti sehelai setiap satu.. T-shirt Sunan Musafir sekali, sehelai (dah minat sangat sampaikan t-shirt pun beli).. Beg adalah 3 kali kot, pun sebuah setiap kali.. Jubah arab sehelai.. Semuanya dihantar ke opis sebab dihantar waktu hari bekerja kenalah dihantar di mana aku bekerja..hehehe.. So far t-shirt yang aku beli tu oklah.. Cuma ada satu tu lengan kecik sikit sebab aku amik saiz XS.. Saiz badan ok cun tapi rupanya design tangannya makin bawah makin kecik.. Dah ketat kat siku.. Tapi masih boleh muat lagi cuma tak berapa selesa sangat.. Dan panjang tangan pun ngam2 je.. So aku pakai kardigan kat luar walaupun t-shirt tu dah lengan panjang..hehehe.. Tapi kalo beg, memang tak berapa menepati citarasa la.. Sebab tengok kat gambar macam comel cute je.. Sekali sampai hambik ko.. Beso bebeno kalo aku yang pakai sebab aku ni kan kecik je orangnya.. Dan aku ni tak suka sangat pakai beg beso2.. Sedang2 cukup.. Yang kecik bebeno pun susah jugak.. Tak cukup ruang nak letak barang banyak.. Baru masukkan 2-3 barang dah penuh.. Letak lebih dari kuota terus kembong..hehe.. Jubah arab tu pulak sampai sekarang tak pakai lagi sebab rasa terlalu beso bahagian atasnya untuk aku yang terlalu comel ni walaupun beli saiz S.. So aku anto le ke ibu Adriana suruh dia alter.. Lom siap lagi..huhu.. 
 
Itulah pengalaman aku shopping online ni.. So untuk lebih kepuasan hati lebih baik korang beli di kedai yang nyata.. Yang semua barangnya wujud di depan mata dan boleh dibelek-belek.. Berbanding shopping online.. Lainlah kalo korang macam aku ni, ok atau tak kalo dah sampai di tangan ok je.. Kiranya dah rezeki untuk dapat barang tu.. So, terima jelah.. Tapi stop dulu la kot shopping online ni.. Sebab rasa macam dah mencukupi apa yang diingini buat masa sekarang ni.. ^_^
 
 
P/S : Aku ni bila shopping online macam tak kisah berapa jumlah yang nak kena bayar (tapi takdela sampai ribuan ringgit, paling mahal online shopping yang ni le) tapi kalo shopping di dunia nyata kena bayar RM50 pun dah rasa banyak.. Eee bahaya sungguh penyakit tak kisah aku ni..
 
 
 
 
 

Friday, January 11, 2013

Kasih Padamu Ya Rasulullah S.A.W.



Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia oleh Yang Maha Esa. Dapat lagi berjumpa penghulu segala hari yang penuh barakah ini.. Hari ni nak berkongsi satu lagu atau mungkin boleh di panggil nasyid.. Mmm, tak kisahlah apa pun.. Tapi aku suka sangat dengar lagu ni.. Liriknya walaupun simple tapi mudah difahami dan penuh maksud tersirat..

Mula2 dengar lagu tak ingat pulak katne.. Maybe kat radio IKIM. Tapi masa tu tak berapa nak hayati sebab busy buat keje.. Then terdengar lagi masa dalam kete on the way balik kampung.. Tengah drive ni terus menangis bila masuk je lirik 'Rasulullah, terlalu rindu padamu junjungan jiwa'. Memang terus ke hati.. ALLAH, bila dengar lagu2 macam ni memang terus teringatkan Rasulullah, sedih bila terkenangkan apa yang baginda dah buat untuk mengembangkan syiar Islam.. Dicaci, dimaki, ditohmah, dibaling, dipukul namun baginda tetap sabar.. Walhal baginda tak pernah mendatangkan kekacauan, hanya kerana perkataan dan ajaran2 yang baginda sampaikan, baginda dilayan dengan begitu teruk.. Dan yang paling utama baginda sentiasa mengingati umatnya walaupun tak pernah bersua muka.. Sehingga ketika sebelum wafatnya baginda, lidah baginda tetap menuturkan ummati, ummati, ummati.. Setiap nabi yang diutuskan di muka bumi ini diberikan do'a yang khusus untuk diberikan kepada umatnya tetapi nabi kita tidak pernah menggunakan do'a itu.. Baginda menyimpan do'a itu untuk digunakan sebagai syafaat kepada umatnya ketika di hari akhirat nanti.. Lihatlah betapa kasihnya baginda terhadap umatnya.. Tapi kita? Apa yang kita lakukan untuk menunjukkan rasa kasih sayang kita terhadap baginda? Layakkah kita menerima syafaat daripada baginda seandainya kita tidak pernah mengingati apatah lagi cuba mengenali junjungan mulia Rasulullah S.A.W. Masih belum terlambat untuk kita bertindak. Mudah-mudahan dengan mendengar lagu ni dapat melembutkan hati kita yang keras dan dapat menerbitkan perasaan ingin mengenali kekasih hati kita Nabi Muhammad S.A.W. dengan lebih mendalam lagi.. In Shaa ALLAH..



KASIH PADAMU RASULULLAH S.A.W.

Rasulullah
Dalam Sirahmu
Ku Temu Tulusnya Cinta
Demi Umatmu Berkorban Jiwa
Sehingga Hujung Nyawa

Kau DiUtus Atas Nama Kebenaran
Dengan Fasih Lidah Beri Penjelasan
Sabar Dalam Apa Jua Keadaan
Tak Goyah Dengan Ranjau Tekanan

Walau Diri Bisa Menakluki Takhta
Tetap Rendah Hati Penuh Sederhana
Segalanya Demi Lillahi Ta'ala
Azimat Yang Berharga

Rasulullah
Dengan Hikmahmu
Terpancar Syiar Agama
Mengubah Gelap Menjadi Terang
Menghapus Jahiliyah

Rasulullah
Engkau Tinggalkan
Semangat Juang Tertinggi
Membina Satu Aqidah Membangun Iman
Bertahun Di Lapangan Mujahadah

Sahih Hadith Dan Al-Quran
Menjadi Sumber Cahaya Pedoman
Hanya Itu Yang Kau Wariskan
Akan Selamat Di Dunia Akhirat

Rasulullah
Terlalu Rindu
Padamu Junjungan Jiwa
Di Dalam Sunnah Yang Utama
Menyambungkan Kasih Denganmu

Rasulullah
Dalam Sirahmu
Ku Temu Tulusnya Cinta
Demi Umatmu Berkorban Jiwa
Sehingga Hujung Nyawa

Rasulullah
Dengan Hikmahmu
Terpancar Syiar Agama
Mengubah Gelap Menjadi Terang
Menghapus Jahiliyah

YA RASULALLAH YA HABIBALLAH
APABILA KU TERKENANGMU.. MENGALIR AIRMATAKU..

~ Hafiz Hamidun ~



Thursday, January 10, 2013

Besar Dah Sayang Mak Long..



Alhamdulillah, baru je lepas makan malam.. Agak lambat hari ni sebab tadi boleh tetido pulak.. Terjaga tengok dah kul 9.30 malam.. Uisshh lama gak membuta.. Dari lepas maghrib tadi.. Ngantuk bebeno la tu.. Pastu bangun2 perut lapo, makan nasi lemak.. Bagus sangat le tu.. Kul 10 malam makan nasi lemak, memang sure tak sempat jadi tenaga, maknanya jadi lemak.. Makin banyak le lemak2 yang terkumpul dalam badan.. Apa? Aku slim takde lemak? Sape kata takde lemak? Hanya aku je yang tau di mana gerangannya lemak2 itu berada..hehehe.. Tadi gatal lak nak timbang berat badan.. Aritu aku ada mention berat aku 39 kg ek? Entah aku tak ingat dalam entry mana aku letak P/S note tu.. Tapi rasanya macam tu la.. Tadi timbang naik 2.5 kg ooo.. Maknanya 41.5 kg..kehkehkeh.. Macam banyak beno je kan.. Untuk orang yang susah nak naik berat badan macam aku ni kira banyak le tu.. Aku guna penimbang digital tu tau.. Kalo guna bathroom scale tu 44 kg.. Ha!! Lagi banyak..kihkihkih.. Dua2 penimbang aku ada.. Ini penangan balik kampung la ni.. Kalo kat kampung memang takde aktiviti lain, makan makan makan.. Tido time malam je.. Siang memang aku tak biasa tido kecuali ngantuk sesangat.. Itu baru seminggu balik kampung.. Kalo sebulan mesti syiok..hehehe..
Eh, panjang pulak intro pasal diri sendiri padahal nak citer lain.. Sabo je le.. Sebenarnya masa balik kampung hari tu kebetulan birthday Adriana, 2.1.2013.. Dah setahun dah budak comel ni.. Sekejap je masa berlalu.. Ibu Adriana yang nampak Adriana membesar depan mata pun tak puas gentel Adriana masa baby.. Dah tak pasal2 baby Fiya yang kena gomol.. Baby Fiya redha je..kehkehkeh.. Kakak Huda yang birthday dah lepas pun nak celebrate birthday sekali lagi kat umah nenek.. Sebab dia nak kek Hello Kitty.. So, disebabkan semua dah ada kat umah nenek, celebrate le sesama.. 2 in 1.. Takde party2 bagai, kitaorang je.. Tempah kek dari Keary Bakery cam biasa.. Memang selalu tempah kek dari dia.. Tempah buttercake dengan edible image Hello Kitty.. Tema pink.. Comel sangat keknya.. Senyum memanjang kakak Huda.. Yang Adriana pulak nampak kek pink bulat bijik mata.. Bukan excited apa, excited nak cepuk..hihihi..
Besar dah kesayangan2 mak long ni.. Alhamdulillah, so far semuanya membesar dengan baik.. Terima kasih ya ALLAH.. Semoga mereka akan terus membesar menjadi hamba-Mu yang berguna.. In Shaa ALLAH.. Ameenn..

2 dalam 1.. Senang dan jimat..hehehe..

Apa2 pun kena baca do'a dulu.. Semoga ALLAH makbulkan apa yang kami hajatkan.. Ameenn..

Tak sabar dah nak potong kek Hello Kitty budak montel ni.. Camne tak montel, kuat makan..

Si Adriana pun excited bila nampak kek.. Laju je bergerak ke arah kek..

Aik? Apsal tu Adriana? Dah tak sabar sangat nak makan kek ke?

Adriana tengok kek macam nak ngap semua sekaligus..kihkihkih..

Akhirnya.. Amik ko..

Macam orang nak cukur janggut pun ada..hahaha..

Sedap sehingga menjilat kedua-dua tangan..

Abih dah kek dalam pinggan.. Nak gi kat kek beso.. Amboiiii.. Tak cukup ye..

Adriana dah bersih pun.. Eh, ada Doraemon la..

Adriana dapat hadiah Doraemon daripada pak ngah dengan mak ngah..

Saayang Emon.. Emon pun lagi beso dari Adriana.. Boleh buat lawan gusti ni..hehe..

Present dari ayah dan mama untuk kakak Huda..

Hello Kitty pun lagi beso dari tuannya..kihkihkih..

Main masak2 sesama.. Emon tak lekang sebelah Adriana..kehkehkeh..

Wah, pandai Adriana bakar roti..

Beso dah sayang2 mak long ni.. Dah pandai main masak2 pun..

Anak2 baik je beratur kat sebelah..hehehe..

Adriana siap offer lemon kat Hello Kitty.. Peh, baik sungguh tuan rumah.. Tapi kalo Hello Kitty tu boleh cakap mesti dia tak nak makan.. Masam  la lemon tu.. Apa da Adriana ni..

Punyalah gamat rumah dengan suara bebudak ni tapi baby Fiya relax je tido.. Tak terjejas pun.. Rasa2nya nenek umah sebelah yang tensen sebab bising sangat..kehkehkeh.. Next year baby Fiya join pulak ye.. In Shaa ALLAH.. ^_^



Monday, January 7, 2013

Fiya Oh Fiya..



Apa khabar semuanya? Harap2 sihatlah ye.. Dah masuk tahun baru ni semangat mesti baru, iye tak? Dan ramai yang dah berazam untuk tahun baru.. Azam aku? To be honest aku tak pernah berazam setiap kali masuk tahun baru.. Cuma tahun ni berharap dapat menjadi hamba ALLAH yang lebih baik dari tahun lepas2 dan istiqamah dalam rutin kehidupan harian.. Ameen..

Lama gak blog ni menyepi kan? Sampai entry tahun baru pun takde..hehehe.. Sebenarnya bukan taknak update blog tapi aku bercuti sepanjang minggu lepas.. Balik kampung.. Dan seperti yang pernah diberitahu, kat kampung aku yang ala2 ceruk tu takde internet coverage.. Ada sebenarnya untuk maxis, digi, celcom tapi itu pun ala2 siput.. Aku guna P1, memang takdo la.. Dah pernah bawak balik modem P1 and pasang.. Merah memanjang je lampu.. So, tak dapek la den nak nolong ha.. Tapi takpe la, aku suka dok berehat je.. Takyah fikir nak email ke benda ke.. Memang totally rest la.. Asyik makan makan makan makan dok kampung.. Tapi tetap slim gak kan..kehkehkeh.. Dan walaupun kampungku itu dikelilingi kelapa sawit, aku tetap suka balik walaupun cuti sekejap.. Entah rasa macam lagi best daripada bercuti kemana-mana.. Lagi seronok dapat jumpa family.. Mungkin kalo nak gi bercuti kena bawa the whole family.. Barulah syiok.. Bergembira sesama..huhuhu..

Sangat seronok bila sesekali dapat cuti lelama kat kampung.. Pulak tu kali ni dapat jumpa anak sedara baru.. Lagilah sangat happy.. Dapat jumpa budak comel yang suka menadahkan pipi untuk dicium.. Piya piya o piya piya.. Piya piya o piya.. Eh, ternyanyi lagu Hindustan plak..hehehe.. Maklumlah nama anak sedara baru lebih kurang camtu.. Nama adik kakak Huda adalah Nadhirah Hafiya binti Hamdan.. Yang bermaksud yang berseri-seri, yang sangat baik.. Memang pun sangat baik ini budak.. Orang cium dia saja je.. Diam je.. Tanda redha la tu.. Dan disebabkan kena bedung, bila mengeliat, kepala je yang boleh bergerak.. Kepala mendongak pastu leher terteleng-teleng bagi pipi untuk dicium.. Kan baik tandanya tu.. Memang mak long tak lepaskan la.. Asyik kena cium je sampai dia nangis.. Tapi tak nangis jugak.. Kalo nangis tu sebab dia lapar atau nak suruh orang angkat dia.. Manja terlebih ni.. Pandai.. Masa lahir 2.9kg.. Hari ke-10 nurse timbang dah jadi 3.5kg.. Terperanjat mama dia..kihkihkih.. Apa taknya kuat menyusu, mulut asyik menganga je.. Tapi Alhamdulillah, takde kuning langsung sampaikan nurse dengan bidan pun hairan.. Kuasa ALLAH, takde apa yang nak dihairankan.. Tapi menurut mamanya, dia suka sangat minum air ribena masa pregnant si Fiya ni.. Kawan dia yang suka minum ribena masa pregnant pun anaknya tak kena kuning.. Mungkinkah itu sebabnya? Wallahu'alam..

Sayalah Fiya.. Nama penuh saya Nadhirah Hafiya binti Hamdan.. Selamat berkenalan pembaca blog mak long saya.. ^_^
 
Semua orang cakap muka saya sama macam kakak Huda saya.. Sama ke muka kami berdua? Yang kat bawah ni kakak Huda saya masa baby..
 
Masa ni kakak Huda dah nak dekat sebulan.. Sebab tu lagi bam bam dari adik Fiya..
 
Geramnya dengan pipi yang montel tu.. Memang asyik kena cium je la dengan semua orang..hahaha..
 
Siap ada side burn lagi..hehehe.. Jangan marah pakcik2 semua..hehehe..
 
Borak2 dengan atok..
 
Tawa2 dengan atok..hihihi..
 
Atok excited dapat cucu baru.. ^_^
 
Comelnya kakak Huda dengan adik Fiya.. Senyum dua2.. ^__^
 
Si kecil kesayangan kami semua.. ^_^
 
 

P/S : Nama Fiya ala2 nama mak long la.. Hafiya dan Habibah..hihihi.. (ceh mak long ni, nak jugak..;p)