Hari ini 16 Mei 2010..
Setiap tahun pada tarikh 16 Mei ini, kita akan meraikan Hari Guru.. Setiap sekolah pasti akan mengadakan majlis meraikan semua guru yang berjasa mendidik para pelajar di sekolah mereka.. Oleh kerana hari ini cuti, besar kemungkinan majlis itu akan disambut esok..
Aku pun nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua cikgu yang telah mengajar dan mendidik aku sampailah aku mampu berada di kedudukan aku sekarang ni.. Bermula dari sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah agama sampailah abis sekolah menengah..
Kepada guru yang telah mengajar aku di sekolah tadika dulu, Cikgu Jamilah dan Cikgu Mustipah, terima kasih kerana bersabar dengan kerenah aku ni.. Aku ni masa sekolah tadika pemalu sangat.. Dan mungkin jugak penakut..hehehehe.. Bayangkanlah sepanjang setahun aku bersekolah, aku tak pernah bersuara kalo cikgu tanya, kalo cikgu panggil.. Kalo cikgu nak amik kedatangan, aku angkat tangan je bila dipanggil, tak menyahut pun.. Ntah ada emas kot dalam mulut aku dulu..huahuahuahua.. Bila dikenang-kenang semula aku pun pelik apsal aku camtu dulu.. Pemalu tahap terlampau tu..huhuhuu.. Terkejut kot tetiba je kena pegi sekolah..hehe..
Pastu dari darjah 1 sampai darjah 3, cikgu kelas aku Cikgu Rosli. Kelas 1 Bistari sampai 3 Bistari, kelas kedua terbaik. Kelas pertama, A - Amanah. Seronok sangat bila masuk sekolah rendah. Tapi sifat pemalu aku tu masih tebal lagi. Susah betul nak buang. Orang cakap malu tu biar bertempat. Ahh!! Lantak la.. Janji time exam aku score..hehehehe.. Aku ingat lagi aku ni antara anak murid kesayangan cikgu sebab maintain dalam top 3..hehehehe.. Cuma masa darjah 1 aku dapat nombor 4. Naik darjah 2, aku dapat member baru, Farrah dan bermula dari situ aku start berlumba dengan Farrah untuk kedudukan terbaik dalam kelas. Darjah 2 aku dapat nombor 2 dan Farrah nombor 1. Darjah 3 kami bertukar kedudukan, aku dapat nombor 1 dan Farrah dapat nombor 2. Tapi masa aku darjah 4, Cikgu Rosli pindah ke Kedah tempat kelahiran dia dan mengajar di sana.
Naik ke darjah 4, aku masih lagi berada di kelas Bistari bersama Farrah. Tapi cikgu kelas kami dah bertukar, mmm..lupa pulak siapa guru kelas aku masa darjah 4..hehehe.. Namun aku dan Farrah tetap berlumba dan akhirnya aku berada di kedudukan kedua dan Farrah pertama. Darjah 5 memang menyeronokkan. Cikgu kelas aku garang tapi dia mengajar best. Cikgu Hasnan namanya. Hasil didikan dia, aku dapat tempat pertama dan Farrah kedua..hehehe.. Dari darjah 2 sampai 5, aku berada di kelas Bistari dan sekelas dengan Farrah.. Sebab itulah kitaorang boleh jadi best friend..
Masuk je darjah 6, aku ditempatkan di kelas untuk orang-orang pandai, kelas 6 Amanah.. Wah, masa tu agak ngeri dan takut gak, maklumlah berada di kalangan orang-orang yang pandai.. Takut tak terkejar la pulak.. Cikgunya pulak senior-senior cakap garang, Cikgu Ilham namanya. Tapi alhamdulillah, masa peperiksaan UPSR, aku antara pelajar terbaik yang dapat 4A.. Yang dapat 4A masa tu 3 orang je termasuk aku..
Masuk sekolah menengah, satu alam baru dirasai.. Yelah, kejap je dah 13 tahun umur aku.. Aku ditempatkan di tingkatan 1 KM/ERT 1. Nama cikgu kelas aku kalo tak silap, Cikgu Zarina. Aku pun ingat-ingat lupa. Kalo ada kawan-kawan sekelas aku yang baca citer aku ni, kalo ada yang salah, tolong betulkan ye..
Bila masuk sekolah menengah ni, setiap subjek diajar oleh cikgu yang berlainan, tak macam sekolah rendah, kebanyakan subjek cikgu kelas yang ajar. Cikgu Zarina ajar subjek Bahasa Inggeris, salah satu subjek kegemaran aku..hehehehe.. Seronok bila masuk sekolah menengah ni sebab subjek makin banyak, lepas tu ada amali kat makmal untuk subjek sains.. Best tau time buat eksperimen ni.. Sains itu menyeronokkan.. Bila subjek kemahiran hidup pulak pegi bengkel, menukang.. Pengkhususan aku dalam bahagian KMT, lebih kepada pertukangan..hehehehehe.. Sebab aku tak minat jahit-jahit ni..huhu..
Masuk form 2, guru kelas aku Cikgu Norhayati. Dia mengajar Bahasa Melayu. Bila dah masuk sekolah menengah ni kedudukan dalam kelas tak penting. Yang penting gred yang diperolehi ketika final exam tu. Sebab form 3 dah ada PMR. Bila dah naik sekolah menengah, saingan makin sengit. Ramai student yang power. Semuanya struggle nak dapatkan keputusan yang paling baik.
Naik form 3, aku dan classmates aku dapat cikgu fresh baru keluar dari U. Cikgu Rozafrina, lulusan UKM. Dia ajar kami Bahasa Inggeris. Tapi sayangnya sekejap je dia ngajar kitaorang sebab dia pindah ke KL, ikut suami dia. Wah, ingat lagi masa hari terakhir Cikgu Rozafrina kat sekolah. Kitaorang satu kelas nangis bagai nak rak sebab sedih sangat nak berpisah dengan dia. Yelah, cikgu yang baik ni ramai murid yang sayang. Aku lupa siapa yang gantikan Cikgu Rozafrina lepas tu.. Maklumlah, aku ni dah tua.. Sikit-sikit memori tu terhakis..hehehe.. Tapi walau apapun, keputusan PMR aku taklah mengecewakan walaupun aku rasa agak kecewa sikit.. Aku cuma dapat 7A 1B.. Mmmm..subjek yang aku target dapat A, dapat B dan sebaliknya.. Seronok gaklah jadi antara top student masa tu.. Sebab keputusan aku itulah yang terbaik dan cuma 2 orang pelajar je yang dapat keputusan tu termasuk le aku..kuikuikui.. Walaupun antara top student tapi tak ramai yang kenal aku sebab aku ni low profile..hehehe..
Masa form 4, aku dapat masuk kelas Sains Tulen. Tibalah masa memerah otak. Mana taknya semua subjek elektif yang aku amik masa tu tough-tough belaka. Kimia, Fizik, Biologi, Add Maths, Prinsip Akaun.. Wah, memang struggle giler la..Sambung pulak ke form 5. Pergh!! Memang sakit.. Last-last keputusan SPM aku takdelah mengagumkan sangat.. Tapi okla, masih lagi Gred 1..
Mmm..kalo citer pasal zaman sekolah memang takkan habis.. Ada je memori yang mencuit hati.. Kawan-kawan aku pun kebanyakannya dah ada keluarga sendiri.. Farrah sendiri dah ada 3 hero.. Aku je yang masih menyendiri..ahaks.. Tapi aku tak kisah pun, malas nak fikir sangat.. Kalo ada jodoh, aku kawinlah nanti... Kalo takde pun hidup mesti tetap diteruskan..
Cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku pun kebanyakannya dah berpindah mengajar di tempat lain. Tapi masih ada lagi yang tetap menabur bakti dan jasa di sekolah aku belajar dulu, Sekolah Kebangsaan Pusat Bandar Lok Heng dan Sekolah Menengah Lok Heng atau dikenali dengan nama Sekolah Menengah Lokman Hakim sekarang ni.
Sekali lagi aku nak ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada cikgu-cikgu yang pernah menjadi guru aku dan mengajar aku menjadi insan yang berguna. Jasa-jasa cikgu teramatlah bernilai dan tidak dapat digantikan dengan wang ringgit sekalipun. Semoga Allah akan membalas jasa-jasa kalian semua..
TERIMA KASIH CIKGU DAN SELAMAT HARI GURU...
0 Kata-Kata Hikmat:
Post a Comment