Bulan Mei ni sememangnya sinonim dengan sambutan Hari Ibu.. mmm..nak meraikan ibu kita pun ada hari-hari tertentu jugak ke? Aku ni memang tak pernah nak sambut Hari Ibu ke, Hari Bapa ke, Hari Kekasih ke, hatta hari ulangtahun kelahiran sendiri pun tak pernah sambut..hehehehe.. Bukannya apa, aku ni tak pernah diajar dan dibiasakan dengan menyambut birthday ni.. Maklumlah aku ni bukan datang dari keluarga berada.. Biasa-biasa je.. Apa yang ada, Alhamdulillah.. Tak payah nak mintak lebih-lebih.. Janji cukup makan, cukup pakai, dah bersyukur sangatlah tu.. Biarpun tak kaya tapi hati bahagia, dah sangat-sangat bermakna kehidupan kita ni..
Tapi bila dah kerja ni mesti ada orang akan cakap, bila dah kerja dah ada duit sendiri, bolehlah sambut Hari Ibu.. Bagi aku, hari-hari adalah Hari Ibu.. Tak payah nak tunggu hari-hari tertentu baru nak ucapkan rasa sayang kat ibu kita..
Aku panggil ibu aku, mak. Maklumlah orang dulu-dulu panggilannya mak je. Sekarang je yang ada macam-macam panggilan, ibu, umi, mama, mummy.. tapi tak kisahlah asalkan orang yang dipanggil tu faham dan senang dengan panggilan tu.. Mak aku ni takdelah garang sangat tapi kadang-kadang naik gak suara bila anak-anak degil tak dengar cakap dia.. Itu citer time kecik-kecik dulu.. Maklumlah budak-budak ni banyak kerenahnya. Kadang-kadang bila mak aku suruh buat itu ini, tiba mood malas aku, liat betul nak buat.. Machine gun mak aku pun start la..tot tet tot tet..hahahaha.. Normal la tu.. Rasanya majoriti mak kita camtu..hehe.. Best apa dengar mak kita membebel.. Tak lengkap rasanya hidup kalo tak dengar dalam satu hari tu...hahahahahahhaa..
Time budak-budak mana tau pape lagi.. Taunya main, kalo nak apa-apa tak reti nak sabar.. Bukan kira mak abah ada duit ke tak.. Adoii..kalo ingat-ingat balik memori dulu-dulu, sedih pun ada.. Penah satu masa aku darjah 1 atau 2, abah balik kampung.. Aku pulak buat perangai, tak nak pegi sekolah.. Jenuh mak aku pujuk suh pegi sekolah, siap bagi duit belanja singgit lagi untuk sehari.. Woooo..banyak singgit tu dulu.. Kalo ikutkan singgit tu belanja untuk 5 hari sekolah.. Pulak tu 3 hari abah aku balik kampung, 2 hari aku tak nak pegi sekolah.. Aku pun tak tau apsal.. Sebab bapak aku takde nak hantar aku pegi sekolah rasanya.. Kawan-kawan aku selalu cakap aku anak manja.. Bila ingat-ingat semula memang betul kot apa diorang kata.. Selalunya kalo abah aku takde, aku tumpang jiran aku sebab anak dia sebaya aku gak, sekelas lagi.. Tapi ntahlah, memang menyakitkan hati mak aku betul aku ni..
Ada satu lagi masa aku darjah 2. Aku nak beli pensil warna kayu. Ala yang saiz kecik tu je. Harga tak sampai pun RM2 masa tu. Tapi aku ni sengal, taknak pensil warna nak kaler magic (apa ntah namanya, yang dakwat basah tu). Sebab aku tengok kawan-kawan aku guna. Harganya kaler tu aku ingat lagi RM 2.20. Mahal ooo.. Abah aku cakap, takyahlah beli kaler tu, beli kaler pensil, lama sikit boleh guna. Tapi aku ni ada batu dok dalam kepala, nak jugak. Last-last abah aku belikan jugak tapi dia berhutang 20 sen sebab dia bawak RM2 je. Aduhaiii..sedih kalo ingat-ingat balik. Apsal la aku ni degil sangat dulu. Aku tau ada orang lagi teruk nakal dia daripada aku ni.. Tapi aku buat camni pun dah rasa sedih sangat-sangat..
Banyak sebenarnya memori time kecik-kecik dulu tapi takpelah, aku simpan sendiri jek. Ada sesetengah perkara tu harus disimpan sendiri..:)
Aku ni paling tak suka nak basuh pinggan. Tapi dah namanya kak long, kenalah buat jugak walaupun selalu muncung panjang sedepa..hehehe.. Rumah aku dulu-dulu takde sink. Basuh pinggan dalam bilik air. Bilik air pulak kat luar rumah. Bila dah siap masak, dah siap makan, kumpulkan semua pinggan mangkuk kotor, bawak pegi bilik air, basuh. Aku ni pulak jenis yang agak lambat kalo buat kerja. Lama beno nak siap. Kadang-kadang sampai 1 jam..hehehehehe.. Siap membebel-bebel kalo ada yang tunggu aku basuh pinggan.. Yelah, bilik air ada satu je, itulah yang digunakan untuk mandi, basuh pinggan, basuh baju.. Rumah peneroka Felda, faham-faham jelah.. Bilik tido pun ada satu jek.. Tapi sekarang ni Alhamdulillah, rumah mak abah aku pun dah selesa sikit.. Bilik tido tak payah lagi nak kongsi ramai-ramai.. Sink pun ada, senang dah nak basuh pinggan..hehehe.. Senang sikit rasa hati dapat sumbang sikit-sikit untuk besarkan rumah.. Kalo boleh memang nak diorang rasa selesa dan senang hati dalam melewati masa-masa emas ni..
Dulu aku memang malas sangat nak belajar memasak..hehehehe.. Tapi kalo dah pompuan tapi tak reti memasak, tak cukup syarat tu nak jadi menantu orang.. Menantu tau, bukan isteri.. Kalo mak aku suh masak, aku malas, mak aku pun mulalah berkhutbah.. Dia cakap kalo aku tak tau masak, nanti kalo kawin mak mertua suh masak, aku tak reti, buat malu dia jek.. Sebab mesti mak mertua aku ingat mak aku tak ajar aku masak.. Sape yang malu? Mak aku dan aku jugakkkk..kui..kui..kui.. Tapi nasib baiklah aku ni jenis yang agak senang nak diajar.. 2-3 kali belajar, dah kira luluslah nak bagi anak orang makan..hahahahahha.. Sekarang ni aku rasa dah yakin dah nak masak untuk sesiapa yang bakal bergelar mak mertua aku.. Cewah!!! Jangan kena reject dah le..hehehehe.. (pengakuan secara tak langsung bahawa aku ni masih single mingle..hehehehe..)
Banyak sungguh memori sepanjang 30 tahun aku hidup di bumi Allah ni.. Alhamdulillah aku bahagia dengan keluarga aku, mak abah aku, adik-adik aku, adik ipar aku dan yang terbaru anak sedara aku yang comel..hehehe.. Memang takde apa yang dapat mengganti kalian dalam hidup aku.. Susah senang kita tetap bersama-sama.. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan Allah.. Insya Allah.. Aminnn..
Untuk mak, setiap hari adalah Hari Ibu pada kak long.. Sayang mak sangat-sangat..
Mak..
Untuk abah, terlalu banyak pengorbanan yang tidak dapat dibalas oleh kak long.. Terima kasih abah.. Kak long sayang abah..
Abah..
Adik-adikku semua, kalian teramat ku sayang.. Semoga susah dan senang kita akan tetap bersama-sama..
Angah, Uda & Irul..
Adik Wani..
Gambar family ketika adik aku, Angah kawin..
Angah dan isterinya, Ina..
Ini si comel yang mak long sayang dan rindu sangat-sangat, Nadhirah Huda Hamdan..:)
Andainya kita tahu apa yang bakal berlaku esok hari, pasti kita akan buat yang terbaik hari ini.. Dan andainya masa itu boleh diputar semula, pasti kita mahu kembali ke masa silam untuk mengubah segala kesilapan yang telah kita lakukan.. Tapi sayangnya masa itu akan terus berlalu meninggalkan kita malah semakin hari semakin pantas.. Oleh itu gunakanlah setiap saat yang ada dengan sebaiknya..
Kepada ibu-ibu di seluruh dunia, Selamat Hari Ibu..
0 Kata-Kata Hikmat:
Post a Comment