Monday, August 22, 2011

Alamanda, Putrajaya..


Hari ni rasa letih bebeno.. Badan pun sakit-sakit.. Nape?? Takde pape pun, semalam gi buka pose dengan adik kat Alamanda Putrajaya. Of course le Mr. Yayang pun ada sekali. Agaknya semalam terlebih bergerak kot. Yela, sebelum ni cuma gi opis balik opis. Jarang nak outing, tapi bulan pose ni rajin le pulak ye..hehe..

Plan asal nak buka kat Kenny Rogers, so budget dalam kul 4.30 ptg tiba Alamanda, sempat lagi nak reserve.. 3 jam sebelum berbuka tu, takkanlah takde tempat.. Iye tak? Sampai-sampai je terus cari lokasi Kenny Rogers.. Maklumlah, Alamanda tu kan bentuknya unik sikit.. Rasa macam dah masuk dah lorong ni, rupanya lorong lain pulak.. Akhirnya jumpa gak setelah bertanya di kaunter informasi (sesat le pulok)..hihi.. Tengok je, dah terpampang sticker 'fully booked'.. Erkk!! Biar betul, awal giler.. Takpe, cuba tanya dulu.. "Dah fully booked la kak, dari pukul 3.30 ptg tadi", awek Kenny Rogers tu bagitau.. Haa!!! Mak aihh!! Bior betul diorang ni.. Awal giler reserve.. Mmm..takda rezeki la nak makan Kenny Rogers semalam.. Ingat nak cuba Balinese chicken tu, macam sedap jek.. Aduhh..rasa lapar pulak..hehehe..

So, apalagi? Carilah port lain.. Mr. Yayang suggest Nando's (favourite dia).. Aku tak berapa sangat Nando's ni, tapi bolehlah.. So, carilah di mana lokasi Nando's tu.. Jumpa signboard, ikut la arah yang ditunjukkan.. Lalu kat kawasan luar berhadapan dengan tasik.. Macam-macam restoren ada.. Old Town White Coffee, ada restoren arab (ntah lupa nama dia), Penang Village, Boyou dan macam-macam lagi la.. Tengah dok survey tu tetiba Mr. Yayang berenti kat Penang Village.. Dia suggest kitaorang buka pose kat situ untuk kelainan.. Bagi dia lain kot, untuk aku biasa jek.. Maklum le, masakan Melayu dah biasa dilidahku ini..hehe.. Sajian buffet, RM35 dewasa.. Mmm..buffet le pulak.. Perut aku ni kecik, macam rugi je makan buffet.. Tapi takpelah, untuk Mr. Yayang, ok jek.. Dah reserve table, kitaorang pun jalan-jalan sementara menantikan waktu berbuka pose..

Sempena raya ni memang kebanyakan kedai buat sale la.. Diskaun sampai 50% - 70%. Tiba kat kedai Goggles, ada sale untuk t-shirt, kemeja dan jeans sehingga 70%.. Dilonggokkan macam tu je.. Orang mengerumun, mak aihh.. Tarik sana tarik sini.. Baju kat bawah tarik ke atas.. Dah macam apa ntah.. Mr. Yayang pun nak join sekali.. Haa, pegilah join.. Aku tunggu kat luar kedai, tak larat nak bersesak-sesak.. Tengah menyaksikan kerenah orang yang pantang ada sale tu, ternampak seorang penyanyi dengan keluarga dia.. Sape?? Penyanyi lagu Bukan Belas Bukan Simpati tu, Azian Mazwan Sapuan.. Dia ni kira penyanyi remaja 20 tahun lepas.. Sekarang dah jadi mak orang, anak ada tujuh..hehehe.. Tapi body tetap slim macam anak dara tuuuu.. Aku takdelah amik gambar dengan dia sebab aku ni bukanlah jenis yang excited kalo nampak artis.. Even Ako Mustapa yang selalu lepak kat restoren bawah opis aku ni time lunch, aku buat dek je.. Yela, orang nak makan buat apa diganggu kan (time bulan tak pose ye).. Last week plak berdiri sebelah Arash Mohamad masa nak beli kuih kat bazar Ramadhan.. Tak perasan pun, sekali bila toleh orang kat sebelah, eh, Arash Mohamad la (tapi dalam hati je).. Dia dengan wife dia beli juadah berbuka pose.. Macam dalam tv tu la, kemas, handsome..hehehe.. Oh ya, berbalik pada citer Mr. Yayang, akhirnya tak beli apa pun..hahaha.. Pastu beralih plak ke kedai kasut Bata.. Ada orang nak cari kasut raya.. Bukan aku ye, aku pakai sandal beli masa adik aku kawin last year je.. Cantik dan elok lagi, malas nak beli baru.. Pakai selagi boleh.. Mr. Yayang punya sandal pun dah koyak tapaknya, kena la cari kasut baru.. Belek punya belek, try punya try, dia berkenan la kat kasut ala-ala sport shoes.. Cantik pun cantik, harga takdela mahal sangat.. Kalo RM70 untuk kasut lelaki okla kan.. Sambar sepasang.. Adik aku pun berkenan kat satu sandal tu, design cantik tapi warna yang dia nak dah abih le pulak.. So, takpelah, takde rezeki kedai tu nak dapat duit adik aku..hehehe.. Jam pun dah kul 7, apalagi? Gerak la, lepas buka boleh sambung misi..

Tiba je kat Penang Village, amboiii!!! Ramainya orang.. Aku dah penat berjalan sebenarnya.. So, dua orang bodyguard ni ditugaskan membawakan makanan untuk aku sekali..hahaha.. Bila makanan tiba je, pehhh!! Penuh pinggan.. Dengan ayam la, udang, kerabu mangga, telur dadar.. Adoiiii..boleh abis ke aku makan ni... Tengok gaya macam tak je.. Takpela, slow-slow makan.. ABC pun ada.. Air sirap dengan teh tarik..




Tapi adik aku cakap, lauk-lauk je yang ada, makan dengan nasi putih.. Char kuey teow pun ada tapi adik aku tak ambik.. Kuih muih ada tapi yang jenis potong (kuih dalam loyang le).Takpe, char kuey teoe tu nanti aku ambik sendiri, plan sebelum makan la.. Kuih plak aku suruh adik aku amik sikit.. Masuk waktu, bermulalah misi menghabiskan makanan.. Minum sikit je, sebab kalo aku minum sebelum makan, gerenti akan makan sikit punya.. Makan kuih sepotong dulu diikuti dengan nasi.. Makan punya makan, kenyang sudah.. Tinggal ayam dalam pinggan tak abih lagi.. Adik aku dengan Mr. Yayang dah complete.. Sementara aku makan, diorang gi le surau untuk solat.. Tinggal le aku di situ.. Perghh!! Rasa macam nak meletop perut!! Tapi berusaha gak untuk habiskan.. Maklumlah, pembaziran kan amalan syaitan.. Lagipun mahal tu nak dibandingkan kalo ambik lauk yang sama kat kedai makan biasa.. Tapi, memang tak bolehlah.. Surrender.. Sedih plak tengok makanan yang tak mampu untuk dihabiskan tu.. Dan plan char kuey teow pun tak dapat dilaksanakan akibat tiada ruang kosong untuk diisi lagi..hehehe.. Dah bayar, amik gambo jap.. Cantik suasana waktu tu..


Dah selesai relax, sambung misi yang tertunda tadi.. Survey punya survey, masuk kedai keluar kedai kasut dan akhirnyaaa.. Jumpa gak sandal yang dia berkenan.. Design pun cantik, lebih kurang sama gak dengan first sandal yang dia berkenan tadi.. Nasib baik saiz dan warna yang dia nak still ada.. So, jadi.. Angkat sepasang.. RM53.90 lepas diskaun 10%.. Harga asal RM59.90. Okla tu, kalo boleh tahan 2-3 tahun lagi cantik. Berbaloi-baloi..hehehe.. Dah siap semua, jam pun dah tunjuk ke angka 9. Kira okla nak balik ni.. Lambat-lambat karang sesak pulak.. Lagipun adik aku naik motor, sorang-sorang nak balik ke Bukit Mahkota.. Bahaya kalo malam sangat.. So, apalagi, sama-sama la meminta diri.. Bayar parking, masuk kete, jalannnn.. Sampai kat Equine Park, aku dengan Mr. Yayang singgah kat giant kat situ.. Kira masih baru gak la giant tu.. Saje nak tengok apa yang ada dalam tu.. Tapi perut aku tak supportive betul la.. Kenyang tak surut-surut.. Tak best betul berjalan.. Adooiii.. Itulah akibat tak berfikir kemampuan perut sendiri sebelum makan... Lepas ni memang takkan makan buffet la kecuali orang belanja..hahaha.. Tengok-tengok, masuk giant, sama je.. Last-last kuar tanpa pembelian.. Keluar dari giant area dan menuju ke rumah.. Sampai rumah kul 10 lebih.. Relax-relax jap sambil tonton TV.. Last-last TV yang tengok aku..huahuahua.. Penat sangat la tu sampai tertido.. Mmm..tukar port ke atas tilam yang lebih selesa.. Bermimpi sampai sahur pun tak bangun.. Tak larat le.. Ini pun masih rasa berat lagi mata..hahahaha..






Sunday, August 21, 2011

Huda & Kasut Raya..


Sekejap je dah 21 hari puasa kan.. Dah tinggal 9 hari je lagi sebelum Syawal menjelang.. Pantas betul masa berlalu.. Semua orang dah sibuk dengan persiapan raya.. Malah ada yang sebelum puasa lagi dah buat persiapan.. Mak yong Huda senang je, kalo baju raya, beli je yang dah siap.. Kadang-kadang susah jugak nak cari saiz yang sesuai sebab badan slim sangat.. Tapi kalo terjumpa saiz yang ok dan cantik, sambar je la.. Malas nak cerewet sangat.. Lagipun kalo hantar kat tailor, bila dah siap kos lebih kurang gak dengan baju ready made.. Ntah-ntah lagi murah.. Ikut material la kan.. Cuma kalo ready made ni kadang-kadang simple, setakat baju kurung, baju kebaya, kalo nak design selain dari tu, kena la hantar kat tailor..hehe..

Semalam call nenek Huda.. Huda pun ada, kelmarin petang balik.. Tapi lepas buka pose, ayah dengan mama Huda dah balik JB sebab semalam nak cat umah..hehe.. Mama Huda cakap nak cantikkan sting garden.. So, Huda ditinggalkan dengan dengan nenek dan atok.. Kalo tak, nanti dia tolong cat umah, cantik sangat..hehehe.. Bukan main kepoh mulut anak dara ni, nak berborak gak dengan mak yong.. Pandai menjawab.. Pulak tu siap nyanyi lagu 'Balik Kampung'.. Alahai, geramnya dengar.. Tak sabar nak jumpa budak comel ni..hehe.. Nenek cakap badan Huda naik.. Alamak, banyak ke? Mak yong ada belikan dress untuk Huda.. Jangan tak muat sudah le.. Huda Huda.. Orang lain bulan pose makin kurus, Huda pulak makin sihat.. Mama bagi makan sedap-sedap ek masa buka pose.. Agak-agaknya mama dengan ayah Huda sama naik gak tak? hehehe..

Oh ya, Selasa lepas Huda dibawa ke Plaza Angsana.. Shopping raya ke? hehe.. Ayah Huda beli handphone baru.. Samsung Galaxy 2.. Wah!!! Latest tu.. Bergaya dengan handphone baru la raya ni.. Mak yong jugak yang masih setia dengan k550i.. Takpelah, selagi boleh guna, malas nak tukar handphone baru.. Tapi bateri pun dah buat hal.. Caj sepanjang malam, tak sampai sehari tahan.. Mmm..macam signal suruh tukar handphone je tu..hehehe.. Huda pulak dapat kasut raya.. Dua pasang lagi.. Mama Huda bagitau, balik je umah, Huda terus cuba kasut tu sendiri.. Amboiii, pandai melaram dah anak dara ni.. Baju raya pun ramai yang sponsor..hehe.. Yelah, sape tak excited nak tengok anak dara ni cantik dan bergaya.. Huda Huda.. Meh tengok Huda melaram kasut raya..


Hahaha.. Tengoklah tu.. Warna pink .. Brand Garfield lagi..hehe.. Huda le tu yang tengah try kasut.. Bijaknya Huda mak yong ni.. Mesti tak sabar nak tunggu raya kan.. Mak yong pun tak sabar nak beraya dengan Huda tahun ni.. Bolehlah gi Marhaban ikut nenek tahun ni.. Pak uda & mak uda pun beraya sama tahun ni.. Memang complete la raya tahun ni.. Semua ada.. Insya ALLAH..

Oh ya, semalam birthday mama Huda.. Sambut birthday berdua dengan husband je ke? Anak dah tinggal kat umah mak mertua..hehehe.. Walau apapun, semoga semakin dimurahkan rezeki dan diberkati ALLAH sentiasa.. Dapat hadiah apa daripada en Hamdan? hehehe.. Boleh la bagi Huda adik lepas ni.. Tapi si Huda bila ditanya nak adik ke tak nak, dia jawab 'nanak'..hehehe.. Tak tau la camne Huda kalo ada adik.. Sayang-sayang jugak, bergaduh ye jugak.. Biasa le tu, adat adik beradik..hehe..

To mama Huda, Happy Birthday ye.. Semoga makin bahagia disamping keluarga tersayang.. Di berkati ALLAH sentiasa.. Aminn..









Friday, August 19, 2011

Mydin & Sunway Pyramid..


Last week baru je macam rajin nak meng'update' blog hari-hari.. Rupa-rupanya hangat-hangat taik ayam..kihkihkih.. Citer tu ada cuma rasa malas bebeno nak login blog.. Last-last basi camtu jer.. Simpan sendiri le jawabnya..hihi..

Ha!!! Tapi citer kelmarin tak boleh di simpan, harus dikongsi bersama..hehe.. Sebenarnya takde apa pun yang special, cuma disebabkan kelmarin Selangor cuti dan rasa macam nak beli barang sikit untuk raya, apalagi outing lagi le.. Dan of course bersama Mr. Yayang.. Tapi yang sebenar-benarnya Mr. Yayang nak jumpa orang sebab nak beli barang tapi tetiba orang tu ada hal lak.. So tak jadi la gi jumpa dia dan terus la menuju ke destinasi yang lain.. Kemana agaknya ye? Ala, tak gi mana pun, gi Mydin Subang Jaya je.. Itu le tempat yang sesuai dengan kocek aku ni.. Lagipun barang-barang kat Mydin ni not bad apa.. Cantik dan berkualiti gak.. Cuma sesetengah orang tu tak nak gi Mydin.. Low class la konon-kononnya.. Tak sama standard macam Times Square ke, Sunway ke, Mid Valley ke.. Aaahhhh!! Aku peduli apa, duit aku, suka hati aku la mana nak pegi shopping..hahahaha..

Sampai Mydin dalam kul 2 lebih, parking punya la penuh.. Belum masuk dalam lagi.. Masuk-masuk je, humang aiiii, punyalah ramai manusia.. Padat ku rasakan Mydin tu.. Troli nak lalu pun susah.. Dalam kepala otak ni dah ada la list apa yang nak dibeli.. Baju raya dah ada cuma ni kira nak usha-usha la kalo ada berkenan yang lain.. Tapi yang memang nak dibeli tu lain.. Mula-mula gi round 2nd floor dulu, bahagian dalaman rumah dan alat tulis.. Exit Mydin kan kat 1st floor.. Tengok-tengok dulu apa yang menarik, sambar la jugak kain pelikat untuk Mr. Yayang dengan kopiah untuk solat.. Pastu gi bahagian alat tulis sebab ada nak beli stationary untuk opis.. Sambil-sambil membelek barangan lain terutamanya kraftangan dan barang-barang hiasan yang ada kat situ.. Aku berkenan pulak dengan lesung batu dari kayu yang comel tu.. Cantikkk.. Rasa macam nak beli je tapi nak buat apa kan, bukan ada rak hiasan pun kat umah..hehe.. Dalam dok membelek tu, Mr. Yayang boleh plak berkenan pada sesuatu.. Memang cantik dan bergaya.. Nak tau apa? Tengoklah gambar ni..hehe..


Amacam? Cantik tak? Macam topi artis.. Nama pun topi Nabil..hehehe.. Bila dah selesai kat 1st floor, kitaorang pun turun bawah kat bahagian pakaian, makanan dan yang sewaktu dengannya.. Manusia punyalah ramai tak terkata.. Susah betul nak bergerak dengan troli.. Last-last bergerak sendiri-sendiri.. Aku dengan mission aku mencari apa yang patut dan Mr. Yayang ke arah tujuannya sendiri.. Dia pun pening nak mengekor aku dalam suasana manusia yang crowded tu.. Belek punya belek baju-baju raya yang ada kat situ, memang ada menarik.. Tudung pun not bad.. Tapi kalo nak beli baju kena try dulu.. Memandangkan manusia terlalu ramai dan aku malas nak try, cancel je la niat nak sambar baju raya.. Teruskan dengan misi utama.. Nak cari inner sebab baju raya yang dah beli tu agak jarang.. Tengah sibuk membelek-belek, Mr. Yayang sms, penat menunggu.. Siann... Nasib baik dah siap memilih, terus je ke kaunter nak bayar.. Dah siap bayar dan keluar dari Mydin, Mr. Yayang ajak gi Sunway Pyramid plak.. Nak buka pose kat sana la tu.. Okla, nasib baik dekat je jarak Mydin dengan Sunway, dalam 4km.. So dalam 10 minit dah sampai Sunway.. Kat sini pun ramai gak orang.. Parking penuh.. Last-last jumpa gak parking kat level CP5..

Lepas parking, menuju ke perkara utama, booking tempat untuk buka pose, tak naklah jadi macam kat MV aritu..huhu.. Survey punya survey, kitaorang pun decide nak buka pose kat Laksa Shack (LS)..


Ni kali pertama nak makan kat situ.. Sebelum ni tak penah pun cuba walaupun kat ioi mall ada cawangannya.. Sebab aku ni bukannya penggemar laksa, so ingatkan ada jual laksa je rupanya banyak makanan lain..hehehe.. Nasib baik ada tempat untuk 2 orang lagi.. Menu kena order siap-siap.. Belek punya belek, tengok dari segala segi berdasarkan informasi yang tertera kat menu tu, kitaorang pun decide nak order briyani set untuk 2 orang makan.. Harganya RM29.90 (uiii..sorang makan dalam RM15.00 tu..takpela, sekali sekala..kalo hari-hari mau bankrap dibuatnya..hihi..). Lepas dah order dan bayar, ada lagi satu jam sebelum waktu berbuka, so kitaorang pun ronda-ronda.. Saja survey bahagian jual komputer dan handphone.. Amboiii..suma mahal-mahal.. Tak mampu den nak beli.. Sambil tu dok tanya-tanya harga latest handphone di pasaran.. Samsung Galaxy S2, dekat RM2,100.00.. Pergh!! Mahal gilos.. Tapi ayah Huda baru je sambar satu semalam.. Dapat harga RM1,800.00.. Huwaaa!!! Jelesnya mak yong.. Ayah Huda beraya sakan la dengan handphone baru.. Takpela, dah rezeki dia, apa salahnya kan pakai handphone paling latest..hehe.. Merayau punya merayau, time berbuka pun dah dekat, so kitaorang pun pegilah ke restoren, menantikan waktunya.. Bila makanan sampai, pergh!! Meriahnya.. Penuh pinggan besar tu.. Tak sempat nak snap gambar semalam sebab bateri handphone pun dah kong (macam tanda-tanda kena tukar handphone baru jek..kuikuikui..;p). So tengok je la gambar dari link website LS ni ye.. Nak copy gambar, takleh plak.. Rasa pun not bad, sedap.. Lebih-lebih lagi kurma daging kambing tu.. Memang sedap.. Rasa macam makan kat kenduri kawin plak..hehe.. Mr. Yayang dah dapat kambing, ayam masak merah tak pandang pun.. Padahal selalunya ayam tu la favourite dia.. Ceh!!! Cuma yang musykil tu dalam website ni dia tulis ada dalca daging.. Tapi aritu takde pun.. Huwaaa..diaorang terlupa ke.. Kitaorang pun tak perasan sebab menu dah ilang dari atas meja, lagipun bila tengok makanan tu punyalah banyak, malas nak check.. Yela, 1st time datang, tak familiar lagi dengan menu-menu yang ada.. Tapi takpela, dah lepas pun.. Halal.. Alhamdulillah, kenyang aritu makan nasi briyani.. Eh lupa nak citer pasal air ye.. Aku order fresh lime juice asam boi.. Punyalah sedap sampai abis aku kerjakan walaupun masa tu dah kenyang makan tapi air tetap harus dihabiskan..hehe.. Sangat menyegarkan..

Bila dah kenyang tu, nak berjalan pun tak larat..huhu.. Akhirnya masuk ke Jusco je.. Itu le satu lagi tempat shopping yang setaraf dengan kocek aku.. Tapi certain barang je.. Tak semua k.. Handbag yang mahal-mahal tu kalo ada sale je la boleh belek-belek.. Itupun selalunya tak berakhir dengan pembelian..hehehe.. Oleh kerana kat Mydin tadi dah tergendala program usha baju raya, so sambung le kat Jusco.. Mana tau ada baju yang cantik-cantik.. Jumpa gak baju-baju kurung, kebaya untuk raya.. Better dari kat MV aritu.. Harga pun standard.. Aku suka baju yang corak bunga-bunga kecik tu.. Bila tanya kat Mr. Yayang, dia cakap kalo aku nak beli, beli baju yang lain sikit.. Dia pi tunjuk baju kebaya.. Perghh!! Lain kali le aku nak pakai kebaya.. Aku ni tak suka pakai kebaya.. Baju kurung je la memanjang.. Gi opis pun.. Tengah survey, ternampak jubah.. Aku tak sure material dia apa tapi kain yang berat tu.. Cantik gak.. Mr. Yayang pun agree.. So, cari saiz yang sesuai, try, ok dan bayar.. Dapat satu lagi baju raya..hehe.. Part aku pun selesai.. Mr. Yayang pun turn plak.. Try t-shirt bukan main banyak.. Fiting room tu macam jadi hak milik dia je..hihi.. Dan akhirnya semuanya berakhir dengan pembelian sehelai (or sepasang ek?) jeans dan dua helai t-shirt.. Cukup le tu.. Jangan membazir..

Hari pun makin larut, penat takyah cakaplah, memang letih dah badan.. Apalagi? Balik umah la.. Tapi nak keluar dari Sunway tu punyalah jammed sebab semua orang keluar pada waktu yang sama.. Last-last sampai umah kul 11 malam.. Adoooiii..letihnya badan.. Esok nak keje.. So, apalagi? Tak reti-reti nak tido?  Selamat la belayar di lautan mimpi... Zzzzzzz...



**********************************************************************************

Wednesday, August 10, 2011

Yummy.. Yummy..


Apa plak citer ari ni? Tetiba rajin plak meng'update' blog ye..hehe.. Sebenarnya takde citer apa pun.. Saja je nak letak apa yang terlintas di fikiran.. Ahad lepas masak sendiri untuk berbuka pose.. Bila tak keje ni, malas nak kuar beli juadah berbuka.. Lagipun selalunya aku cuma beli kuih je untuk dimakan waktu berbuka.. Untuk dinner, mostly masak sendiri.. Ala, masak yang simple dan senang.. Yang penting ikut citarasa sendiri..hehe.. So, hari Ahad lepas mood 'M' datang, maklumlah penat outing pun tak ilang lagi.. Fikir-fikir punya fikir, belek punya belek apa yang ada dalam fridge, dapatlah satu keputusan.. Masak spaghetti je la.. My style..hehe.. Semua bahan disediakan dan di potong.. Akhirnya my homemade spaghetti pun siap.. Colourful gitu.. Yang penting, sedappp!! (ceh, puji masakan sendiri nampak..hihi..) Ye le, sedap ikut lidah aku.. Kalo bagi kat orang lain, belum tentu diorang kata sedap..hehe..



Ha, tengok tu.. Kalo masak sendiri macam-macam boleh letak.. Aku masukkan carrot, capsicum, tomato, daging kisar dalam sos spaghetti.. Kalo nak tau, baru je 2-3 bulan lepas pandai masak spaghetti.. Sian kan?? Kampung beno bunyinya.. Sebelum ni tak pernah masak pun, makan je kat kedai.. Itu pun okla, takdela sedap sangat.. Cuma spicy arabiatta kat Pizza Hut je boleh layan sebab ala-ala pedas gitu.. Lidah Melayu, tak kaw kalo tak pedas.. Ni masak sendiri, pandai-pandai le nak letak cili berape banyak..hehe.. Cuma ada guna sos segera kimball sikit.. Takpela, walaupun bukan sos international terkenal, yang penting halal dan sedap gak rasanya..

Senang je nak masak spaghetti style aku ni.. Ini portion untuk orang single macam aku ye.. Sukatan sudu adalah mengikut camca yang standard kat kedai makan tu ye.. Potong dadu sebiji bawang besar, carrot dan tomato.. Hiris halus 2 ulas bawang putih, sedikit halia dan cili padi dalam 2-3 biji (kalo nak lagi pedas, tambah lagi..). Kalo nak cincang pun boleh gak.. Ikut suka la.. Capsicum hijau dalam setengah bahagian dari sebiji, hiris kasar (jangan letak banyak sangat, takut pahit) Daging kisar dalam 1/3 bahagian yang 400 gm tu.. Pastu panaskan sesudu butter dalam kuali, kalo tak nak butter tu hangus, tambah minyak masak sikit.. Bila butter dah mula cair, masukkan bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi.. Tumis sampai kekuningan dan berbau wangi.. Then masukkan daging kisar, tumis sampai berubah warna, masukkan lobak dan capsicum, gaul seketika dan masukkan tomato.. Tumis dan gaul seketika.. Masukkan setengah sudu white pepper.. Kalo nak letak lebih pun boleh, ikut suka ye.. Takut terlebih pedas lak nanti.. Akhirnya masukkan sos spaghetti kimball - mushroom - dalam 4 sudu.. Gaul jap bagi serasi dan sedikit kering.. Last baru masukkan air ikut sukatan sampai sos masak sepenuhnya.. Jangan lupa masukkan garam secukup rasa dan sedikit MSG (kalo tak makan, takyah letak).. Aku tak masukkan gula sebab masak memang tak letak gula.. Kecuali masakan pedas macam sambal tumis, letak le sikit.. Lagipun, carrot tu pun dah bagi rasa manis sikit.. Ngam le dengan citarasa aku..hehe.. Bila sos dah agak pekat dan bahan-bahan dah masak, bolehlah matikan api.. Dah siap.. Sementara nak tunggu sos memekat, rebus le spaghetti ikut waktu yang ditetapkan.. Selalunya ada tulis kat plastik pembalut spaghetti tu.. Masukkan air dalam setengah periuk, masukkan sesudu garam dan sedikit minyak masak supaya spaghetti nanti tak melekat.. Masak sampai lembut dan toskan.. Bila dah masak, tuangkan sos atas spaghetti.. Taraa!! Siap dah!! Gerenti sodap sebab masak sendiri..hehe.. Jangan tak tau my style spaghetti ni Mr. Yayang punya favourite..ahaks..^_~








Tuesday, August 9, 2011

Sabtu Yang Memenatkan.. -_-'


Sabtu lepas kuar outing.. Outing? Skemanya macam dok boarding school lak..kihkih.. Yang sebenarnya kuar dengan Mr. Yayang.. Errkk..peliknya nama.. Itulah panggilan comel untuk insan tersayang..hehe.. ;-p. Actually tak tau pun nak pegi mana.. Mr. Yayang ajak pegi KLCC sebab dah lama tak gi sana.. Mmm..nak buat apa gi KLCC tu, bukan best pun..hahaha.. Aku cakap KLCC tu tak best.. Memang pun, konon-konon high class sangat la.. Barang-barang pun 'murah' bebeno.. Tu yang jarang gi sana.. Lagipun dahlah kat centre KL, dengan trafik yang tak pernah lengang.. Perghh!! Memang nak meletop rasa bila stuck dalam jammed.. Tapi bila dah Mr. Yayang yang request, oklah.. (macam aku plak yang jadi boifren..ceh!!). Mula-mula tu memang ok je, jalan pun steady je.. Tapi bila dah sampai kat base TUDM tu, jalan dah start jammed.. Banyak giler kenderaan.. Mungkin sebab hari Sabtu dan kebetulan tiba masa balik rumah untuk orang-orang yang bekerja.. Tak pun memang diorang ni suka menyemakkan KL time hujung minggu.. Maklumlah nak gi shopping baju raya kat Jalan TAR..

Wah!! Jammed le pulak.. Camne nak gi KLCC ni.. Itu belum masuk KL centre lagi.. Mau masak aku dok dalam kete, tengahari buta di bulan puasa.. Panas siottt.. Kalo bukan bulan puasa boleh gak minum air.. Last-last,"Yang, let's go to somewhere else la.. Mid Valley ka..hehe..". Dan seperti biasa dia akan jawab."ok, as your wish". Maklum le aku yang drive, ikut suka aku le mana nak pegi..hahaha.. Kalo dia tak nak pun, aku pegi je..huahuahua.. Akhirnya, misi ke MV.. Tapi nak keluar ke arah PJ dari Jalan Istana, berapa kali aku pusing-pusing.. Sekali sesat daaaa.. Aku ni bukan terer sangat jalan kat KL ni.. Main belasah je baca signboard..kihkih.. Akhirnya jumpa gak jalan ke arah PJ.. Tapi tetap jammed gak.. Entah jalan mana aku masuk, aku pun tak tau.. Yang penting aku nampak perkataan 'Petaling Jaya', ada anak panah suruh ikut lorong jalan tu, aku ikut je le.. Setelah penat meredah kesesakan jalanraya di tengahari buta, sampai juga akhirnya kami ke MV.. Kita parking dulu!! Nak cari parking pun susah, semua penuh.. Last-last parking le kat Zon H yang tak berape nak semenggah kalo nak dibandingkan dengan parking zon A atau B.. Ah, bolehlah, janji ada parking.. Kete aku pun comel je..

Akhirnya sampai juga ke MV setelah sekian lama tak menjejakkan kaki di sini.. Tapi bila dah sampai tak tau pulak nak gi mana.. Kalo boleh makan, dah cari restoran tu.. Maklumlah lunch time..hehe.. Nasib le puasa.. Lagipun tak plan apa pun nak gi MV.. Sekadar nak window shopping je.. Ongkosnya nggak ada.. Lihat-lihat saja.. Masuklah Jusco.. Mana tau ada baju raya lawa-lawa.. Hmmm..takde satu pun yang berkenan.. Bersulam la bermanik la tapi hampeh.. Tak lawa langsung.. Harga mahal tak hengat.. Baik cari kat kedai-kedai baju, confirm boleh dapat 2 pasang baju dengan harga sepasang baju kat Jusco tu.. Tapi beberapa minggu lepas aku ada gak gi Jusco IOI mall.. Cantik-cantik gak baju kurung kat situ.. Harga pun okla.. Cuma kat MV ni je kureng.. Bila dah boring, apalagi? Blah la gi tempat lain plak.. Tengok jam baru kul 2 lebih.. Mr. Yayang plan nak buka pose kat sini.. Amboii..lama lagi tu.. Nak buat apa sementara menanti waktu berbuka.. Dahlah ngantuk lapar lagi.. Lalu Mr. Yayang pun mencadangkan,"let's watch movie". Mmm..menarik gak idea tu.. Okla.. Dia pi beli tiket wayang, aku merayap-rayap jap kat area tu sementara menanti dia.. Lalalalalala..nananananana.. Eh, Mr. Yayang dah datang dengan membawa 2 keping tiket.. Citer apa? Rise of the Planet of the Apes.. La, citer monyet ni dia beli.. Takde citer lain ke apa (tapi komplen dalam hati je la).. Then tengok waktu tayangan - 5 PM - Ayarkk!! Biar betul.. Baik tak yah tengok wayang kalo setakat 2 jam lagi nak buka pose.. Ingatkan kul 3 PM ke.. Ni kena tunggu gak (komplen dalam hati je).. Akhirnya sementara menanti waktu tayangan tu, kitaorang pun pegi la ke surau.. Nak jalan-jalan, rasa malas sebab tak ada apa yang nak dicari pun.. So, apa motif sampai ke MV? Sekadar nak membuang masa.. Baik dok umah, boleh baring-baring tido..huhuhu..



Lagi 5 minit ke jam 5 petang, kitaorang pun dengan lajunya menuju ke cinema area.. Masuk hall 8.. Pergghh!!! Sejuk gilerrrr!!! Rasa nak terkencing pun ada.. Dapat middle seat betul-betul depan skrin.. Ayarkk!! Mr. Yayang ni sengaja nak aniaya aku ke.. Nak tak nak kenalah mendongak sambil menahan sejuk.. Fuhh!! Macam 10 deg.C.. Kat opis pun pasang 25 deg.C. Itu pun dah sejuk bebeno.. Apasal la diorang ni pasang aircond sejuk sangat.. Berpada-pada je la.. Tengokla citer monyet yang terlalu bijak melebihi manusia biasa.. Ala-ala gangster gitu.. Tapi bahaya juga kalo apa yang ditunjukkan dalam citer tu betul-betul terjadi. Nak ke korang diperintah monyet? Kalo tak diperintah pun, monyet tu lagi pandai dari korang? Gilo ko apo.. Tak sanggup den.. Okla, layan gaklah tengok citer tu.. Ala-ala citer hero yang selalu kena aniaya, kena buli tapi akhirnya bangkit sebagai hero..hehehe.. Aku ok je tengok citer tu tapi Mr. Yayang yang 2-3 kali tanya waktu.. Tak sabo nak tunggu citer abis ke? kihkihkih..

1 jam 50 minit berlalu, citer pun abis.. So apalagi, bergegas keluar untuk mencari port berbuka puasa.. Dah dekat waktu berbuka baru nak cari, for sure la semua restoran fully booked.. Mr. Yayang tak puas ati gak.. Takpe, ikutkan je la rentak dia.. Last-last buka makan roti dengan 100 Plus kat depan surau.. Senang nak gi surau nanti..hehe.. Dalam kul 8 malam baru dinner.. Kat restoran Rasa Mas.. Bolehlah, yang penting kenyang dan semua yang terhidang abis di makan.. Alhamdulillah.. Kul 9 malam, bergerak pulang ke rumah.. Penat setelah seharian berada di luar.. Tapi kalo sekali sekala outing macam ni dengan Mr. Yayang, memang best..hehe.. ^_~








Bubur Ayam Huda..


Alhamdulillah, sedar tak sedar dah masuk hari kesembilan umat Islam berpuasa.. Kejap je kan? Pejam celik pejam celik, Syawal pun menjelma.. Selamat Hari Raya.. Hari untuk kita bersuka ria.. Opppss..terover le pulok.. Lama lagi..hihi.. Bukan apa, seronok nak balik kampung.. Jumpa keluarga, nenek, makcik, pakcik, sepupu, kawan-kawan dan pastinya paling rindu nak jumpa Hudaaaaa!!! Budak tomei yang sangat ligat..hehehe..

Sabtu lepas atok dengan nenek Huda berbuka puasa kat umah Huda sebab ayah Huda keje, tak dapat balik kampung.. Sukalah dia atok dengan nenek datang.. Mesti gelak beso hahaha.. Tapi sebelum tu, mama Huda ada MMS mak yong.. Gambar apa? Gambar Huda la sape lagi.. Tengah makan bubur ayam.. Sedapppp.. Sampai tak angkat muka langsung, apatah lagi nak toleh kiri kanan.. Khusyuk betul makan..


Tengokla tu, pandai pulak mangkuk letak atas kaki.. Sweet la Huda mak yong ni.. Petang atok dengan nenek datang, berjalan sakan la Huda ye.. Ronda-ronda dengan atok dan nenek.. Pegi bazar Ramadhan la kot.. Rindu la nak berbuka puasa dengan family.. Sian atok dengan nenek Huda tinggal berdua je.. Dulu masa anak-anak kecil, semuanya ada berkumpul sama-sama.. La ni, semua dah ada life sendiri.. Mak yong pun dok jauh.. Kalo setakat dok Johor, memang confirm tiap-tiap minggu balik.. Nampaknya minggu terakhir sebelum raya nanti la baru balik kampung.. Walaupun tinggal beberapa hari je puasa, tapi bolehlah.. Masak mihun sup campur dengan sambal kicap time berbuka puasa.. Wallahhh!! Favourite tu.. Sekali hadap je sebungkus mihun tu abih.. Bukan mak yong je suka, semua anak-anak wak Seman suka.. Lagi-lagi nenek Huda yang masak.. Pergghhh!! Memang terbaekk!! Marvellous!! ;-)






















Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak..


Alhamdulillah, Ramadhan menjelma kembali.. Syukur pada ALLAH kerana masih diberi kesempatan untuk meraikan Ramadhan kali ini..Sekejap je masa berlalu kan.. Macam baru je sambut raya tahun lepas.. Tup-tup dah puasa semula.. Begitulah kitaran masa.. Semakin dunia menghampiri penhujungnya, semakin cepatlah masa berlalu meninggalkan kita.. Dan kita ni pula, janganlah semakin terleka seolah-olah dunia ini akan wujud untuk selama-lamanya.. Dunia ini fana, pasti akan musnah satu hari nanti.. Hanya ALLAH yang lebih mengetahui bilakah waktu itu akan tiba.. Dan kita sebagai hambanya di muka bumi ini haruslah mempersiapkan diri untuk segala kemungkinan yang bakal terjadi.. Peringatan kepada umat manusia dan juga diriku sendiri sebagai salah seorang hamba-Nya..

Di kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam di dunia ini.. Terutamanya kepada teman-temanku, saudara-maraku dan pembaca-pembaca blog ini.. Marilah kita sama-sama mengambil kesempatan di atas bulan yang penuh barakah ini.. Semoga Ramadhan kali ini akan lebih baik dari yang sudah.. Insya ALLAH..


Untuk memudahkan kita semua, aku letakkan disini Jadual Imsak & Berbuka Puasa Tahun 2011M / 1432H yang diambil daripada lawan web Jakim. Semoga kita akan sama-sama beroleh barakah di bulan yang mulia ini.. Insya ALLAH...












Marhaban Ya Ramadhan...


Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah, diam tak diam bulan Ramadhan menjelma kembali.. Sekejap je masa berlalu kan.. Rasa macam baru je sambut Ramadhan dan Syawal yang lalu.. Itulah dia bila nikmat masa telah ditarik ALLAH, memang terasa cepat semuanya.. 24 jam sehari pun tak cukup.. Dunia dah semakin menghampiri ke akhirnya.. Entah esok, entah lusa, entah tahun depan.. Wallahua'lam.. Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..


Sempena kedatangan bulan yang mulia ni, kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam di dunia.. Terutamanya teman-teman dan saudara mara kami.. Pembaca-pembaca blog ini.. Semoga Ramadhan kali ini akan lebih baik dari yang lepas.. Juga bakal dilimpahi barakah ALLAH S.W.T.. Insya ALLAH.. Aminn.. Sama-samalah kita mengambil kesempatan dalam bulan yang penuh barakah ini..