Sekejap je dah 21 hari puasa kan.. Dah tinggal 9 hari je lagi sebelum Syawal menjelang.. Pantas betul masa berlalu.. Semua orang dah sibuk dengan persiapan raya.. Malah ada yang sebelum puasa lagi dah buat persiapan.. Mak yong Huda senang je, kalo baju raya, beli je yang dah siap.. Kadang-kadang susah jugak nak cari saiz yang sesuai sebab badan slim sangat.. Tapi kalo terjumpa saiz yang ok dan cantik, sambar je la.. Malas nak cerewet sangat.. Lagipun kalo hantar kat tailor, bila dah siap kos lebih kurang gak dengan baju ready made.. Ntah-ntah lagi murah.. Ikut material la kan.. Cuma kalo ready made ni kadang-kadang simple, setakat baju kurung, baju kebaya, kalo nak design selain dari tu, kena la hantar kat tailor..hehe..
Semalam call nenek Huda.. Huda pun ada, kelmarin petang balik.. Tapi lepas buka pose, ayah dengan mama Huda dah balik JB sebab semalam nak cat umah..hehe.. Mama Huda cakap nak cantikkan sting garden.. So, Huda ditinggalkan dengan dengan nenek dan atok.. Kalo tak, nanti dia tolong cat umah, cantik sangat..hehehe.. Bukan main kepoh mulut anak dara ni, nak berborak gak dengan mak yong.. Pandai menjawab.. Pulak tu siap nyanyi lagu 'Balik Kampung'.. Alahai, geramnya dengar.. Tak sabar nak jumpa budak comel ni..hehe.. Nenek cakap badan Huda naik.. Alamak, banyak ke? Mak yong ada belikan dress untuk Huda.. Jangan tak muat sudah le.. Huda Huda.. Orang lain bulan pose makin kurus, Huda pulak makin sihat.. Mama bagi makan sedap-sedap ek masa buka pose.. Agak-agaknya mama dengan ayah Huda sama naik gak tak? hehehe..
Oh ya, Selasa lepas Huda dibawa ke Plaza Angsana.. Shopping raya ke? hehe.. Ayah Huda beli handphone baru.. Samsung Galaxy 2.. Wah!!! Latest tu.. Bergaya dengan handphone baru la raya ni.. Mak yong jugak yang masih setia dengan k550i.. Takpelah, selagi boleh guna, malas nak tukar handphone baru.. Tapi bateri pun dah buat hal.. Caj sepanjang malam, tak sampai sehari tahan.. Mmm..macam signal suruh tukar handphone je tu..hehehe.. Huda pulak dapat kasut raya.. Dua pasang lagi.. Mama Huda bagitau, balik je umah, Huda terus cuba kasut tu sendiri.. Amboiii, pandai melaram dah anak dara ni.. Baju raya pun ramai yang sponsor..hehe.. Yelah, sape tak excited nak tengok anak dara ni cantik dan bergaya.. Huda Huda.. Meh tengok Huda melaram kasut raya..
Hahaha.. Tengoklah tu.. Warna pink .. Brand Garfield lagi..hehe.. Huda le tu yang tengah try kasut.. Bijaknya Huda mak yong ni.. Mesti tak sabar nak tunggu raya kan.. Mak yong pun tak sabar nak beraya dengan Huda tahun ni.. Bolehlah gi Marhaban ikut nenek tahun ni.. Pak uda & mak uda pun beraya sama tahun ni.. Memang complete la raya tahun ni.. Semua ada.. Insya ALLAH..
Oh ya, semalam birthday mama Huda.. Sambut birthday berdua dengan husband je ke? Anak dah tinggal kat umah mak mertua..hehehe.. Walau apapun, semoga semakin dimurahkan rezeki dan diberkati ALLAH sentiasa.. Dapat hadiah apa daripada en Hamdan? hehehe.. Boleh la bagi Huda adik lepas ni.. Tapi si Huda bila ditanya nak adik ke tak nak, dia jawab 'nanak'..hehehe.. Tak tau la camne Huda kalo ada adik.. Sayang-sayang jugak, bergaduh ye jugak.. Biasa le tu, adat adik beradik..hehe..
To mama Huda, Happy Birthday ye.. Semoga makin bahagia disamping keluarga tersayang.. Di berkati ALLAH sentiasa.. Aminn..
0 Kata-Kata Hikmat:
Post a Comment