Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak..


Alhamdulillah, Ramadhan menjelma kembali.. Syukur pada ALLAH kerana masih diberi kesempatan untuk meraikan Ramadhan kali ini..Sekejap je masa berlalu kan.. Macam baru je sambut raya tahun lepas.. Tup-tup dah puasa semula.. Begitulah kitaran masa.. Semakin dunia menghampiri penhujungnya, semakin cepatlah masa berlalu meninggalkan kita.. Dan kita ni pula, janganlah semakin terleka seolah-olah dunia ini akan wujud untuk selama-lamanya.. Dunia ini fana, pasti akan musnah satu hari nanti.. Hanya ALLAH yang lebih mengetahui bilakah waktu itu akan tiba.. Dan kita sebagai hambanya di muka bumi ini haruslah mempersiapkan diri untuk segala kemungkinan yang bakal terjadi.. Peringatan kepada umat manusia dan juga diriku sendiri sebagai salah seorang hamba-Nya..

Di kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam di dunia ini.. Terutamanya kepada teman-temanku, saudara-maraku dan pembaca-pembaca blog ini.. Marilah kita sama-sama mengambil kesempatan di atas bulan yang penuh barakah ini.. Semoga Ramadhan kali ini akan lebih baik dari yang sudah.. Insya ALLAH..


Untuk memudahkan kita semua, aku letakkan disini Jadual Imsak & Berbuka Puasa Tahun 2011M / 1432H yang diambil daripada lawan web Jakim. Semoga kita akan sama-sama beroleh barakah di bulan yang mulia ini.. Insya ALLAH...












0 Kata-Kata Hikmat: