Friday, August 19, 2011

Mydin & Sunway Pyramid..


Last week baru je macam rajin nak meng'update' blog hari-hari.. Rupa-rupanya hangat-hangat taik ayam..kihkihkih.. Citer tu ada cuma rasa malas bebeno nak login blog.. Last-last basi camtu jer.. Simpan sendiri le jawabnya..hihi..

Ha!!! Tapi citer kelmarin tak boleh di simpan, harus dikongsi bersama..hehe.. Sebenarnya takde apa pun yang special, cuma disebabkan kelmarin Selangor cuti dan rasa macam nak beli barang sikit untuk raya, apalagi outing lagi le.. Dan of course bersama Mr. Yayang.. Tapi yang sebenar-benarnya Mr. Yayang nak jumpa orang sebab nak beli barang tapi tetiba orang tu ada hal lak.. So tak jadi la gi jumpa dia dan terus la menuju ke destinasi yang lain.. Kemana agaknya ye? Ala, tak gi mana pun, gi Mydin Subang Jaya je.. Itu le tempat yang sesuai dengan kocek aku ni.. Lagipun barang-barang kat Mydin ni not bad apa.. Cantik dan berkualiti gak.. Cuma sesetengah orang tu tak nak gi Mydin.. Low class la konon-kononnya.. Tak sama standard macam Times Square ke, Sunway ke, Mid Valley ke.. Aaahhhh!! Aku peduli apa, duit aku, suka hati aku la mana nak pegi shopping..hahahaha..

Sampai Mydin dalam kul 2 lebih, parking punya la penuh.. Belum masuk dalam lagi.. Masuk-masuk je, humang aiiii, punyalah ramai manusia.. Padat ku rasakan Mydin tu.. Troli nak lalu pun susah.. Dalam kepala otak ni dah ada la list apa yang nak dibeli.. Baju raya dah ada cuma ni kira nak usha-usha la kalo ada berkenan yang lain.. Tapi yang memang nak dibeli tu lain.. Mula-mula gi round 2nd floor dulu, bahagian dalaman rumah dan alat tulis.. Exit Mydin kan kat 1st floor.. Tengok-tengok dulu apa yang menarik, sambar la jugak kain pelikat untuk Mr. Yayang dengan kopiah untuk solat.. Pastu gi bahagian alat tulis sebab ada nak beli stationary untuk opis.. Sambil-sambil membelek barangan lain terutamanya kraftangan dan barang-barang hiasan yang ada kat situ.. Aku berkenan pulak dengan lesung batu dari kayu yang comel tu.. Cantikkk.. Rasa macam nak beli je tapi nak buat apa kan, bukan ada rak hiasan pun kat umah..hehe.. Dalam dok membelek tu, Mr. Yayang boleh plak berkenan pada sesuatu.. Memang cantik dan bergaya.. Nak tau apa? Tengoklah gambar ni..hehe..


Amacam? Cantik tak? Macam topi artis.. Nama pun topi Nabil..hehehe.. Bila dah selesai kat 1st floor, kitaorang pun turun bawah kat bahagian pakaian, makanan dan yang sewaktu dengannya.. Manusia punyalah ramai tak terkata.. Susah betul nak bergerak dengan troli.. Last-last bergerak sendiri-sendiri.. Aku dengan mission aku mencari apa yang patut dan Mr. Yayang ke arah tujuannya sendiri.. Dia pun pening nak mengekor aku dalam suasana manusia yang crowded tu.. Belek punya belek baju-baju raya yang ada kat situ, memang ada menarik.. Tudung pun not bad.. Tapi kalo nak beli baju kena try dulu.. Memandangkan manusia terlalu ramai dan aku malas nak try, cancel je la niat nak sambar baju raya.. Teruskan dengan misi utama.. Nak cari inner sebab baju raya yang dah beli tu agak jarang.. Tengah sibuk membelek-belek, Mr. Yayang sms, penat menunggu.. Siann... Nasib baik dah siap memilih, terus je ke kaunter nak bayar.. Dah siap bayar dan keluar dari Mydin, Mr. Yayang ajak gi Sunway Pyramid plak.. Nak buka pose kat sana la tu.. Okla, nasib baik dekat je jarak Mydin dengan Sunway, dalam 4km.. So dalam 10 minit dah sampai Sunway.. Kat sini pun ramai gak orang.. Parking penuh.. Last-last jumpa gak parking kat level CP5..

Lepas parking, menuju ke perkara utama, booking tempat untuk buka pose, tak naklah jadi macam kat MV aritu..huhu.. Survey punya survey, kitaorang pun decide nak buka pose kat Laksa Shack (LS)..


Ni kali pertama nak makan kat situ.. Sebelum ni tak penah pun cuba walaupun kat ioi mall ada cawangannya.. Sebab aku ni bukannya penggemar laksa, so ingatkan ada jual laksa je rupanya banyak makanan lain..hehehe.. Nasib baik ada tempat untuk 2 orang lagi.. Menu kena order siap-siap.. Belek punya belek, tengok dari segala segi berdasarkan informasi yang tertera kat menu tu, kitaorang pun decide nak order briyani set untuk 2 orang makan.. Harganya RM29.90 (uiii..sorang makan dalam RM15.00 tu..takpela, sekali sekala..kalo hari-hari mau bankrap dibuatnya..hihi..). Lepas dah order dan bayar, ada lagi satu jam sebelum waktu berbuka, so kitaorang pun ronda-ronda.. Saja survey bahagian jual komputer dan handphone.. Amboiii..suma mahal-mahal.. Tak mampu den nak beli.. Sambil tu dok tanya-tanya harga latest handphone di pasaran.. Samsung Galaxy S2, dekat RM2,100.00.. Pergh!! Mahal gilos.. Tapi ayah Huda baru je sambar satu semalam.. Dapat harga RM1,800.00.. Huwaaa!!! Jelesnya mak yong.. Ayah Huda beraya sakan la dengan handphone baru.. Takpela, dah rezeki dia, apa salahnya kan pakai handphone paling latest..hehe.. Merayau punya merayau, time berbuka pun dah dekat, so kitaorang pun pegilah ke restoren, menantikan waktunya.. Bila makanan sampai, pergh!! Meriahnya.. Penuh pinggan besar tu.. Tak sempat nak snap gambar semalam sebab bateri handphone pun dah kong (macam tanda-tanda kena tukar handphone baru jek..kuikuikui..;p). So tengok je la gambar dari link website LS ni ye.. Nak copy gambar, takleh plak.. Rasa pun not bad, sedap.. Lebih-lebih lagi kurma daging kambing tu.. Memang sedap.. Rasa macam makan kat kenduri kawin plak..hehe.. Mr. Yayang dah dapat kambing, ayam masak merah tak pandang pun.. Padahal selalunya ayam tu la favourite dia.. Ceh!!! Cuma yang musykil tu dalam website ni dia tulis ada dalca daging.. Tapi aritu takde pun.. Huwaaa..diaorang terlupa ke.. Kitaorang pun tak perasan sebab menu dah ilang dari atas meja, lagipun bila tengok makanan tu punyalah banyak, malas nak check.. Yela, 1st time datang, tak familiar lagi dengan menu-menu yang ada.. Tapi takpela, dah lepas pun.. Halal.. Alhamdulillah, kenyang aritu makan nasi briyani.. Eh lupa nak citer pasal air ye.. Aku order fresh lime juice asam boi.. Punyalah sedap sampai abis aku kerjakan walaupun masa tu dah kenyang makan tapi air tetap harus dihabiskan..hehe.. Sangat menyegarkan..

Bila dah kenyang tu, nak berjalan pun tak larat..huhu.. Akhirnya masuk ke Jusco je.. Itu le satu lagi tempat shopping yang setaraf dengan kocek aku.. Tapi certain barang je.. Tak semua k.. Handbag yang mahal-mahal tu kalo ada sale je la boleh belek-belek.. Itupun selalunya tak berakhir dengan pembelian..hehehe.. Oleh kerana kat Mydin tadi dah tergendala program usha baju raya, so sambung le kat Jusco.. Mana tau ada baju yang cantik-cantik.. Jumpa gak baju-baju kurung, kebaya untuk raya.. Better dari kat MV aritu.. Harga pun standard.. Aku suka baju yang corak bunga-bunga kecik tu.. Bila tanya kat Mr. Yayang, dia cakap kalo aku nak beli, beli baju yang lain sikit.. Dia pi tunjuk baju kebaya.. Perghh!! Lain kali le aku nak pakai kebaya.. Aku ni tak suka pakai kebaya.. Baju kurung je la memanjang.. Gi opis pun.. Tengah survey, ternampak jubah.. Aku tak sure material dia apa tapi kain yang berat tu.. Cantik gak.. Mr. Yayang pun agree.. So, cari saiz yang sesuai, try, ok dan bayar.. Dapat satu lagi baju raya..hehe.. Part aku pun selesai.. Mr. Yayang pun turn plak.. Try t-shirt bukan main banyak.. Fiting room tu macam jadi hak milik dia je..hihi.. Dan akhirnya semuanya berakhir dengan pembelian sehelai (or sepasang ek?) jeans dan dua helai t-shirt.. Cukup le tu.. Jangan membazir..

Hari pun makin larut, penat takyah cakaplah, memang letih dah badan.. Apalagi? Balik umah la.. Tapi nak keluar dari Sunway tu punyalah jammed sebab semua orang keluar pada waktu yang sama.. Last-last sampai umah kul 11 malam.. Adoooiii..letihnya badan.. Esok nak keje.. So, apalagi? Tak reti-reti nak tido?  Selamat la belayar di lautan mimpi... Zzzzzzz...



**********************************************************************************

0 Kata-Kata Hikmat: