Tuesday, October 4, 2011

Alhamdulillah.. Syukur..


Alhamdulillah, hari ni bertambah lagi setahun usia aku.. Terima kasih ya ALLAH kerana masih memberikan aku kesempatan bernafas di atas muka bumi ini.. Semoga Engkau akan menunjukkan jalan yang terbaik untuk aku meneruskan kehidupan ini sehingga ke penghujungnya.. Aminn..

Setakat post ni ditulis, cuma sorang je yang wish birthday aku, adik lelaki aku yang dulu study kat GMI tu.. Memang boleh dikatakan setiap tahun dialah yang terawal akan wish birthday aku.. Thanks bro coz still ingat birthday aku..hehe.. Birthday dia pulak next month.. Setakat nak celebrate birthday sesama tu, boleh sangat la.. Nanti la, time cuti raya haji ke.. Balik kampung, boleh celebrate ramai-ramai.. Kumpulkan semua yang lahir dalam bulan yang sama.. Syok apa celebrate ramai-ramai..hehe.. Semoga apa yang dia doakan untuk aku akan dia perolehi juga..

Dan bagi aku, takde apa yang aku harapkan.. Cuma aku berharap akan menjadi hamba ALLAH yang sentiasa mengingati-Nya, taat menjalankan perintah-Nya.. Juga mampu menjadi anak yang sentiasa berbakti kepada dua ibu bapaku, sentiasa taat kepada mereka dan mudah-mudahan tidak akan menjadi anak yang derhaka.. Jauhkanlah.. Juga mampu menjadi kakak yang baik kepada adik-adikku.. Ibu saudara yang disayangi oleh anak-anak saudaraku.. Dan yang paling utama, semoga aku akan dapat bersama cinta hatiku untuk sama-sama menjalani kehidupan baru sebagai pasangan hidup secepat yang mungkin.. Insya ALLAH.. Semoga ALLAH akan mempermudahkan dan memperkenankan segala-galanya.. Aminn..

Kepada mereka di luar sana yang sudi mendoakan kesejahteraan hidupku, terima kasih di ucapkan.. Semoga ALLAH merahmati hidup kita bersama.. Aminn..












0 Kata-Kata Hikmat: