Tuesday, October 25, 2011

Baby Nur Afiqah..


Semalam gi umah Puan Kiki nak tengok baby baru le apalagi.. Wahhhhh!!!! So chumelllll and cute and adorable.. Kecik je, nak pegang pun tak berani.. Maklum le tak jadi mak orang lagi..hehehe.. Tapi serius sangat comel (ada ke baby yang tak comel? hehehe..). Lahir 2.67 kg.. Medium size je, takdelah besar sangat.. Tapi ingat senang ke nak kuarkan walaupun 2kg? Huuuiiiiiiiii.. Longgar segala urat tau.. Sakit satu badan.. Itulah pengorbanan seorang ibu.. Sangat2 tidak terbalas oleh seorang anak.. Tanpa ibu, anak takkan dapat melihat dunia tau..

Baby dah ada nama, Nur Afiqah binti Mohd Suhaimi.. Ringkas dan senang nak ingat.. Letak nama panjang2 pun panggilnya kontot je.. Baik letak nama ringkas, asalkan maknanya bagus okla kan.. Cantik nama tu, makna pun bagus, yang sangat berpengetahuan.. Semoga jadi orang yang berguna nanti ye sayang.. Ilmu yang diperolehi digunakan untuk perkara2 yang berguna, jangan salahguna tau.. InsyaALLAH mak long doakan semoga Nur Afiqah akan menjadi anak yang akan membahagiakan kedua ibu bapa.. Aminnn.. Inilah baby Nur Afiqah.. Lahir 21.10.2011 (cantik tarikh lahir, ada nombor 0, 1 & 2 sahaja..hari dan bulan lahir bila dipusing2 dapat tahun lahir..unik)




Abang Ammar dan Ameer pun dah besar dan lasak.. Sibuk dengan hal sendiri sekarang ni... Tapi orang tak reti nak sayang adik lagi.. Adik eekk sikit, nak ditepuknya kepala orang tu..hehehe.. Maklumlah muda2 dah jadi abang.. Tak puas nak bermanja dengan ibu lagi ye.. Takpelah, lama2 nanti biasalah tu.. Membesar sama2 dengan adik.. Silap2 adik pun lasak macam abang nanti..hehehe..








0 Kata-Kata Hikmat: