Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas di atas mukabumi ini.. ALLAHUAKBAR... Terima kasih ya ALLAH kerana masih lagi memberi aku peluang untuk memperbaiki diri ini..
Ahad lepas, permulaan hari dikejutkan dengan berita kematian jiran sebelah rumah parents aku.. Terkesima seketika tatkala menerima berita itu.. Nenek Huda & Adriana yang call.. Entah tak tau nak cakap camne perasaan aku ketika mendengar berita tu.. Rasa macam tak percaya pun ada.. Nak kata sedih tak ada pun.. Blur pun macam iye jugak.. Kadang2 aku rasa hati aku ni macam batu, takde perasaan.. Tapi biasalah, macam terhiris jari ketika memotong sesuatu.. Ketika jari terhiris tidak terasa sakitnya.. Setelah maklumat sampai ke otak dan perasaan yang terhasil akibat perbuatan itu adalah sakit, barulah rasa itu dapat dirasai.. Barulah perkataan adoi terkeluar dari mulut.. Rasa sedih tu baru datang di saat otak mengimbas semula segala memori yang pernah dilalui bersama arwah.. Ditambah lagi ketika mendengar tangisan anak arwah yang merupakan kawan baik aku di kampung tatkala aku menelefonnya.. Berusaha sedaya upaya memberikan sokongan agar dia mampu dan berupaya menerima semua ini dengan tabah dan kuat..
Arwah yang lebih mesra dipanggil sebagai wak Siran merupakan seorang jiran yang baik.. Sangat peramah dan seorang yang mesra.. Ketika aku bersekolah dulu kadang2 arwah la yang akan menghantar aku pergi atau balik dari sekolah jika abah aku tiada di rumah.. Kadang2 hampir setiap hari.. Memang arwah wak Siran sangat baik orangnya.. Setelah keluar dari kampung jika aku balik sesekali dan berpeluang bertanyakan khabar, kami akan berborak.. Sampai sekarang kadang2 aku masih macam tak percaya wak Siran telah pergi menemui Ilahi.. Sebab arwah tidak mengalami sakit yang serius.. Arwah masih lagi berjalan-jalan di sekitar rumah di siang hari seperti orang yang sihat.. Cuma di waktu malamnya arwah mengalami sakit jantung.. Menurut mak aku jantung arwah bengkak.. Memandangkan hari telah larut malam arwah bercadang untuk ke hospital pada hari esoknya.. Tapi mungkin memandangkan keadaan arwah semakin serius, anaknya bercadang untuk menghantar arwah ke hospital pada malam itu juga.. Dengan ditemani abah aku, anak arwah mahu membawa arwah abahnya ke hospital.. Tapi tak sempat keluar dari kampung arwah telah menghembuskan nafas yang terakhir.. Memandangkan tidak mendengar apa2 bunyi pernafasan daripada arwah, plan untuk ke hospital di tukar ke kelinik kesihatan kampung.. Ketika tiba di klinik pelbagai usaha dilakukan tetapi ALLAH lebih Menyayangi arwah.. Beliau memang telah meninggal dunia di dalam perjalanan tadi..
Memang masanya untuk menemui Maha Pencipta telah sampai.. Sakit itu hanya sebagai alasan sahaja.. Seperti janji ALLAH kepada manusia, apabila telah sampai ajal anak Adam, tidak akan tercepat atau terlewat satu saat pun dari waktu yang telah ditetapkan.. Sesungguhnya dari ALLAH kita datang dan kepada-Nya kita kembali.. Semoga dengan kematian ini akan mendatangkan keinsafan di jiwa kita agar sentiasa bersedia menyiapkan diri dengan amalan yang terbaik untuk dibawa ketika berjumpa Yang Maha Esa..
Kepada Jamilah binti Musiran dan keluarga, semoga tabah dan kuat dengan dugaan ini.. Sesungguhnya mati itu pasti.. Dan apa yang terbaik yang dapat dilakukan adalah banyak2 menyedekahkan Al-Fatihah dan berdoa untuk arwah.. Semoga segala yang disedekahkan akan sampai kepada arwah dan dapat membantu arwah di sana.. Semoga juga ALLAH Mencucuri rahmat ke atas roh arwah dan diletakkan di kalangan mereka yang beriman.. Ameennnnnn..
Kepada semua yang membaca blog ini, marilah kita sama2 menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah..
2 Kata-Kata Hikmat:
Al-fatihah
Al-fatihah
Post a Comment