Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk menghirup udara pada hari ini.. Sudahkah anda bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan ALLAH sehingga ke waktu ini? Bersyukurlah kerana apa yang kita miliki hari ini diperolehi dengan izin-Nya.. Dan ingatlah bahawa apa yang kita miliki pada hari ini akan terpaksa kita lepaskan apabila telah tiba saat perpisahan yang hakiki.. Semua yang kita miliki hanyalah pinjaman semata-mata.. Lahirnya kita ke dunia tanpa membawa apa-apa.. Hilangnya kita dari dunia juga tanpa membawa apa2.. Fikir dan renung2kanlah..
Oklah, hari ni aku bukannya nak jadi ustazah atau nak menunjuk pandai.. Cuma nak sentuh sikit isu yang sedang hangat di dunia sekarang ni.. Semuanya hanya dari sudut pandangan aku sahaja.. Jangan pulak nak melenting bila baca.. Setiap individu ada pendapat tersendiri..
Sekarang ni satu dunia heboh dengan isu penghinaan ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. oleh orang2 yang tidak menyukai baginda dan agama Islam.. Sebagai seorang Muslim, kita WAJIB memprotes untuk mempertahankan baginda.. Baginda adalah sebaik-baik manusia yang pernah wujud di muka bumi ini.. Kekasih ALLAH S.W.T. yang diutuskan untuk membawa rahmat ke seluruh alam.. Dan seperti yang telah termaktub di dalam kalam ALLAH, musuh yang akan sentiasa berusaha untuk menghancurkan Islam adalah YAHUDI.. Maka tidak mustahil segala yang berlaku sekarang ini adalah agenda Yahudi semata-mata.. Tidak kiralah di negara mana jua isu sensitif ini muncul, semuanya didalangi oleh Yahudi..
Persoalannya di sini, kenapa pihak2 yang jahat ini berani memperlekehkan agama Islam? Jawapannya senang je.. Kekuatan hubungan komuniti Islam tu sendiri.. Cuba lihat dengan teliti bagaimana hubungan negara2 Islam di dunia ni.. Kita tidak bersatu.. Masih ada isu perbezaan taraf dan fahaman di dalam masyarakat Islam itu sendiri.. Contohnya mudah je.. Negara2 di bahagian Arab sana.. Walaupun semuanya negara Islam tetapi mereka tidak mahu bersatu.. Kononnya berbeza taraf.. Ala contoh paling mudah dalam negara kita ni sendiri.. Disebabkan fahaman politik yang berbeza, semuanya tidak mahu bersatu walaupun majoriti penduduk Malaysia adalah beragama Islam.. Siapa yang untung? Pihak2 yang mengambil inisiatif untuk tunggu, lihat dan bertindak.. Faham2 sendiri la maksud aku ni ye.. Sebab tu la sekarang ni banyak isu sensitif menghina agama dalam negara kita ni.. Cubalah bayangkan, dalam negara yang kecil ni pun komuniti Islam tak bersatu apatah lagi komuniti dunia yang lagi besar tu..
Manusia ni sifatnya akan melenting bila tersentap.. Bila isu2 penghinaan ni muncul, mulalah semuanya melenting.. Buat bantahan, tunjuk perasaan, demonstrasi jalanan besar-besaran sampaikan pihak polis terpaksa masuk campur untuk mengamankan kedaan.. Sampaikan ada yang cedera dan yang paling sedih ada juga yang terbunuh.. Cubalah fikirkan, jika tunjuk perasaan itu dilakukan di negara Islam, penduduk yang keluar pasti beragama Islam, polis yang mengamankan juga beragama Islam.. Seandainya penduduk itu cedera ketika cuba ditenteramkan oleh pihak polis, apa kesimpulan dari tindakan itu? Seorang Muslim mencederakan Muslim yang lain.. Semua orang Islam adalah bersaudara.. Maknanya dia telah mencedarakan saudaranya sendiri.. Manakala pihak yang menimbulkan isu penghinaan ini tetap selamat.. Tidak disentuh walau sedikit pun.. Mereka hanya memerhatikan apa yang kita lakukan dengan ketawa sinis..
Lagipun tunjuk perasaan dan demostrasi jalanan seperti ini bukan cara Rasulullah S.A.W. untuk menunjukkan kemarahan baginda.. Selepas kekalahan tentera Islam dalam perang Uhud, Kaum Yahudi dan munafik secara terang-terangan menentang Islam.. 70 orang guru agama yang dikirim untuk mengajarkan Islam di pedalaman Arab telah dibunuh oleh mereka.. Ini membuatkan Nabi Muhammad S.A.W. merasa sangat sedih dan marah namun baginda tidak melakukan apa2 tindakan yang keras.. Sebaliknya baginda melakukan banyak solat hajat memohon agar umat Islam bersatu dan diberikan kekuatan.. Jadi seeloknya kita mencontohi akhlak baginda dengan mengangani setiap masalah yang timbul secara berhikmah dan bijaksana.. Bukan terpekik terlolong di jalanan yang pastinya sudah mencemarkan imej Islam itu sendiri apabila kaum wanita yang sepatutnya berada di rumah turut sama di dalam demonstrasi jalanan tersebut dan secara tak langsung bercampur dan bersentuhan dengan lelaki2 yang bukan muhrim mereka.. Cuba fikirkan.. Betul tak?
Dan yang paling asas aku nak sentuh di sini.. Betul ke kita ni sayangkan Nabi Muhammad S.A.W.? Betul ke? Atau sekadar di mulut je tak sampai ke hati.. Haaaa!!!! Ramai yang dok melenting tu.. Sebabnya tersentap, betul tak? Sabooo.. Aku ni bukan nak provoke korang.. Aku ni pun bukannya bagus atau baik pun.. Semua ni untuk ingatan aku sendiri gak.. Bukan ke ingat mengingatkan tu satu amalan mulia dalam Islam.. Okla, kalo betul korang sayangkan Nabi Muhammad S.A.W., apa buktinya? Apa fakta2 yang menyokong pengakuan korang tu? Kita yang dilahirkan sebagai Islam ni memang secara automatik akan mengaku bahawa kita sayangkan nabi kita.. Tapi, seandainya ditanya tentang sirah nabi, dapatkah kita menjawabnya? Dalam sehari berapa kali kita berselawat kepada baginda sebagai tanda mengingatinya? Berapa kerat dari kita yang mengamalkan sunnah baginda dalam kehidupan? Berapa orang daripada kita yang membaca Al-Quran setiap hari? Makan makanan sunnah yang menjadi kegemaran baginda? Madu, kurma.. Apa yang kita makan hari ni fast food.. Yang sah2 memang keluaran syarikat Yahudi.. Yang memang dah diketahui dari kajian boleh menyebabkan banyak penyakit.. Bila sakit, berapa orang yang memilih dadah dan ubat kimia berbanding makanan sunnah yang telah diketahui dapat menyembuhkan penyakit melainkan mati.. Sayang2 nabi pun merokok tetap jadi amalan.. Padahal merokok tu dah sah2 merosakkan kesihatan dan agenda Yahudi untuk menjahanamkan umat Islam.. Jadi apa tandanya kita ni betul2 sayangkan nabi? Atau sebenarnya kita sendiri yang menghina nabi secara tak sedar.. Renungkanlah..
Oleh itu sebelum melenting kerana isu2 sensitif yang sengaja dicetuskan oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab, lebih baik kita muhasabah diri kita dahulu.. Seandainya kita benar2 berpegang teguh pada ajaran Islam, tiada apa yang mampu menggugat keutuhan Islam sejagat.. Malahan kuasa2 besar juga akan tunduk dan hormat kepada kita.. Semuanya bermula dari diri kita sendiri..
Wallahu'alam..
P/S : Entry ini adalah pendapat aku sendiri.. Tidak bermaksud menyinggung atau menghina atau memperlekehkan mana2 pihak.. Maaf jika ada yang terasa.. Peace no war..
0 Kata-Kata Hikmat:
Post a Comment