Wednesday, September 19, 2012

MasyaALLAH.. So Cute..



Semalam masa check fb terjumpa gambar yang sangat sweet.. Takde kena mengena dengan aku.. Di letakkan oleh member2 fb.. Jom kita tengok sesama..

Ha!!! Sweet tak? Comel je kan? Inilah aktiviti baby ketika berada di dalam perut ibu.. Ala, comelnya.. Tak sangka pulak baby pun akan sendawa kat dalam perut..Yang suka melompat tu memang tak mustahil.. Masa Huda dalam perut, mama Huda cakap Huda macam main bolasepak kat dalam tu.. Sangat aktif.. Tengoklah sekarang ni, memang ligat tak reti diam.. Bukan badan je tak reti diam, mulut pun sangat kepoh ok.. Si Adriana pulak sangat suka bila ibunya berjalan.. Dia akan bersantai menikmati saat tu.. Kalo ibu berhenti untuk duduk atau berehat, secara automatik dia akan menendang suruh ibu jalan semula.. Amboi2, ini dah kes buli ibu ni.. Patut la bila dah kuar suka sangat tendang2 orang.. Dahlah tumit awak tu pejal berisi.. Sakit tau!!

Aduhai seronoknya bila tengok gambar ni.. Bertuahlah ibu2 yang dapat merasai pengalaman sangat berharga ni.. Semoga aku juga akan berpeluang merasai detik ini.. InsyaALLAH.. Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui segala-galanya dan segala yang berlaku adalah dengan Izin-Nya jua..^__^








0 Kata-Kata Hikmat: