Alhamdulillah, berjumpa lagi kita di pagi hari Ahad ni.. Semoga rahmat ALLAH sentiasa berada bersama kita.. InsyaALLAH..
Hari Khamis lepas kakak Huda datang ke KL.. Sekolah mama Huda buat rombongan ke KLCC.. Sehari je.. Pegi ke Petrosains, Sky Bridge dan Aquaria.. Sekolah2 sekarang senang je kalo buat rombongan.. Pegi ke satu tempat yang mempunyai beberapa tempat menarik untuk dilawati.. Kalo mak long dulu sekolah buat rombongan gi zoo.. Maklumlah masa tu KLCC tak wujud lagi..kehkehkeh.. Kakak Huda datang naik bas dari Johor.. Bertolak awal pagi Khamis tu dan masa orang sibuk nak gi keje, diorang dah sampai kat KLCC.. Aduhai, penatnya tido dalam bas.. Itupun kalo boleh tido..
Sebelum datang tu mak long pernah call kakak Huda.. Tanya dia nak gi mana kat KL nanti.. Dia boleh cakap nak jumpa adik bam bam.. Alahai, siannya mak long dengar.. Dia ingat boleh senang2 gi jumpa adik bam bam.. Macamlah ayah drive kete sendiri.. Dan disebabkan mak long ni kesian kat kakak Huda, so mak long pun decide amik cuti Khamis lepas.. Nak jumpa dan join kakak Huda gi KLCC.. Tapi bukan mak long sorang.. Dengan Adriana dan ibu Adriana juga.. Ayah Adriana keje.. So, kena le tinggal..hehehe..
Pagi tu dalam kul 9 pagi mak long gi amik Adriana kat Subang tapi jalan punyalah sesak.. 1 jam lepas tu baru sampai rumah Adriana padahal selalunya setengah jam je.. Tunggu Adriana dan ibu bersiap, kul 11 pagi kitaorang pun gerak.. Masuk LDP, masuk KESAS, masuk MEX terus keluar kat Jalan Tun Razak.. Masuk Lorong Kuda terus sampai ke parking KLCC.. Best sungguh perjalanan, tapi semua kena bayar tol..hahaha.. Sampai je dalam kul 12 tengahari terus roger2 ayah Huda.. Rupanya diorang tengah lunch.. Lepas lunch baru jumpa kakak Huda.. Mula2 tersipu-sipu bila nampak mak long tapi bila jumpa Adriana terus lupa mak long.. Ceh!! Sabo je la.. Maklum la rindu kat adik bam bam dia.. Masa raya aritu pun dapat jumpa sekejap je.. Yang Adriana pulak pelik bila tengok muka pak ngah..
Eh, sape semua ni? Macam pernah jumpa..
Rambut orang ni macam ayah tapi muka tak sama pulak..;p
Macam pernah ku lihat wajah orang ini tapi di mana ya? Kakak Huda comel la senyum camtu..^_^
Jumpa pun sekejap je sebab diorang nak gi Sky Bridge.. Tapi dah janji nak masuk Aquaria sesama.. Lepas diorang gerak, mak long, ibu Adriana dan Adriana pun pegi lunch dulu.. Perut pun tengah lapo, makan nasi le.. Dah selesai makan kitaorang pun tunggu kat laluan nak gi ke Aquaria tu.. Tak lama lepas tu diorang pun sampai.. So beramai-ramai le kami menuju ke Aquaria.. Huda sepanjang perjalanan sibuk berborak dengan Adriana.. Adriana pun excited bila jumpa kakak Huda.. Siap menjerit-jerit lagi.. Suka sangat la tu.. To be honest tiket masuk Aquaria tu quite expensive gak la.. Price with MyKad je RM35. Takde MyKad, RM45. Kanak2 bawah 3 tahun free.. 3 tahun ke atas with MyKid RM15 (kalo tak silap, without MyKid tak ingat pulak.. check sendiri dalam website Aquaria ye..hehehe..). Sebab apa aku cakap tiket agak mahal? Sebab Aquaria tu tak besar mana pun.. Jalan dalam 30 minit complete tingkat atas.. Turun bawah dalam 30 minit gak abis ronda Aquaria.. Tapi kalo korang dok belek satu2 binatang dok ada dalam tu lama la kot.. Puas hati la.. Satu hari nak dok dalam tu pun takpa..hehehe.. Tapi kitaorang bayar RM10 je sorang sebab bakinya ayah Huda yang bayarkan.. Ingatkan dia suruh belikan tiket untuk dia bila tetiba hulur RM50, rupanya untuk tiket kitaorang.. Sebab diorang dapat special price rombongan sekolah.. Sabo jela ayah Huda ni.. Patutnya kitaorang yang belanja orang Johor bila datang KL, ini orang Johor pulak yang belanja.. Aduhai.. Walau apapun terima kasih bro.. Semoga ALLAH Murahkan rezeki Huda sekeluarga.. Aminn..
Adriana terpegun tengok banyak ikan berenang-renang.. Ikan piranha ni tau..
Gambar ini di ambil sambil mata tengok ke arah lain.. Geli le tengok ulo.. Meremang bulu roma.. Iguana tu geli jugak tapi tengok je le.. Nak amik gambo kan..huhu..
Kesian mama Huda kepenatan.. Siap nak pinjam stroller Adriana lagi..hihihi..
Inilah antara gambar2 yang sempat di ambil masa kitorang lalu kat terowong dalam Aquaria tu.. Rasa macam berada dalam lautan pun ada gak.. Ada macam2 ikan yang berenang-renang dalam tu.. Jerung, pari.. Penyu abah kau pun ada gak..hahaha..
Bukan main lagi Adriana tengok ikan dalam tu berenang-renang.. Siap letak tangan kat glass.. Tapi bila ikan datang cepat2 angkat tangan.. Dia rasa macam ikan tu nak geget tangan dia..hihihi. So cute..
Marilah datang ke Aquaria.. Pasti anda akan berasa seronok dan gembira seperti saya..(tetiba Adriana jadi duta kecil Aquaria..hehehe..)
Berakhir sudah lawatan kami ke Aquaria.. Harap2 kakak Huda puas hati dapat jumpa adik bam bam.. Tapi rasa2 tak puas tu.. Ngam2 je keluar dari Aquaria Adriana pun tido.. Alahai kesian dia.. Kepenatan tengok ikan..hehehe.. Kakak Huda pulak tak berhenti cium adik bam bam walaupun tengah tido.. Sayang sungguh kakak Huda kat Adriana.. Nanti dapat adik mesti boleh jaga adik ni.. Takpelah InsyaALLAH raya haji nanti jumpa lagi.. Bolehlah bawak adik bam bam naik kereta.. Mesti adik bam bam suka sangat sampai menjerit-jerit.. Maklum la sekarang ni kalo suka hati asyik menjerit je.. Sakit telinga kitaorang ni.. Suara pulak nyaring.. Sayang sangat kat buah hati mak long ni.. Sekarang berdua InsyaALLAH tak lama lagi bertiga.. Semoga ALLAH Merahmati kamu semua dunia akhirat.. Ameennnnn..
0 Kata-Kata Hikmat:
Post a Comment