Friday, September 21, 2012

Manusia vs Haiwan..



Alhamdulillah, bersua lagi kita di hari Jumaat yang mulia ni.. Penghulu segala hari yang mengandungi pelbagai rahmat dan barakah.. Semoga di hari ini kita akan memperolehi segala kebaikan yang telah ditetapkan ALLAH S.W.T... InsyaALLAH..

Sempena hari yang mulia ini, aku nak berkongsi satu gambar yang bertemakan kasih sayang.. Amik dari fb.. Semoga dengan gambar ini kita dapat mengambil iktibar dan akan mengeratkan jalinan ukhuwah antara sesama kita.. Dan yang paling penting hargailah insan2 tersayang yang telah dikurniakan ALLAH kepada kita.. Ahli keluarga kita, saudara mara kita, sahabat kita dan tak terkecuali saudara seagama kita..

Lihatlah gambar ini.. Betapa dalamnya kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya walaupun hanyalah seekor haiwan.. Akan tetapi, manusia kini telah melangkaui seekor haiwan apabila sanggup membunuh anak sendiri.. Malas nak komen panjang2.. Masalah ni dah lama berleluasa.. Salah siapa? Salah kita juga kerana tidak menghiraukan saudara seagama kita yang ketandusan ilmu.. Akhirnya terjebak dengan masalah sosial yang memberikan aib kepada diri.. Dan jalan terakhir yang terlintas di fikiran adalah dengan menghapuskan keaiban tersebut.. Nauzubillah.. Dunia semakin hampir ke penghujungnya tetapi kita masih lagi terleka dengan duniawi.. Ya ALLAH, berikanlah kesedaran kepada kami dan bukakanlah hati kami agar tidak terbuai dengan kemewahan dan kesenangan duniawi yang tidak memberi sebarang makna bagi-Mu ini.. Ameen Ya Rabbal 'Alameen..

Kucing pun tau sayang anaknya.. Tapi manusia?






0 Kata-Kata Hikmat: