Thursday, June 28, 2012

Isu perkataan 'SALAM'..



Apa khabar kawan2ku hari ni? Semoga semuanya sihat dan dirahmati ALLAH sentiasa, InsyaALLAH..

Oh ye, aku nak tanya korang ni.. Pernah tak dapat email atau terbaca fb status pasal isu salam.. Ala, isinya lebih kurang camni la.. Kalo taknak sebut Assalamu'alaikum, short form yang boleh guna adalah AsSalam instead of Salam.. Sebab maksud dua perkataan tu lain.. Aku pernah dapat email pasal ni.. Dan pernah terbaca pun status fb rakan macam ni.. Disebabkan aku ni belajar Bahasa Arab asas je, itu pun belajar perkataan, bukan komunikasi, so aku pun percaya le.. Start dapat email tu kalo bagi SMS atau email, tulis le Assalam.. Buat2 juga, tapi kemusykilan tetap ada.. Sebab rasanya asas perkataan tu sama, Salam.. Yang Assalam tu kalo ejaan jawi ada tambahan alif lam je.. Takkan le disebabkan itu maksud lari.. Logik tak?

Disebabkan kemusykilan itu, maka aku pun cari le dalam internet ni.. Dan Alhamdulillah, berjumpa juga ulasan daripada orang yang belajo dan faham Bahasa Arab.. Terlerai sudah persoalan di minda.. Kalo nak tau apa kisahnya, bolehlah klik sini ye.. Tenteram jiwa den.. Iyelah, kita ni biasalah kadang2 suka share tanpa menyiasat dulu sape penulisnya, apa hujah sokongannya, sumbernya.. Aku tau niat memang baik, nak berkongsi supaya kawan2 lain tak melakukan kesilapan itu.. Sama le dengan kes Surah Al-Fatihah aku aritu.. Tapi setiap hujah mesti ada bukti.. Macam kat mahkamah, kalo ada bukti baru kes boleh diterima..

So, sebagai pengajarannya, berkongsi tak salah, tapi lebih baik siasat terlebih dahulu kebenaran maklumat tersebut.. Risau oooo kalo dah berantai-rantai orang share nanti, rupa2nya maklumat tu salah.. Camne nak bagitau tu.. Kita bukan tau pun sape yang share tu..

Dan kesimpulan untuk entry kali ni, kalo nak bagi salam tu, better kita ucapkan 'Assalamu'alaikum', takyah guna singkatan2 untuk mengelakkan kekeliruan.. Lagipun memberi salam camtu kan ikut sunnah Nabi.. Kata sayang Nabi, jomlah kita amalkan sunnah baginda S.A.W.. ^_^.

Lagi satu nak kongsi cara2 menjawab salam.


1. Kalo orang bagi salam 'Assalamu'alaikum', kita jawab 'Wa'alaikumussalam warahmatullah'.

2. Kalo orang bagi salam 'Assalamu'alaikum warahmatullah', kita jawab 'Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh'.

3. Kalo orang bagi salam 'Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh', kita jawab 'Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh'.

4. Kalo orang bagi salam 'Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh', kita jawab 'Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh waridhwanuh'.

5. Kalo orang bagi salam 'Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh waridhwanuh', kita jawab 'Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh waridhwanuh'.


Kenapa menjawab salam mesti lebih panjang dari yang memberi salam? Kerana yang memberi salam itu pahalanya lebih banyak dari yang menjawab salam. Oleh sebab nak seimbangkan, itu yang kena jawab panjang bagi yang menjawab. Tapi yang last tu camne? Sama je. Pahala sikit la walaupun jawab panjang2? InsyaALLAH pahala tu sama bagi pemberi dan penjawab salam. Memetik kata2 ustaz Don, kalo yang last tu lepas jawab salam tambah sikit, "Jom aku belanja minum." Tetap lebih dan ada niat yang baik kan? So, pahala pun lebih la.. Hehehe..











Tuesday, June 26, 2012

Amanah Saham Wakaf..



Apa kabo kawan2ku hari ni? Harap2 semuanya sihat dan sentiasa berada di bawah rahmat ALLAH S.W.T.

Alhamdulillah, berpeluang lagi kita bersua di dalam blog aku yang ntah hape2 ni..hehehe.. Tapi blog ni macam pelik lately kan? Tetiba banyak unsur keagamaan menyelit.. Kawan2 takyah le rasa pelik.. Saje je nak share sesuatu yang berguna.. Yela, dulu2 agak hanyut dengan arus duniawi.. Sekarang baru nak ingat ukhrawi.. Semoga apa yang dikongsikan dapat dimanfaatkan ke arah yang berguna.. Nak berdakwah tak layak, diri sendiri pun masih merangkak-rangkak.. So, share le panduan2 yang mungkin berguna untuk diri sendiri dan kawan2 juga.. Dengan harapan semoga ALLAH Memberkati usahaku ini.. Ameen.. So, kawan2 takyahle takut nak jenguk blog ni lagi..^_^

Hari ni nak share information dengan kawan2 ni.. Mmm..pernah dengar tak Amanah Saham Wakaf? Actually masa balik keje semalam, dengar kat radio dalam kete.. Isshh, tak pernah dengar selama ni.. Setahu aku la kan, wakaf ni macam kita ada harta misalnya rumah atau tanah, then kita bagi pada pihak tertentu untuk tujuan agama tanpa urusan jual beli untuk kegunaan ramai.. Kira camtu la, ala korang lagi pandai, lagi faham, aku tak tau nak explain camne..hehehe.. Dan yang seronoknya selagi aset yang diwakafkan tu digunakan, selagi tu la orang yang mewakafkan tu dapat pahala.. Saham akhirat tu kawan2.. Tapi kalo orang macam kita ni nak wakafkan apa kan? Bukan aset extra, aset sendiri pun belum terbeli..hehehe.. Ala, bukan korang je, aku pun sama.. Tapi hati teringin nak buat kebajikan.. Yela, untuk saham akhirat kan, sape tak nak..

So, semalam tu la aku terdengar kewujudan Amanah Saham Wakaf (ASW) ni.. Yang aku dengar tu ASW negeri Johor.. Interesting gak la.. Iklan pendek je.. Then bila balik umah, aku try surf apa dia ASW ni.. Rupa2nya kebanyakan negeri ada ASW sendiri.. Mungkin juga setiap negeri ada.. Aku je yang tak tau.. Tapi disebabkan yang aku dengar tu ASW Johor, dan aku anak Johor, sengaja je check ASW Johor..hehehe.. Then faham gakla apa ASW ni dan camne caranya berfungsi.. Diringkaskan di sini dari apa yang aku faham, ASW ni adalah pelaburan seminima RM 10 (harga seunit) yang kita beli lepas tu kita wakafkan.. Misalnya kita beli 5 unit bersamaan RM 50, kemudian kita wakafkan RM 50 tu pada pihak yang dipertanggungjawabkan.. Duit RM 50 tu akan digunakan bersama-sama duit pelabur lain apabila diperlukan.. Misalnya nak bina masjid ke, bina rumah anak2 yatim ke.. Semuanya yang ke arah kebajikan la.. Maknanya pelaburan ni takdelah dividen macam amanah saham yang lain2 tu.. Kita beli terus wakafkan.. Menarik kan bunyinya? Dah ala2 tertarik ni..hehehe.. InsyaALLAH kalo takde halangan apa2, nak juga melabur dalam ASW ni.. Kalo kawan2 nak tau lebih lanjut, bolehlah layari website Majlis Agama Islam Johor (MAIJ).. Nak surf ASW negeri lain boleh gak.. Tapi yang aku jumpa Johor je, so aku bagi Johor la ye..hehehe.. Saham Wakaf Johor..

Rasanya tujuan aku create entry ni pun dah tercapai, just nak perkenalkan ASW pada yang tak pernah tau macam aku..hehehe.. Pada yang dah tau dan dah invest tu kongsi2kanlah pengalaman anda.. Langkah seterusnya terpulang pada diri kita sendiri.. Semoga perkongsian hari ni dapat memberikan manfaat kepada kita semua.. InsyaALLAH..

“Apabila matinya anak Adam terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah (harta yang diwakafkannya), ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan kepadanya” (Hadis Riwayat Muslim).





Monday, June 25, 2012

Minah Kepochi & Bila Sakit..


Assalamu'alaikum semua..

Apa kabo semuanya arini? Harap2 sihatlah ye.. Camne keje? Takpe, daku faham, tetiap hari Senin je mood semua mesti ke laut..hehehe.. Daku pun seperti itu juga selalunya.. Tapi arini agak rajin le pulak.. Siap dah satu keje.. Alhamdulillah..

So, camne weekend? Hopefully korang semua enjoy ye.. Aku tak gi mana pun, dok umah relax2, rehat2.. Just semalam je gi Alamanda, itu pun sebab nak cari buku.. Kalo tak, idok le teman ni kemana-mana.. Oh ye, plan nak balik kampung tu tak jadi sebab kenduri tak jadi.. Postpone ke next weekend, InsyaALLAH.. Meaning next weekend le balik kampung.. InsyaALLAH.. Aduhai tak sabo nak jumpa cik Huda kepochi.. Rindu sangat kat dia.. Geram je bila dengar nenek Huda citer pasal minah kepoh tu.. Mulut sekarang ni sangat tak reti diam.. Bila orang tanya, suruh atau cakap apa pun, ada je jawapannya..
Berdasarkan citer nenek Huda pada Sabtu malam yang lepas.. Kisah berlaku pada waktu tengahari, hari Sabtu yang sama..

Mama Huda : Kakak, jom tido.. (biasa le budak2 kan ada waktu tido siang)

Huda : Tido kan masa malam, bukan siang..

???

Apa nak jawab? Kalo mak long ada pun, mak long tak tau nak jawab apa.. Huda Huda.. Bijak beno le minah kepoh ni.. Alhamdulillah, semoga membesar sebagai anak yang berguna menjadi penyejuk hati ayah dan mama.. InsyaALLAH..

Sebenarnya tak tau nak citer apa.. Update blog pun kureng, kan? Aku pun perasan.. Takde pape, cuma lately agak busy dan berlaku sedikit pergolakan personaliti dalam diri.. Wahhhh!! Ngeri kan bunyinya..hehehe.. Jangan risau, biasa le tu.. Manusia ni ada ketikanya akan berlaku pergolakan dalam diri.. Well, walau apapun, aku masih lagi aku..

Oh ye, sedikit renungan untuk hari ini.. Semoga bermanfaat untuk kita semua.. InsyaALLAH..

Sesiapa yang selalu sakit tu maknanya ALLAH Sayang kat dia.. Bertuahnya..








Wednesday, June 20, 2012

Do'a Harian Jadikan Amalan..


Assalamu'alaikum kawan2 semua,

Apa kabo semuanya hari ni? Harap2 korang semua berada di dalam keadaan yang menceriakan dan membahagiakan.. Serta sentiasa dilimpahi Rahmat ALLAH S.W.T. InsyaALLAH..

Hari ni aku nak kongsi sesuatu yang boleh kita amalkan.. InsyaALLAH tak susah pun.. Simple je.. Dan rasanya kebanyakan daripada kita pun dah tau pasal ni.. Apa dia? Doa2 harian..^_^. Jom baca kat bawah ni..

Mula2 do'a makan.. Rasanya ramai yang dah hafal, betul tak? Dari tadika dulu dah diajar cikgu.. Tapi amalkan ke? Hehehe.. Takpe, bukan korang je, aku pun sama.. So mulai sekarang kita amalkan sama2 ye..


Bagaimana kalo terlupa nak baca Bismillah sebelum makan? Wah, seronok la si setan dapat makan bersama-sama, iye tak? Buncit la perut dia.. Rezeki rezeki..hehehe.. Takpe, jangan risau, bacalah doa di bawah ni, nescaya apa yang si setan tu dah makan akan keluar semula.. Kebulur la ko jawabnya setan..hahaha.. Ni setan yang tengah memerhati aku buat entry ni mesti anti giler kat aku sebab aku dah pecahkan rahsia dia..hihihi..



Ni pulak do'a nak masuk tandas dan juga bilik air.. Jangan tak tau ini le tempat favourite setan melepak.. Lagi2 waktu azan berkumandang.. Berebut2 depa nak bersembunyi dalam tandas.. So, jangan pi tandas masa azan, nanti jadi geng setan..hehehe.. Nasib le kita tak boleh nampak setan ni dengan mata kasar.. Kalo nampak, rela tak masuk tandas agaknya..kihkihkih..



Jangan lupa jugak bila nak keluar rumah.. Berdo'a supaya ALLAH Pelihara kita walau di mana jua kita berada.. Semoga terhindar daripada anasir2 tak baik yang makin banyak kat luar tu.. InsyaALLAH..


Sebagai tambahan, bacalah Ayatul Kursi ni.. Banyak kelebihannya mengamalkan Ayatul Kursi ni.. Lain entry aku citer k..



Dan sebelum memulakan sebarang perjalanan, jangan lupa juga untuk mengucapkan do'a di bawah ni.. Semoga dijauhkan sebarang kesulitan di dalam perjalanan dan tiba ke destinasi dituju dengan selamat.. InsyaALLAH..


Bila dah penat, dah balik rumah, mesti nak berehat.. Landing atas tilam silap2 terlena terus.. Tapi lebih elok sekiranya berdo'a terlebih dahulu sebelum tido.. Hidup dan mati kita ALLAH yang Menentukan.. Tido ni ibarat mati seketika.. Seandainya esok pagi masih boleh celik mata lagi, Alhamdulillah.. Buatnya tido selama-lamanya.. Jawab le sendiri ye..


Sebagai tambahan, sebelum tido tu lebih baik kalo kita mengucap dua kalimah syahadah, berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W., membaca ayatul Kursi dan membaca surah 3 Qul.. Kalo tak larat, buat le yang termampu..

So, harap2 perkongsian aku kali ni dapat memberi manfaat kepada kita semua.. Mulai sekarang marilah kita sama2 mengamalkannya ye.. Mula2 memang la susah nak ingat sebab tak biasa.. Tapi bak kata orang Melayu kita, alah bisa tegal biasa.. Lama2 secara spontan akan berlaku.. Aku pun baru gak nak amalkan.. Saya budak baru belajar..hehehe..









Monday, June 18, 2012

27 Rejab 1433H..


Assalamu'alaikum semua..

Apa khabar semuanya? Harap2 berada di dalam keadaan yang sihat dan dilimpahi rahmat ALLAH selalu..

Sedar tak sedar dah 28 hari kita berada dalam bulan Rejab.. Cepat sungguh masa berlalu kan.. Dalam jangka masa sebulan lagi kita akan bertemu Ramadhan selepas bulan Sya'ban berlalu, Insya ALLAH.. Terasa macam terlalu cepat sangat tahun 2012 ni berlalu.. Entahlah samada aku sorang yang terasa atau korang pun terasa sama.. Adakah tahun 2012 ni yang dah tak sabar2 nak meninggalkan kita? Oppss, takde makna tersirat dalam ayat tu ye.. Walau apapun yang bakal berlaku, kita pasti akan menempuhinya samada suka atau tidak..

Oh ya, semalam 27 Rejab, pasti semua tahu kan.. Pada 27 Rejab telah berlaku peristiwa agung dalam Islam.. Peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad S.A.W dan pemfardhuan solat 5 waktu.. Malas nak citer panjang2, kalo nak tau detail pasal peristiwa ni, jangan segan2 klik sini ye. Masa Sabtu malam tu seronok dengar program selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W kat tv Al-Hijrah. Wah, ex-kumpulan Ruffedge yang dah menubuhkan kumpulan Mawlid pun ada. Seronok tengok Amir, Azan, Lah pakai jubah camtu. Beruntungnya diorang dapat hidayah ALLAH. Semoga kita pun akan sentiasa diberi hidayah oleh ALLAH S.W.T. supaya sentiasa teguh di atas jalan-Nya. Insya ALLAH..

Camne pulak weekend korang? Semalam aku jumpa Adriana.. Dia datang sini sebab ayah dia nak gi umah cik Irul.. Ada hal sikit.. Disebabkan tak berapa ingat jalan ke sana, dia ajak le mak long sekali.. Then lepas balik dari jumpa cik Irul, kitaorang singgah umah toksu Adriana.. Kat sini gak.. Saja datang.. Neksu tak sudah ajak Adriana datang.. Dari baru lahir sampailah dah berusia 5 bulan baru dapat jejakkan kaki kat umah neksu.. Adriana seperti biasalah, masuk2 je rumah, tengok keliling dulu.. Lain beno umah ni.. Environment lain, beso pun lain..hehehe.. Tapi rasa macam pernah datang.. Oooo masa dalam perut dulu, ibu yang bawak..hikhikhik.. Adriana seperti biasa le.. Tak meragam pun, dia memang seronok dapat jalan2.. Nampak je ayah dalam kete dia dah tau mesti nak gi jalan2.. Takyah gi jauh2, dapat pusing2 area umah pun ok.. Asal naik kete..hahaha.. Balik rumah malam tadi tu mesti happy sesangat.. Golek2 atas tilam.. Membebel sorang2.. Tapi yang tak tahan tu masa sampai ramah, siap gelak2, senyum2 bila kena agah.. Bila dah masuk kete nak balik, bila semua orang panggil, dia buat dek je.. Muka takde perasaan.. Tengok pun macam nak tak nak je.. Silap toleh ke arah lain tu.. Camtu jugaklah kalo mak long dokong dia, ayah atau ibu tegur.. memang dia buat dek je..kahkahkah.. Ikut perangai sape la tu.. Nenek cakap budak temberang ni.. Nak ikut temberang kakak Huda ek?

Cakap pasal kakak Huda, mmmm..tiba2 teringat pulak kat dia.. Rasa rindu pulak kat budak comel tu.. Hari tu balik kampung tak puas main dengan dia.. Balik kampung kenduri kawin, biasa le kan.. Tadi tepon nenek Huda.. Nenek cakap weekend ni kalo jadi, nenek nak wat kenduri arwah.. Bila dengar nenek cakap camtu, tetiba terasa nak balik kampung.. Sesangat-sangatnya.. Serius.. Agaknya nenek Huda pun rindu kat mak long kot camne mak long rindu kat dia..hehehe.. Best gak dapat balik kampung ni.. Hilang sikit stress.. Ala, takde stress apa pun.. Saja nak tukar angin.. Insya ALLAH kalo takde aral, sampai la ke kampung weekend ni.. Semoga ALLAH Permudahkan segalanya..

Ok, cukup sampai di sini untuk hari ini.. Jumpa lagi di next entry.. Bila? Tak tau dan tak boleh nak promise.. Bila diizinkan ALLAH ye.. Jaga diri semua.. ^_^








Friday, June 15, 2012

5 Bulan Sudah..^__^


Assalamu'alaikum semuanya.. Semoga dirahmati ALLAH di Jumaat yang berbahagia ini..

Sebenarnya tak tau nak citer apa pun.. Cuma nak kongsi hasil jalan2 last weekend.. Pegi mana? Mana lagi, seperti biasa le.. Jumpa Adriana comel.. Dah itu yang dekatnya..hehehe.. Adriana dah 5 bulan tapi tak nampak banyak perubahan pun dari sebelum ni.. Cuma nampak makin tinggi.. Badan rasanya tetap maintain, takdelah makin bam bam atau makin susut.. Tapi sekarang dah panjang akal.. Eeee..bukan main lagi dia tau.. Makin bijak dah Adriana mak long ni..

Gerak gi rumah Adriana Sabtu petang dengan cik Irul.. Kebetulan masa sampai dia ngantuk, so di tido la dulu.. Tapi dia tido sekejap2 je.. Dalam setengah jam dah bangun.. Paling lama satu jam la kalo tido siang.. Lepas dia bangun2 tu main2 la sekejap dengan dia.. Amoi cekci.. Kalo amik gambo suka beliakkan mata.. Nasib baik tak terlompat keluar bijik mata tu..hehehe..



Ini kerja ayah Adriana la ni.. Orang tengah nak pakai baju pun dia nak amik gambar.. Dah seksi tahap melampau.. Nasib baik baby.. Kalo orang dewasa dah sensored ni..hihihi..



Siap pakai baju Adriana naik kete Poton.. Nak jalan2.. Sekarang ni dah pandai gerakkan kete sendiri.. Kaki dah kuat dah.. Mana taknya kalo dia tendang terasa tau.. Kuat dia tendang.. Kalo dia tengah baring dan kakinya ligat tendang2 ala kayuh basikal, janganlah dok dekat2.. Silap2 kena tendang dengan amoi ni, tergolek terus..hehehe..

Pastu Ahadnya kuar gi KL.. Cari kain nak buat baju Melayu cik Irul.. Ceh!! Kononnya nak teman dan jadi penasihat cik Irul la.. Tapi bila dah sampai Nagoya, terbentang depan mata banyak pilihan kain, yang takde tujuan pun menyelit sama.. Orang yang nak beli kemana, penasihat kemana.. Masing2 pegang beg hasil pembelian..hihihi.. Adriana je boleh tertido masa ronda2 dalam Nagoya tu.. Biasalah dia kalo jalan2 memang asik tido je.. Naik kete pun tido je.. Kat umah, jap je tido sebab cuaca panas..

Siap je beli kain, terus gi Selayang.. Hantar pada tailor.. Ekspress sungguh.. Pastu singgah kat kedai nenek Adriana.. Borak2 jap pastu balik umah Adriana semula.. Sampai umah dah maghrib.. Lepas je maghrib sebelum mak long dengan cik Irul balik, makan malam dulu kat luar.. Kat sini pun Adriana boleh terlena.. Atas riba mak long la as usual.. Mak long dok bersila atas kerusi.. Setengah jam jugaklah dia tido.. Sebelum makanan sampai hinggalah kitaorang habis makan.. Bila dia bangun je dia tengok atas meja penuh.. Pastu mulut semua orang tengah mengunyah.. Mungkin dia tertanya-tanya, apsal semua orang tak kejutkan saya makan? Oooo..makan senyap2 ye.. kihkihkih.. Sian dia tengok je bila orang makan sebab dia pun dah makan nestum.. So mungkin bila tengok orang makan dia pun terasa lapar gak.. Siap je makan, balik umah Adriana semula.. Pastu baru balik umah mak long.. Seronoknya dapat jumpa budak comel ni..



Muka geram dengan cik Irul.. Tengok le bibirnya tu.. Nasib baik cik Irul tak kena cubit..hehehe..


Tapi ada perangai Adriana yang mak long tak boleh lupa..  Dia suka tiru apa mak long dia buat.. Selalunya bila Adriana dah ngantuk, mak long akan baringkan atas riba then tepuk peha dia slow2.. Nak tau apa dia buat? Bila mak long tepuk peha kiri, dia pun tepuk gak peha kiri tu.. Then bila mak long alih tepuk peha kanan, dia pun sibuk nak tepuk peha kanan gak.. Aduhaiii..comel betul la.. Pastu bila mak long dukung dia, automatik dia akan sombong dengan ayah dan ibu.. Bila ayah dengan ibu panggil, Adriana buat dek je.. Siap toleh arah lain.. Issshh isshh isshhh... Sabo je le..












Thursday, June 14, 2012

Penjelasan Entry Surah Al-Fatihah..


Assalamu'alaikum semua.. Semoga dirahmati ALLAH hendaknya..

Pertamanya aku nak minta maaf kat korang semua.. Sebab semalam aku ada post entry bertajuk 'Berhati-hati Membaca Al-Fatihah'.. Di dalamnya ada menyebut tentang jika kita tersalah sebutan di dalam surah Al-Fatihah, kita telah menyebut nama syaitan.. Dan aku rasa sesiapa yang follow blog aku pun tajuk entry tu yang keluar sebagai latest entry, betul tak?

So, aku nak minta maaf sebab bila korang klik, entry tu tak keluar.. Kenapa tak keluar? Bukan kesilapan teknikal ye.. Sebenarnya aku dah remove entry tu disebabkan tiada sumber sahih tentang kenyataan tersebut.. Seperti kebiasaanya aku copy and paste dengan tujuan aku dapat menyedarkan kawan2 semua supaya berhati-hati ketika membaca Al-Fatihah.. Tapi lepas post tu baru aku check, betul ke ada nama syaitan dalam surah Al-Fatihah? Sebabnya.. Ha!!! Nak tau kenapa boleh terkeluar soalan tu dari hati dan minda aku? Sebab dalam huraian tu ada menyebut ayat terakhir harus dibaca sekali nafas tanpa boleh berhenti.. Dan ditakdirkan malam tadi aku menonton program 30 minit bersama Ustaz Don.. Program dimulakan dengan ummul Qur'an iaitu surah Al-Fatihah.. Tapi.. Ha, ada tapinya.. Ustaz Don ada berhenti pada pertengahan ayat terakhir tu.. Sebelum menyambung pada perkataan 'ghair....' hingga habis ayat. So disebabkan itu, timbullah persoalan di minda dan hati aku ni.. Surf la dalam internet nak cari kesahihannya.. Then aku terjumpa satu blog yang dapat menjawab persoalan aku ni.. Nak huraikan panjang sangat.. So aku bagi link saja la ye.. Korang boleh baca kat sini.

So kesimpulannya di sini, sebelum ingin memaparkan sesuatu lebih2 lagi berkaitan dengan ayat ALLAH, lebih baiklah kita mengkaji kesahihannya.. Sesungguhnya aku ini adalah hamba ALLAH yang sering terlupa dan sering terpedaya dengan kekhilafan sendiri..

Maaf ye kawan2 semua.. Semoga ALLAH Mengampunkan kesalahan aku ni yang boleh menjadi permulaan kepercayaan karut.. Astaghfirullah Al-'Azim..









Tuesday, June 5, 2012

Vroom.. Vroommm..


To fresh up my mind today, I decided to put this cute photo here.. Betul, memang cute tambahan lagi dengan mulut yang muncung tu.. Just bayangkan dia tengah buat bunyi sendiri, vroom vroom, tak ke cute tu..kihkihkih.. Adriana.. Adriana.. Dah ada kete Poton ye sekarang.. Nak gi mana tu? Nak balik umah nenek ke? Hehehe..


Tengoklah aksinya tu.. Macam ye ye je.. Padahal baru je 5 bulan, duduk pun tak pandai lagi.. Nanti dah pandai duduk, kaki dah kuat bolehlah naik kete Poton ye.. Pusing2 dalam umah..hehehe.. Gaya pro dah ada.. Kira bolehlah tu.. Dah pass dah.. Jadi big bos nanti ek.. Conquer satu umah..hehehe..











Friday, June 1, 2012

Ah, So Sweet.. ^.^


Our sweethearts.. Kakak Huda sangat sayang pada adik bam-bam.. Minum susu pun nak baring sebelah adik bam-bam.. Berusaha sedaya upaya pegang adik bam-bam supaya tak tergolek walaupun selepas pegang dia mengeluh, beratlah adik bam bam ni.. ^___^

Both of you are the light of our family.. May ALLAH Bless both of you forever..