Assalamu'alaikum semua..
Apa khabar semuanya? Harap2 berada di dalam keadaan yang sihat dan dilimpahi rahmat ALLAH selalu..
Sedar tak sedar dah 28 hari kita berada dalam bulan Rejab.. Cepat sungguh masa berlalu kan.. Dalam jangka masa sebulan lagi kita akan bertemu Ramadhan selepas bulan Sya'ban berlalu, Insya ALLAH.. Terasa macam terlalu cepat sangat tahun 2012 ni berlalu.. Entahlah samada aku sorang yang terasa atau korang pun terasa sama.. Adakah tahun 2012 ni yang dah tak sabar2 nak meninggalkan kita? Oppss, takde makna tersirat dalam ayat tu ye.. Walau apapun yang bakal berlaku, kita pasti akan menempuhinya samada suka atau tidak..
Oh ya, semalam 27 Rejab, pasti semua tahu kan.. Pada 27 Rejab telah berlaku peristiwa agung dalam Islam.. Peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad S.A.W dan pemfardhuan solat 5 waktu.. Malas nak citer panjang2, kalo nak tau detail pasal peristiwa ni, jangan segan2 klik
sini ye. Masa Sabtu malam tu seronok dengar program selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W kat tv Al-Hijrah. Wah, ex-kumpulan Ruffedge yang dah menubuhkan kumpulan Mawlid pun ada. Seronok tengok Amir, Azan, Lah pakai jubah camtu. Beruntungnya diorang dapat hidayah ALLAH. Semoga kita pun akan sentiasa diberi hidayah oleh ALLAH S.W.T. supaya sentiasa teguh di atas jalan-Nya. Insya ALLAH..
Camne pulak weekend korang? Semalam aku jumpa Adriana.. Dia datang sini sebab ayah dia nak gi umah cik Irul.. Ada hal sikit.. Disebabkan tak berapa ingat jalan ke sana, dia ajak le mak long sekali.. Then lepas balik dari jumpa cik Irul, kitaorang singgah umah toksu Adriana.. Kat sini gak.. Saja datang.. Neksu tak sudah ajak Adriana datang.. Dari baru lahir sampailah dah berusia 5 bulan baru dapat jejakkan kaki kat umah neksu.. Adriana seperti biasalah, masuk2 je rumah, tengok keliling dulu.. Lain beno umah ni.. Environment lain, beso pun lain..hehehe.. Tapi rasa macam pernah datang.. Oooo masa dalam perut dulu, ibu yang bawak..hikhikhik.. Adriana seperti biasa le.. Tak meragam pun, dia memang seronok dapat jalan2.. Nampak je ayah dalam kete dia dah tau mesti nak gi jalan2.. Takyah gi jauh2, dapat pusing2 area umah pun ok.. Asal naik kete..hahaha.. Balik rumah malam tadi tu mesti happy sesangat.. Golek2 atas tilam.. Membebel sorang2.. Tapi yang tak tahan tu masa sampai ramah, siap gelak2, senyum2 bila kena agah.. Bila dah masuk kete nak balik, bila semua orang panggil, dia buat dek je.. Muka takde perasaan.. Tengok pun macam nak tak nak je.. Silap toleh ke arah lain tu.. Camtu jugaklah kalo mak long dokong dia, ayah atau ibu tegur.. memang dia buat dek je..kahkahkah.. Ikut perangai sape la tu.. Nenek cakap budak temberang ni.. Nak ikut temberang kakak Huda ek?
Cakap pasal kakak Huda, mmmm..tiba2 teringat pulak kat dia.. Rasa rindu pulak kat budak comel tu.. Hari tu balik kampung tak puas main dengan dia.. Balik kampung kenduri kawin, biasa le kan.. Tadi tepon nenek Huda.. Nenek cakap weekend ni kalo jadi, nenek nak wat kenduri arwah.. Bila dengar nenek cakap camtu, tetiba terasa nak balik kampung.. Sesangat-sangatnya.. Serius.. Agaknya nenek Huda pun rindu kat mak long kot camne mak long rindu kat dia..hehehe.. Best gak dapat balik kampung ni.. Hilang sikit stress.. Ala, takde stress apa pun.. Saja nak tukar angin.. Insya ALLAH kalo takde aral, sampai la ke kampung weekend ni.. Semoga ALLAH Permudahkan segalanya..
Ok, cukup sampai di sini untuk hari ini.. Jumpa lagi di next entry.. Bila? Tak tau dan tak boleh nak promise.. Bila diizinkan ALLAH ye.. Jaga diri semua.. ^_^
0 Kata-Kata Hikmat:
Post a Comment