Thursday, June 14, 2012

Penjelasan Entry Surah Al-Fatihah..


Assalamu'alaikum semua.. Semoga dirahmati ALLAH hendaknya..

Pertamanya aku nak minta maaf kat korang semua.. Sebab semalam aku ada post entry bertajuk 'Berhati-hati Membaca Al-Fatihah'.. Di dalamnya ada menyebut tentang jika kita tersalah sebutan di dalam surah Al-Fatihah, kita telah menyebut nama syaitan.. Dan aku rasa sesiapa yang follow blog aku pun tajuk entry tu yang keluar sebagai latest entry, betul tak?

So, aku nak minta maaf sebab bila korang klik, entry tu tak keluar.. Kenapa tak keluar? Bukan kesilapan teknikal ye.. Sebenarnya aku dah remove entry tu disebabkan tiada sumber sahih tentang kenyataan tersebut.. Seperti kebiasaanya aku copy and paste dengan tujuan aku dapat menyedarkan kawan2 semua supaya berhati-hati ketika membaca Al-Fatihah.. Tapi lepas post tu baru aku check, betul ke ada nama syaitan dalam surah Al-Fatihah? Sebabnya.. Ha!!! Nak tau kenapa boleh terkeluar soalan tu dari hati dan minda aku? Sebab dalam huraian tu ada menyebut ayat terakhir harus dibaca sekali nafas tanpa boleh berhenti.. Dan ditakdirkan malam tadi aku menonton program 30 minit bersama Ustaz Don.. Program dimulakan dengan ummul Qur'an iaitu surah Al-Fatihah.. Tapi.. Ha, ada tapinya.. Ustaz Don ada berhenti pada pertengahan ayat terakhir tu.. Sebelum menyambung pada perkataan 'ghair....' hingga habis ayat. So disebabkan itu, timbullah persoalan di minda dan hati aku ni.. Surf la dalam internet nak cari kesahihannya.. Then aku terjumpa satu blog yang dapat menjawab persoalan aku ni.. Nak huraikan panjang sangat.. So aku bagi link saja la ye.. Korang boleh baca kat sini.

So kesimpulannya di sini, sebelum ingin memaparkan sesuatu lebih2 lagi berkaitan dengan ayat ALLAH, lebih baiklah kita mengkaji kesahihannya.. Sesungguhnya aku ini adalah hamba ALLAH yang sering terlupa dan sering terpedaya dengan kekhilafan sendiri..

Maaf ye kawan2 semua.. Semoga ALLAH Mengampunkan kesalahan aku ni yang boleh menjadi permulaan kepercayaan karut.. Astaghfirullah Al-'Azim..









0 Kata-Kata Hikmat: