Wednesday, June 20, 2012

Do'a Harian Jadikan Amalan..


Assalamu'alaikum kawan2 semua,

Apa kabo semuanya hari ni? Harap2 korang semua berada di dalam keadaan yang menceriakan dan membahagiakan.. Serta sentiasa dilimpahi Rahmat ALLAH S.W.T. InsyaALLAH..

Hari ni aku nak kongsi sesuatu yang boleh kita amalkan.. InsyaALLAH tak susah pun.. Simple je.. Dan rasanya kebanyakan daripada kita pun dah tau pasal ni.. Apa dia? Doa2 harian..^_^. Jom baca kat bawah ni..

Mula2 do'a makan.. Rasanya ramai yang dah hafal, betul tak? Dari tadika dulu dah diajar cikgu.. Tapi amalkan ke? Hehehe.. Takpe, bukan korang je, aku pun sama.. So mulai sekarang kita amalkan sama2 ye..


Bagaimana kalo terlupa nak baca Bismillah sebelum makan? Wah, seronok la si setan dapat makan bersama-sama, iye tak? Buncit la perut dia.. Rezeki rezeki..hehehe.. Takpe, jangan risau, bacalah doa di bawah ni, nescaya apa yang si setan tu dah makan akan keluar semula.. Kebulur la ko jawabnya setan..hahaha.. Ni setan yang tengah memerhati aku buat entry ni mesti anti giler kat aku sebab aku dah pecahkan rahsia dia..hihihi..



Ni pulak do'a nak masuk tandas dan juga bilik air.. Jangan tak tau ini le tempat favourite setan melepak.. Lagi2 waktu azan berkumandang.. Berebut2 depa nak bersembunyi dalam tandas.. So, jangan pi tandas masa azan, nanti jadi geng setan..hehehe.. Nasib le kita tak boleh nampak setan ni dengan mata kasar.. Kalo nampak, rela tak masuk tandas agaknya..kihkihkih..



Jangan lupa jugak bila nak keluar rumah.. Berdo'a supaya ALLAH Pelihara kita walau di mana jua kita berada.. Semoga terhindar daripada anasir2 tak baik yang makin banyak kat luar tu.. InsyaALLAH..


Sebagai tambahan, bacalah Ayatul Kursi ni.. Banyak kelebihannya mengamalkan Ayatul Kursi ni.. Lain entry aku citer k..



Dan sebelum memulakan sebarang perjalanan, jangan lupa juga untuk mengucapkan do'a di bawah ni.. Semoga dijauhkan sebarang kesulitan di dalam perjalanan dan tiba ke destinasi dituju dengan selamat.. InsyaALLAH..


Bila dah penat, dah balik rumah, mesti nak berehat.. Landing atas tilam silap2 terlena terus.. Tapi lebih elok sekiranya berdo'a terlebih dahulu sebelum tido.. Hidup dan mati kita ALLAH yang Menentukan.. Tido ni ibarat mati seketika.. Seandainya esok pagi masih boleh celik mata lagi, Alhamdulillah.. Buatnya tido selama-lamanya.. Jawab le sendiri ye..


Sebagai tambahan, sebelum tido tu lebih baik kalo kita mengucap dua kalimah syahadah, berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W., membaca ayatul Kursi dan membaca surah 3 Qul.. Kalo tak larat, buat le yang termampu..

So, harap2 perkongsian aku kali ni dapat memberi manfaat kepada kita semua.. Mulai sekarang marilah kita sama2 mengamalkannya ye.. Mula2 memang la susah nak ingat sebab tak biasa.. Tapi bak kata orang Melayu kita, alah bisa tegal biasa.. Lama2 secara spontan akan berlaku.. Aku pun baru gak nak amalkan.. Saya budak baru belajar..hehehe..









0 Kata-Kata Hikmat: