Semoga korang semua sihat ye hari ni.. Bagi yang kurang sihat tu jangan lupa makan ubat supaya kembali sembuh seperti biasa.. Dan jangan lupa baca bismillah dengan niat bertawakkal kepada ALLAH sebab ubat tu hanya medium tapi yang menyembuhkan tu adalah ALLAH S.W.T..
Hari ni saja nak bercerita tentang kisah surprise birthday celebration untuk ibu Adriana last week.. Alah bukannya celebration besar pun, just husband bagi surprise kat wife tersayang..
Hari Selasa minggu lepas 4/12/2012 besday ibu Adriana.. Huda pulak 3/12/2012.. Nenek pulak 10/12/2012.. Memang dah cantiklah tu.. Geng Disember..hehehe.. Ayah Adriana saja nak surprisekan bini dia.. Mamat ni kalo bab romantik2 memang fail.. Tapi disebabkan hari istimewa isteri tersayang, cuba gak la jadi romantik sikit..hihihi.. Disebabkan bini dia teringin nak makan kek aiskrim, so dia pun minta tolong kakak dia ni suh survey and order kek aiskrim tu.. Survey2 jumpa la kat King's Confectionary di IOI Mall tu.. Nasib baik dekat dengan umah.. Senang sikit nak amik.. Order seminggu awal.. So hari Selasa tu dah plan nak keluar opis on time 5.30 petang sebab tak nak lambat sampai umah Adriana.. Tetiba 10 minit lagi sebelum opis tutup, hujan pun turun dengan selebat-lebatnya.. Siap dengan guruh berdentum kilat sabung menyabung lagi.. Aduhai, camne nak pegi ni.. Tunggu punya tunggu takde tanda nak reda pun.. Masa makin berjalan.. Last2 redah je la.. Terus gi IOI mall amik kek dan menuju ke rumah Adriana.. 10 minit sebelum kul 7 malam sampai la kat umah Adriana.. Sebelum bertolak tu dah SMS ayah Adriana suruh dia keluar bila dengar bunyi kete berhenti kat luar rumah.. Maklum le nak buat surprise, kenalah senyap2 kan..
Bila sampai je ayah Adriana pun keluar.. Pastu amik kek dan slow2 bawa masuk dalam umah.. Siap nyanyi lagu hepi besday lagi.. Peh!! Memang romantik sungguh la.. Tapi kelako pulak aku tengok sebab tak pernah nampak dia camtu kan.. Rasa nak ketawa pun ada tapi ku tahan.. Mana boleh spoil mood romantik orang..hehehe.. Ibu Adriana senyum je tengok laki dia bawa masuk kek.. Tapi Adriana tersengih lebar.. Dia yang terlebih excited bila nampak kek.. Maklumlah makanan kan.. Dia memang suka makan.. Rezeki2.. Bila letak je kek atas lantai, laju je anak dara tu terpa sebab ada strawberi.. Mesti dia rasa geram nak amik strawberi tu sebab nampak cantik.. Dalam fikiran dia mesti sedap sebab warna strawberi tu merah dan nampak menarik..hihihi..
Happy Birthday & Happy 2nd Wedding Anniversary.. ^__^
Kek aiskrim coklat yang cukup menggoda deria rasa.. Sedappp..
Nyam nyam nyam.. Sedapnya..
Kiri kanan tangan berfungsi.. Sejuk belakang kira..
Nyam nyam nyam.. Mata sambil tengok iklan kat TV..
Eee apa pandang2 ni? Nak amik stoberi Adriana ek? Tak boleh tak boleh..
Ayarkk!! Masam rupanya rasa stoberi ni..
Licin pinggan sampai cair aiskrim dikerjakan Adriana..
Hehehe.. Adriana suka kek ni.. Sedap..
(suka sangat menyengih camtu sekarang ni.. nak tunjuk gigi la tu)
Papp!! Alamak, apa sudah jadi?
Kahkahkah.. Teringin nak pakai masker ke? Ini memang masker terbaek pernah jumpa.. 2 in 1.. Boleh dimakan dan dibuat masker sekali..kehkehkeh..
Hahaha.. Tengoklah budak comot ni satu badan kena aiskrim..
Comot tak comot, makan tetap diteruskan..
Ayarkk!! Terlupa pulak yang stoberi ni masam..huhuhu..
Itulah kisah Adriana dan stoberinya.. Dia yang terlebih excited.. Tapi sangat menghiburkan la gelagat budak comel ni.. Tak kering gusi kitaorang tengok ragamnya.. Tak kisahlah kan Adriana, besday ke apa ke yang penting ada makan2.. Memang Adriana memberi full commitment..hehehe..
Malamnya pulak kitaorang pegi dinner kat D' Arab Cafe.. Makan nasi arab dengan lamb and chicken kabsah.. Amik combo untuk 3 orang je.. Itu pun tak habis makan.. Siap tapau bawak balik..
Duta D' Arab Cafe pada malam tu sebab kitaorang je yang ada.. Bising betul dia ketuk tin tu..
Tengoklah tu, bukan reti nak diam..
Inilah hidangan istimewa kami malam tu.. Nasi arab dengan kambing dan ayam kabsah.. Nasinya sedap.. Makan camtu je pun dah sedap.. Ayam dengan daging kambingnya lembut je.. Yang tepi tu salad arab kot.. Camne rasanya? Cam rasa salad la..hehehe..
Tengoklah betapa besarnya hidangan kombo ni.. Banyak giler nasi dia.. Tak habis pun, tapau buat sarapan Adriana esoknya..hehehe..
Muka ayah Adriana puas hati la tu dapat makan nasi arab akhirnya.. Yang dalam mangkuk tu sup kot tapi aku tak suka sebab rasa macam air rebusan rempah ratus (ala yang cengkih, kayu manis n the geng tu)
Dah pandai sedut air guna straw..
Hahaha seronoknya saya dapat makan nasi arab hari ni..
0 Kata-Kata Hikmat:
Post a Comment