Monday, December 10, 2012

Rahmati & Berkati Ibuku, Ya ALLAH..



Selamat berhari Isnin semua walaupun hanya tinggal beberapa jam je..hehe.. Dan hari ni juga merupakan ulangtahun kelahiran mak aku yang tersayang.. Yang ke-56 tahun..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan kesihatan yang baik kepada mak.. Semoga limpahan rahmat dan barakah-Nya akan sentiasa mengiringi mak walau di mana jua mak berada.. Juga kepada abah.. Semoga mak dan abah akan bahagia bersama di dunia hingga akhirat.. Ameenn..

Untuk mak, jutaan terima kasih kami ucapkan..

Terima kasih mak kerana sanggup menahan kesakitan sewaktu melahirkan kami ke dunia ni.. 
Terima kasih mak kerana sanggup bersengkang mata melayan kerenah kami di tengah2 malam sewaktu orang lain sedang enak dibuai mimpi.. 
Terima kasih mak kerana telah memandikan dan membersihkan kami di waktu kecil kami..
Terima kasih mak kerana telah memasakkan makanan untuk kami agar kami tidak kelaparan..
Terima kasih mak kerana telah membasuhkan pakaian kami di saat tiada kemudahan teknologi..
Terima kasih mak kerana telah bekerja untuk membantu menambah pendapatan keluarga agar kehidupan kita lebih selesa..
Terima kasih mak kerana tetap bersabar dengan perangai kami yang pelbagai ini..

Demi ALLAH, sememangnya kami tidak akan mampu membalas segala jasa mak sewaktu membesarkan kami.. Semoga ALLAH Membalas semua jasa mak dengan syurganya.. Ameenn..

Terima kasih sekali lagi mak.. Kak long dan adik2 sangat2 sayangkan mak.. Semoga keluarga kita diberkati dan dilimpahi rahmat ALLAH sentiasa.. Ameennnn ya ALLAH..




0 Kata-Kata Hikmat: