Wednesday, March 14, 2012

Saaaayang Huda..


Alahai, siannya.. Dah lama baru nak buat entry pasal Huda.. The latest of Huda masa balik kampung aritu.. Sori ye sayang, mak long tak sempat nak update.. Tapi jangan risau, mak long tetap sayang kak Huda yang comel ni..hehe.. Rasa macam dah besar sangat je Huda ni.. Padahal baru je 2 tahun.. Mungkin sebab dia tergolong dalam kategori kanak-kanak yang bijak (bukan riak ye, hasil daripada pemerhatian), fast learner and catch up.. Alhamdulillah, semoga kebijaksanaan itu tidak akan disalahgunakan nanti..hehehe..

Masa balik aritu kakak Huda demam, batuk dan selsema.. Sian dia.. Maklumlah kat taska bila sorang demam, semuanya demam.. Nak kata antibodi dia lemah, mak long pun terkena jangkitan daripada Huda bila balik ke sini.. So, consider as normal la kan (atau pun mak long dah tua? huahuahuahua..). Siang hari kakak Huda ligat je main, lari ke sana sini.. Tambahan lagi ramai ada nak layan dia, memang seronoklah dia.. Bila malam baru badan tu panas.. Budak2 bila badan tak sihat, kadang2 meragam la.. Tu yang macam2 kerenah tak macam biasa.. Tapi sekarang ni dah sembuh.. Cuma kesan batuk2 tu ada lagi.. Suara pun still serak2 sikit.. Alhamdulillah.. Semoga Huda mak long akan sembuh sepenuhnya ye..

Meh sini, mak long nak share gambar terbaru kakak Huda akhir bulan lepas.. Even middle of February mak long ada upload gambar dia.. Tak banyak yang berubah, cuma rambut Huda yang kat depan tu dah selamat dipotong oleh nenek..hahahaha.. Rimas sangat tengok cucuk mata, nenek pun potong je la.. Nasib baik time tu mood dia ok, nak, dapatlah dipotong.. Kalo dia cakap tak nak, takde maknanya la.. Mungkin sebab nenek yang suruh kot, sebab tu la dia nak.. Cucu nenek la katakan..hehehe..











Akhirnya siap gak upload gambo kakak Huda.. Seriously kakak Huda dah nampak macam big sister sekarang ni.. Semoga tak lama lagi kakak Huda akan dapat adik ye.. Seronoknya bila dah makin ramai anak buah.. Macam2 kerenah la nanti.. Jangan atok dengan nenek pening nanti, sudah la..hehehe.. Atok cakap kalo sorang dua boleh layan lagi.. Kalo dah makin ramai, tak tau la camne nanti.. Tapi for sure setiap cucu akan disayangi oleh atok dan neneknya.. Dan mak long pun pasti akan menyayangi semua anak buah mak long nanti.. Coz in your blood, there is also flowing my blood.. Since we come from the same origin.. Love you all so muchhhh....






0 Kata-Kata Hikmat: