Thursday, March 22, 2012

My Best Cinguya..


Masa korang sekolah dulu, apa subjek yang korang paling suka? Means favourite subject la.. Aku sangat suka Matematik atau glamer dengan panggilan Maths..hahahaha.. Aku sangat suka Maths.. Boleh dikatakan setiap kali exam, result Maths aku antara yang terbaik.. Tapi ada jugak kawan2 aku yang dapat markah lagi tinggi.. Selalunya kalo aku bukan top scorer, aku jatuh di tempat ke-2 atau ke-3 camtu la.. Tapi still in top 3 apa.. Not bad la kan.. Sorrylah, bukan nak riak, cuma agak bangga gak dengan otak aku ni..hehehe..

Masa sekolah rendah, muka aku akan ada setiap tahun dalam majlis penyampaian hadiah.. Cuma masa darjah 1 takde.. Aku dapat nombor 4.. Ala, budak2 baru setahun sekolah.. Bukannya faham lagi nak compete dengan orang lain.. Start darjah 2, aku masuk dalam list.. Masa tu dapat nombor 2.. Nombor 1, best friend aku, Farrah.. Then darjah 3, aku pulak nombor 1, Farrah nombor 2.. Darjah 4, Farrah semula nombor 1, aku kalah di nombor 2.. Then darjah 5, switch tempat semula, aku nombor 1, dia nombor 2..

Farrah bertukar ke sekolah aku masa dia darjah 2 sebab bapak dia baru pindah.. Masa Farrah baru2 masuk, dia selalu kena ejek.. Farrah ni cantik, macam hindustan.. Mata dia cantik tapi tak taulah kenapa sorang budak pompuan ni panggil dia juling.. Sian Farrah.. Masa tu pulak budak2, memang senang la terikut-ikut.. Bila sorang ejek, yang lain pun ejek.. Aku pun lupa aku ada terpanggil sama atau tak.. Kalo ada, aku minta maaf ek Farrah..hehehe.. Tapi aku pun tak ingat camne aku boleh rapat dengan Farrah.. We became close friends.. Sangat rapat.. Dari darjah 2 sampai darjah 6, kitaorang dok dalam kelas yang sama.. Tempat duduk pun sebelah2.. Gi rehat sama2.. Kadang2 balik sekolah bila jalan kaki, kitaorang balik sama2.. Pastu split sebab rumah Farrah lebih dekat dengan sekolah daripada rumah aku.. Cuma separuh jalan je guna laluan yang sama.. Farrah pun pandai.. Kitaorang belajar sama2 tapi dalam masa yang sama compete to each other.. Persaingan yang sihat.. Itulah sebabnya kitaorang je yang conquer top 2 dalam kelas.. Dari darjah 2 sampai 5.. Tapi darjah 6, kitaorang pindah ke kelas pandai, kelas A.. So persaingan lagi sengit, aku dapat nombor 2.. Tapi Farrah tak sure dapat nombor berapa, but still in top 10 even not in top 3.. Sebelum tu kitaorang kat kelas B..

Masuk ke sekolah menengah, kitaorang masih di kelas yang sama tapi ada subjek yang kitaorang tak amik sesama.. Dan masa kat Form 1, hubungan kitaorang slow2 renggang.. Tempat duduk dah jauh.. Barisan assembly aku kat depan sebab pendek, dia kat belakang sebab tinggi.. So, dah jarang la bersama in all time.. Pastu aku nampak, dia makin rapat dengan sorang budak pompuan ni.. Gi mana2 sesama.. Even study group pun sama.. Aku takde dalam group tu.. Kiranya masa tu macam buat hal masing2 la.. To be honest, aku terasa gak masa tengok dia selalu dengan budak pompuan tu.. Yelah, korang pun mesti akan terasa, kawan yang selalu dengan korang tiba2 jauh dengan korang.. Sampai ada kawan2 yang lain tanya aku, aku tak kisah ke, tak marah ke bila Farrah makin rapat dengan budak pompuan tu.. Aku jawab la nak marah apa pulak, dah itu pilihan dia.. Lagipun masa tu aku pun dah rapat dengan budak pompuan lain.. Itulah jawapan yang kuar dari mulut aku tapi dalam hati sedih beb..hukhuk.. Tengoklah betapa rapatnya kitaorang sampaikan kawan2 lain pun nampak and concern bila kitaorang mula renggang..hehehe.. Tapi kitaorang still friends sampai sekarang..

Then bila lepas SPM, masing2 dah membawa haluan yang berbeza.. Bila dah keje, tempat berbeza, dia kat Johor aku kat Selangor.. Kebetulan dia pun kawin awal.. Bila dah ada keluarga, concentrate pada keluarga.. Tak boleh nak lepak2 macam orang bujang.. Nak jumpa pun susah.. Dalam setahun belum tentu dapat jumpa.. Dan sekarang Farrah ada kat Jubail, Saudi Arabia.. Ikut suami yang bekerja di sana.. Makin jauh jarak kami sekarang.. Tapi aku tau dia sangat happy kerana walaupun jauh, dia dapat bersama suami dan anak2.. Susah dan senang bersama-sama.. Dan aku pun sangat happy bila kawan baik aku happy.. Insya ALLAH, kita akan berjumpa lagi..

To my best friend Farrah, always take care of yourself.. We are very far now.. But when you were still here, it was also quite hard for us to meet each other.. Insya ALLAH, on one fine day, we will meet again.. I love you and miss you always, my dearest friend.. I'll pray for the best in your life.. Thank you for being such a very good friend to me..




P/S : Err..actually aku nak citer pasal subjek yang aku suka masa sekolah dulu tapi ni macam dah lari dari topik la pulak.. Takpela, dah siap pun kan.. Lain kali la citer pasal subjek tu..kihkihkih..












0 Kata-Kata Hikmat: