Tuesday, March 27, 2012

Taraaaa!!


Taraaa!!!!

Akhirnya berubah juga layout blog ni.. Amacam? Comel tak? Pororo lagi..hehehe.. Siap ada snow turun.. Jangan jeles.. Cool je bila baca blog ni nanti kan? Warna pun ceria.. Biru.. Takdela nampak dull dan letih cam sebelum ni.. Amik mood baru..hehe.. Semangat baru.. Azam baru.. Nak jadi blogger yang lebih aktif.. Rajin update blog walaupun tak setiap hari.. Takdelah 2 entri je dalam sebulan..hehehe..

Tapi kenapa katun ek? Kan aku dah cakap sebelum ni, aku suka tengok katun.. Kebetulan masa surf blog layout, terjumpa layout Pororo ni.. Nampak cute and cool.. Katun lain pun ada tapi kebanyakannya anime Jepun.. Anime ni pun aku suka gak tengok tapi nampak cam serius sangat la plak.. So, after went through all pages of layout, aku decide nak guna layout ni.. Pororo yang comel.. Pada sape yang tak familiar dengan Pororo ni, aku nak bagitau dia adalah katun yang berasal dari Korea dan sangat famous di sana.. Dah ala2 icon untuk Korea gak.. Pororo ni seekor penguin yang tinggal di sebuah kampung bersama kawan-kawannya.. Aku tau pasal Pororo ni pun masa tengok rancangan Immortal Song.. Pengacaranya Kim Gura selalu mention sorang peserta, Shin Yongjae ala2 Pororo.. Hero yang tak berapa handsome..hahaha.. Okla tu, walaupun tak handsome tapi boleh jadi hero dan semua orang kenal.. Ko ada? Setakat berangan bolehlah..hehehe.. Tapi to be truth, aku pun tak pernah tengok katun Pororo ni.. Sebab tak pernah ditayangkan kat Malaysia.. Kalo Keroro tu pernahlah.. Kalo korang nak tau lebih lanjut pasal Pororo ni, bolehlah klik sini.

Well, aku suka dengan penampilan baru ni.. Rasa muda jek walaupun hakikatnya dah makin berusia..huhu.. Takpe, janji jiwa tetap muda kan.. Tu yang nampak cam 20 tahun jek..huahuahuahua.. Jangan pengsan dengan pengakuan ikhlas aku tu ek..hahahahhahahahhahahaha.. So, mulai sekarang aku akan cuba lebih aktif dalam blogging ni ye.. Walaupun takde apa yang nak diceritakan, aku akan cuba juga reka citer untuk diletakkan dalam blog ni.. Peh!! Macam tu sekali effect layout baru.. Semangat membara-bara..hahahahaha.. Dan aku harap korang pun tak akan jemu membaca blog aku yang ntah hape2 ni..hehehe.. So, secara officialnya aku nak ucapkan selamat datang kepada semua pembaca blog ni.. Bersempena dengan layout baru..^_^









0 Kata-Kata Hikmat: