Arini rasa nak letak gambo Adriana bam bam la dalam blog ni.. Selalunya segala yang berkaitan family, aku letak dalam blog 'Keluargaku', cuba tengok kat kanan blog ni, ada satu blog dok sorang2 kan? Ha, itulah blog family aku.. Saje je nak simpan segala memori terindah dalam tu.. Betul tak? Waktu bersama family adalah waktu paling best dalam hidup.. Apatah lagi bila dah dok sendiri dan berjauhan, sesekali bila dapat balik kampung, berkumpul ramai2, terasa nikmatnya saat tu.. Itu pada aku la.. Tapi tak taulah kalo korang ada yang tak suka balik kampung ke, malas nak jumpa family ke.. Boring asyik tengok muka diorang.. Tapi bagi aku, I love my family so much.. I love my parents soooo muchhh.. They make me like this today.. Whatever you see good in me, it is from them.. Whatever bad thing I did, it was because of my silly and stupid action and decision.. Nothing to do with them.. Coz they will do the best they can to give us the best in life.. I think every parents like that, right? And I hope I can give them the best in their life also..
Dah lama takde citer pasal family aku dalam blog ni kan? Well, dah ada blog family, watpe nak kecoh2 kat sini.. Betul tak? Tapi ntah, nape ntah rasa macam nak letak kat sini plak arini..(panjang betul entry, gambar tak letak2 jugak..hahaha..). Jangan marah aaa...hehehe..
Comel tak budak bam bam ni? Makin bulat sekarang ni..hahaha.. Gambar ni ayah Adriana yang MMS.. Dia cakap si bam bam ni nangis, ntah tetiba ngamuk.. Tak nak berenti.. Last-last amik toto kecik, masukkan dalam bakul jual buah yang empat segi tu, masukkan dia dalam tu.. Terus stop nangis.. Tengoklah muka dia tu, baik je.. Sungguh suci..kihkihkih.. Tapi kuat ngamuk tu.. Kalo tak dapat masukkan jari dalam mulut, marah.. Terus ngamuk.. Apalah bam bam ni.. Dia yang tak reti buat, nak ngamuk2 pulak..hehehe.. Tengoklah badan dia.. Makin bulat.. Lagi seminggu ni nak masuk 3 bulan tapi berat dah 2 kali ganda masa lahir aritu.. Semangat betul budak bam bam ni.. Tak sabar nak jumpa dia la..
Ini pulak budak bam bam yang dah tak berapa nak bam bam.. 2 tahun lepas, dia pun tak kurang bam bamnya..hehehe.. Inilah kakak Huda sekarang.. Nampak tinggi la dia sekarang.. Padahal baru 2 tahun 3 bulan.. Beli baju pun cari saiz 3 tahun.. Ayah dengan mama tinggi, anak pun tinggi la.. Budak ni dah jadi minah kepoh.. Mulut tak reti diam, macam bertih goreng.. Ada je citernya.. Nenek beli kabinet dapur baru pun sibuk tanya nenek baru beli ek.. Kalo sekali takpe gak, ni berulang-ulang kali.. Penat nenek nak bagi jawapan yang sama berulangkali..hahahaha.. Kakak ni comel la.. Sweet je mak long tengok.. Bulan 5 nanti dia nak naik kapal terbang gi Langkawi.. Cuti2 Malaysia.. Bestnya.. Nanti jangan lupa belikan mak long coklat banyak2 ek.. Mak long kan hantu coklat..hehehe..
Mmm..rindu la kat dua orang budak comel ni.. Dua2 mak long sayang sangat2 tau.. Nanti kita plan gi cuti2 Malaysia satu big family k.. Seronoknya dapat gi cuti2 dengan family.. Atok dengan nenek pun dapat gi jalan2.. Dulu anak kecik2, kewangan pun biasa2 je.. Alhamdulillah, takdelah sampai merempat meminta sedekah nak makan.. Tapi nak gi jalan2 tu takdelah.. Tapi sekarang kami semua dah bekerja, setakat nak gi jalan2 dalam negara tu, Insya ALLAH, boleh diusahakan.. Cuma nak plan bila dan ke mana..hehehe.. Apa2 pun, I LOVE MY FAMILY SOOOOOOO MUCH!!
Muuuaaahhhhhhhhhh.. ^.^
0 Kata-Kata Hikmat:
Post a Comment