Thursday, March 15, 2012

Pehh!!! Akhirnya..


Apa yang telah berlaku? Lain macam je tajuk entri ari ni..hikhikhik.. Sebenarnya takde pape pun.. Ni nak citer semalam punya kisah.. Kisah aku dan tauhu bakar..hehehehe..

Nak aku citer dari awal ke? Bolehlah ek, nak kasi citer ni panjang berjela sikit..hehehe.. Well, macam yang korang tau aku ni still single lagi.. As usual, orang yang single ni tahap kemalasannya agak tinggi berbanding wanita-wanita yang telah bergelar suri ni.. Maklum le just fikir diri sendiri je.. Lebih-lebih lagi nak memasak walaupun tau masak.. Perghh!!! Memang level dia yang tertinggi la..hehehe.. Maklum la balik keje penat (alasan semata-mata..ceh!!!) So, aku pun tak terkecuali le (jujur ni ngaku..hihihi..). Selalunya aku ni rajin masak gak.. Ikut mood dan citarasa tekak.. Kalo rasa macam nak makan masakan sendiri, aku pun tung tang tung tang la kat dapur.. Ala, bukan masak apa pun, simple2 jek.. Orang bujang la katakan.. Tapi semenjak balik dari kampung aritu kan aku kurang sihat.. So, mood nak memasak tu memang tada mari juga.. Solutionnya? Beli atau makan kat kedai le..hehehe.. Ada satu kedai makan aku suka pegi sebab pada aku makanannya boleh tahan sedap dan keramahan tuan punya kedai.. Itu yang buat pelanggan melekat.. Kalo kedai makan diorang buka, kedai makan lain lengang tau.. Makcik tu sekeluarga memang peramah la, siap boleh gurau2 lagi..hehehehe.. Nampak beno pelanggan setia ye..

Amacam? Panjang tak intro aku? Sebenarnya aku bukan nak citer pasal kedai makan makcik ni.. Aku nak citer pasal kedai makan sebelah kedai makan diorang ni.. Biasalah, ala2 food court, kedai makan sebelah menyebelah le.. Nak dijadikan citer, aku kurang sihat last week, so ingat nak belilah sup ke kat kedai makan makcik ni.. Sampai2 jek tengok tutup.. Aik?? Apsal ek? Dah alang2 sampai takkan nak balik tangan kosong pulak kan? Perut pun dah main dram kat dalam.. So belilah dari kedai sebelah.. Kat kedai sebelah tu jual makanan panas gak, means masak bila kita order.. Dan kat depan kedai tu ada gerai kecik, makcik ni jual mi rebus dengan tauhu bakar.. Kira sewa tapak la ni.. Aku ni suka makan mi.. Mi bandung, mi rebus, mi goreng.. Tapi sepanjang gerai tu ada, aku tak pernah order atau try rasa mi rebus dia.. Sesekali tengok teringin gak, tapi tak pernah order lagi.. Camtu gak dengan tauhu bakar dia.. Aku ni jarang makan tauhu bakar.. Yang popular kat tempat aku tu rojak petis.. Perghh!! Kalo kena bahan-bahan dan rasanya, memang terangkat.. So semenjak dua menjak ni aku tertanya-tanya camne rasa tauhu bakar makcik tu jual ek.. Dan secara rasminya semalam aku beli dan menikmati rasanya..(macam orang mengidam lak kan? Heppp!!! Jangan fikir bukan2 k..)


Inilah rupanya tauhu bakar yang aku dok teringat-ingat tu.. Wah, macam best je kan? Masuk je dalam mulut, mmm not bad.. Sedap gak.. Actually yang menentukan sedap atau tak adalah kuahnya.. Macam mi berkuah gak.. Kalo sedap kuahnya, sedaplah mi tu.. Cuma aku ni memang suka pedas, kalo tak pedas tu kureng sikit la.. Kuah tauhu bakar ni kalo pedas sikit lagi syok.. Mungkin makcik ni fokus pada budak2.. Yelah, kalo pedas kesian pulak budak2 tak dapat makan.. So pada orang2 dewasa yang nak pedas tu, tambah sendiri cili, boleh? Kihkihkih.. Aku takdelah, semalam sekali lalu je abis 2 keping tauhu bakar ni aku ngap (ala, 2 keping bukan banyak mana pun).. Alhamdulillah..

Arini tak tau nak makan apa tengahari nanti.. Semalam dah makan ikan pari sotong bakar portugis kat Giant.. Well, not bad gak.. Licin pinggan aku..hehehe.. Semenjak dua menjak ni macam2 nak makan.. Tapi takdelah yang pelik2.. Mungkin nak cover selera hilang masa tak sihat aritu.. Well, I likeeee!!! Hehehehe..








0 Kata-Kata Hikmat: