Saturday, April 28, 2012

Tak Habis Lagi Rupanya..


Eh, apa pulak entry kali ni ye? Apa benda yang tak abis lagi ni? Ada2 je kan aku ni.. Okla, sebenarnya hari tu masa gi Jakarta my colleague pun ada amik gambar gak.. So, semalam dok belek2 gambo tu, macam best pulak nak upload dalam ni.. So korang layan je la ek.. Citer tak panjang sebab maybe banyak gambar yang akan dimasukkan. En. Hasruddin, boleh aaa saya nak mengglamerkan kita semua..hehehe..
















Sekian.. Udah abis fotonya.. Makanya ceritanya juga udah tamat ya.. Moga kalian terhibur..^_^











Friday, April 27, 2012

I Love Johor..



Kalo korang baca entry ni, secara automatik ramai yang dah tau aku ni asal Johor.. Betul tak? Kalo tak apasal nak suka Johor, negeri2 lain pun ada apa..hehehe.. Well, dah kenyataannya aku ni dilahirkan di Muar, Johor.. Dan membesar di Kota Tinggi.. Sebab itu le aku sangat sayangkan negeri kelahiran aku ni.. Tadi masa aku tengah blogwalking, terjumpa pulak entry pasal fakta2 menarik tentang negeri Johor and Johorean also.. So, sekarang ni aku nak bercerita sikit dari pandangan aku.. Hasil daripada pemerhatian selama 20 tahun membesar di Johor dan juga informasi daripada para Johorean..hehehe..


  1. Kitaorang sebut Johor sebagai 'Joho'.. Dan selalunya bila orang Johor cakap nak gi Joho, maknanya nak gi Johor Bahru @ JB.. "Ko nak gi mana Man?". "Joho". Maksudnya nak gi JB la tu.. Jangan pulak korang tanya balik,"Joho tang mana? Kan beso Joho tu?". Memang korang nak kena penampo la tu..hehehe..

  2. Orang Johor takde loghat tersendiri. Kalo berborak pun lebih kurang je macam orang KL. Cuma ada satu perkataan yang tak boleh lekang daripada mulut orang Johor. Apa ek? Ya!! Itulah jawapannya.. Dalam soalan dah ada jawapan sekali..hehehe.. Satu2nya perkataan yang hanya akan dikeluarkan oleh orang Johor apabila berbual adalah "ek". Betul tak? Ala, aku pun selalu guna perkataan ni. Contoh ayat,"umah awak katne ek?". Selalunya bila bertanya la. Hujung mesti ada "ek". Memang tak boleh hilang dah..huhuhu..

  3. Suku kata terakhir setiap perkataan yang berakhir dengan "AR" secara automatiknya akan ditukar menjadi "OR" atau "O" sahaja.. Muar jadi Muo, seluar jadi seluo, pagar jadi pago, besar jadi beso, lapar jadi lapo, penampar jadi penampo, ular jadi ulo, kelakar jadi kelako, bandar jadi bando.. Senaman mulut..hehehe.. 

  4. Ada perkataan dari Johor yang jarang digunakan atau tak pernah dengar di negeri lain.. Kalo di sebut depan orang dari negeri lain, kemungkinan besar diorang takkan faham.. Even adik ipar aku pun tak faham bila kitaorang cakap ghobok..hehehe.. Ghobok ni almari.. Sebenarnya gerobok tapi nak senang panggil ghobok je.. Selimut pulak kitaorang panggil gebar @ gebo..

  5. Pernah dengar perkataan "endut" tak? Kalo kat Johor memang selalu boleh dengar perkataan ni. Takyah gi jauh2, abah aku sendiri suka keluarkan perkataan ni.. Ayat paling dia suka tanya, "ko dah ada endut ek Rul?." Dia tanya adik lelaki aku samada dah ada awek @ gf.. Haa!! Tu le maksud "endut".. Awek @ marka @ gf @ bf..

  6. Satu lagi perkataan yang jarang atau mempunyai maksud lain di negeri lain adalah "sangap". Korang tau ke apa makna sangap tu.. Contoh ayat,"eee, besonya mulut dia sangap.. dah ngantuk sangat la tu." Dapat tangkap? Maknanya menguap le..hehehe..

  7. Selain tu korang tau tak berlenggeng? Ha!! Ini satu lagi perkataan favourite abah aku.. Berlenggeng tu tak pakai baju.. Half naked uuu.. Selalunya bila cuaca panas, abah aku memang suka berlenggeng je..^___^

  8. Karipap selalunya orang Johor panggil epok-epok.. Tembikai tu semangka (kat Jakarta pun diorang panggil semangka, so ini unsur2 dari Indonesia la agaknya ye..)

  9. Orang Johor makan pisang goreng, tempe goreng, tauhu goreng dengan sambal kicap.. Peh!!! Maveles.. Orang Johor kalo beli pisang goreng kat KL jangan terkejut pulak bila takde sambal kicap.. Nanti penjual tu terkejut sebab pelik makan pisang goreng dengan sambal kicap.. Kita pulak terkejut sebab makan pisang goreng takde sambal kicap.. Tak kick sungguh.. Nasib baik kat sini ada jual pisang goreng dengan sambal kicap sebab penjualnya asal Johor..hehehe.

  10. Kitaorang panggil cekodok @ cucur tu jemput-jemput.. Tak tau le camne leh jadi jemput2 padahal maksud jemput tu sila.. Jemput masuk - sila masuk..hehehe..

  11. Kalo kat majlis kawin belah pompuan pulak mesti ada tol.. Pengantin lelaki kena bayar tol sebelum dibenarkan dok bersanding sebelah pengantin pompuan.. Nilai tol ikut mak andam.. Selagi mak andam tak berpuas hati, jangan harap boleh lepas tau.. Kadang2 kesian tengok pengantin lelaki yang dah berpeluh-peluh tapi tak lepas2..

  12. Kat sesetengah daerah selain channel TV dari Malaysia, boleh gak dapat channel TV dari Singapore dan Indonesia.. Kat umah mak aku sendiri boleh dapat beberapa channel dari negara2 ni.. Kalo dari Singapore adalah dalam 4 - 5 channel camtu.. Nama aku lupa tapi ada Melayu, English, Cina, Tamil.. Dan selalunya citer yang diorang siarkan tu lagi advance daripada channel Malaysia. Sebab tu dulu2 aku lagi suka tengok channel TV Singapore.. huhuhu.. Indonesia pulak ada 2-3 channel.. RCTI, SCTV yang aku ingat.. Sume citer diorang dalam bahasa Indonesia even English movie.. Diorang akan translate ke Bahasa Indonesia.. Aku layan je.. Makanya bisa ngomong Indon gitu..hehehe.. Pendek kata kalo takde ASTRO pun takpe.. Channel yang ada tu pun tak terlayan nak tengok..

Hehehehe... Rasanya ini jelah fakta mengenai Johor @ Johorean yang boleh aku senaraikan.. Mungkin ada lagi tapi aku pun tak ingat.. Nanti kalo ada aku tambah lagi.. Kalo ada sesape yang nak tambah pun boleh.. Silakan mengomen ye.. Sangat dialu-alukan dengan senang hati..hehehe..











Ah, Tak Sabarnya..^__^


Apa yang tak menyabo sangat tu? Hehehehe.. Ok, ini klunya..Selasa next week cuti kan.. Antara Ahad dan Selasa pulak cuma ada Isnin.. Apalagi, amik cuti la Isnin tu.. Cuti Sabtu sampai Selasa, balik kampung!!! Yuuuhuuuu!!! Seronoknya nak balik kampung.. Last balik ujung bulan 2 aritu.. Dah 2 bulan tak balik ni.. Rinduuuuu..uhuk uhuk.. Di samping nak jumpa family, of course le nak bagi ole2 dari Jakarta..ahaks.. Tak sabar nak jumpa kakak Huda ni.. Rinduuuu kat dia sangat2.. Eee geram geram geram.. Kakak Huda tunggu mak long balik tau..

Esok plan nak bertolak pagi2 selepas subuh (harap2 semangat nak balik kampung akan mengatasi segala kemalasan bangun tido yang bakal melanda).. Korang faham2 la sendiri bila nak bangun pagi tu.. Liat yang amat.. Tapi disebabkan nak sampai awal, akan ku gagahi jua.. 5 jam perjalanan tu.. Kalo bertolak pagi, Insya ALLAH tengahari dah sampai.. Terus lunch.. Apa nenek Huda masak esok ek? Mmm..yummy yummy.. Apa pun yang nenek Huda masak, memang terbaik!!

Oh ya, adik aku @ cik Irul Huda & Adriana join sekali.. Ala, biasalah dia.. Kalo kakak dia balik, dia pun ikut sekali.. Adriana pulak ada program Ahad ni.. Kalo tak boleh dia ikut dengan ibu tapi ayah tinggal le.. Ayah dia keje, kena jaga rumah.. Ibu dia free all time, surirumah le katakan..hehehe.. Takpelah, hujung bulan kita berkampung di Sawah Ring ye..

Sape yang tak seronok balik kampung? Anyone? Nasib la kampung aku tu jauh.. Kalo setakat 2 jam boleh sampai, memang Insya ALLAH, tiap2 minggu aku balik.. Ini disebabkan jauh, terpaksalah menunggu bila ada cuti panjang.. Kalendar sepanjang tahun dah terpampang depan mata.. Buat plan tang cuti mana nak balik.. Tapi walau apapun, cuba balik sekerap yang mungkin.. Rindu kat atok & nenek Huda & Adriana..

Dan aku rasa ramai gak yang akan balik kampung minggu ni.. Sama cam aku la, Isnin tu apply cuti, iye tak? Bagus2.. Balik kampung, jenguk mak ayah.. Kalo kita rindu kat mereka, mereka lagi rindu kat kita.. Tertunggu-tunggu, ternanti-nanti bila anaknya nak balik.. Bila dah sampai, dah nampak depan mata, perhatikan bagaimana riak wajah mak dan ayah kita.. Sangat gembira.. Senyum je.. Ahhhh, besarnya pengorbanan seorang ibu dan seorang ayah.. Walau di beri segunung emas atau berlian, kita takkan mampu membalas jasa mereka.. Hanya kepada ALLAH aku memohon, semoga kedua ibu bapaku sentiasa berada di bawah lindungan-Mu dan rahmat-Mu, ya ALLAH.. Aminn..

Well, semoga cuti korang best ok.. Insya ALLAH cuti aku pun akan best..hehehe.. Hari terakhir keje ni biasa le.. Pulak tu esok nak balik kampung, memang mood keje sudah terbang sikit2.. Dah terbayang je kampung ni.. Ah, tak sabar nak menikmati udara kampung yang tenang dan mendamaikan.. Doakan perjalanan pergi dan balik aku selamat ye kawan2.. Sayang korang..^.^

Johor, wait for me!! I'm coming!!!







Wednesday, April 25, 2012

Weekend With Adriana..


Oleh kerana agak sibuk meng'update' blog lain pasal trip ke Jakarta tu, so tak sempat le nak update blog ni.. Tapi nasib baik dah abis citer ke Jakarta tu.. Boleh le mak long citer pasal budak comel plak..hehehe..

Last weekend mak long gi rumah Adriana.. Dah rindu sangat kat dia.. Sampaikan masa kat Jakarta, boleh tersebut nama dia masa dukung baby lain.. Boleh gitu? Hahaha.. Poyo je kan mak long ni.. Sambil nak jenguk Adriana tu, tujuannya nak bagi souvenir dari Jakarta.. Adalah sikit.. Kali ni cik Irul pun join sekali.. Dah lama tak jenguk Adriana.. Last jumpa masa masa2 balik kampung aritu.. Sibuk sangat keje.. Sabtu Ahad pun pulun keje gak.. Mmm..Bukan main lagi cik Irul ni kan? Cari duit nak kawin ek? Dah jumpa calonnya ke? *wink*wink*

Adriana sekarang ni dah pandai meniarap.. Comel je dia jadi combat.. Pastu kuat mengamuk.. Nak suruh orang bukakan baju dia.. Panas sangat, dia pun tak tahan.. Last2 tido pun berlenggeng je.. Ishh..seksi beno anak dara ni tido.. Nasib baik masih baby.. Sebab tu la dibenarkan..hehehe.. Posing tido yang dia suka pulak meniarap.. Sangat comel..hahaha..

Little princess tido.. Comel je kan?

Bangun je tido jadi combat jap.. Dengan muncung2nya..hahaha..

Tak cukup tido.. Panas sangat.. Bukak baju, memang best la dia tido.. Cekci u..

Wrestling dengan ayah.. Sape menang? Adriana la.. Ayah mana boleh lawan..^___^

Manja2 dengan cik Irul.. Dah lama tak jumpa ni..

Petang Ahadnya pulak kitaorang pegi ke Giant Shah Alam.. Saje jalan2 bawak budak comel ni.. Mak long tak beli pape pun.. Alah kat Kinrara ni pun ada Giant gak.. Sebelah opis mak long lagi.. Kalo mood tengah sengal, tiap2 hari gi Giant..hahahaha.. So, kat sini kitaorang pun dinner sekali.. Tengoklah kerenah budak comel ni.. Mak long ni pulak terlebih kreatif.. Sesuka hati je create scene..hehehe..

Ayah, saya nak ikut cik Irul.. Nak ikut cik Irul..

Cik Irul, dukung la saya.. Ee..perut buncit..

Akhirnya..

Baik je dia ye.. Kepala Adriana sama macam kepala cik Irul masa baby.. Rambut cinonet..

Alololo cutenya dia senyum..^.^











Tuesday, April 24, 2012

Alhamdulillah, Ada Gak..


Misi ke Jakarta dah pun selesai.. Sekarang ni kembali meneruskan aktiviti harian, apalagi keje le.. Dapatkan company untung banyak2.. Nanti boleh gi tempat lain pulak.. Betul tak boss? Ahaks.. Itu yang boss cakap la.. Ala, tak kisahlah tu, pegi atau tak lain citer.. Yang penting dapat gak merasa pegi Jakarta kan.. Walaupun tak jauh mana dan taklah secantik macam Europe tu, at least ada gak memory gi luar negara.. Terima kasih boss.. Semoga makin dilimpahi rezeki oleh ALLAH.. Dan yang paling utama, kita cuba bekerja dengan sejujur yang mungkin.. Tak nak cantas-mencantas orang lain.. Kalo orang lain suka nak kacau periuk nasi kita, biarlah.. Bumi ALLAH ni luas.. Kalo ada rezeki kita, Insya ALLAH adalah tu.. (eh, tetiba plak ada tazkirah kan? ada maksud tersirat ke? hihihi..)

So, apakah citer untuk hari ni? Hari ni bukan nak citer panjang2 pun, just nak summarize hasil yang berjaya diperolehi di Jakarta..hehehe.. Takdelah banyak pun.. Tapi adalah untuk setiap ahli keluarga as a souvenir.. Jauh2 pegi takkan balik tak bawak pape kan? Dapat bagi t-shirt sorang sehelai pun ok apa.. Ingat gak orang kat Malaysia.. Tapi yang ni untuk ahli keluarga sangat terdekat ye.. Untuk ahli keluarga lain, mintak mahap la.. Uangnya nggak cukup.. Kalo bawak 10 juta pasti aku beli untuk semua..hehehe.. Ala, Jakarta tu takdelah jauh sangat.. Tiket pun takdelah mahal mana.. You all semua mampu kalo nak pegi.. Pendapatan banyak2 apa salahnya bawak family pegi bercuti..;)

Sebelum aku memaparkan hasil2 yang aku bawak balik ni, dengan penuh rendah diri aku nak bagitau bahawa tujuan aku letak kat sini bukan nak menunjuk2 ok.. Just nak share sahaja.. So, pada sesape yang rasa aku nak show off, u can get lost!! U are not welcomed here..

Inilah semuanya yang aku beli.. Bawak duit semata-mata untuk shopping.. Memang syok le, betul tak? Mana tak sendat beg aku.. Memang macam sarung nangka..kihkihkih..

Ini t-shirt wajib.. Menunjukkan pernah sampai ke Jakarta.. Ala, t-shirt murah je.. Beli kat Thamrin City sebelah hotel kitaorang stay tu..

Kain pasang dan telekung hasil terjahan ke Tanah Abang.. For the ladies.. Bolehlah buat baju raya tahun ni..hehehe.. Telekung tu jenis semi-silk.. Kain dia lembut, licin dan berkilat.. Harga cuma Rp. 150,000 (RM 50) je.. Murah kan?

Ini kemeja batik untuk abah aku.. Tak tau nak belikan apa.. Susah nak cari souvenir untuk lelaki ni.. Akhirnya dapat gak la kemeja batik.. Cuma sekarang ni agak risau takut abah aku takleh pakai walaupun aku rasa XL ni dah beso bebeno saiznya..

Yang cute2 ni mestilah untuk my sweet little nieces.. Tak tau nak beli apa..hehehe..

And the last one, knitted sling bags for the single ladies.. Means for me and my little sister le.. Yang bulat tu untuk kakak Huda bawak gi zoo nanti..hehe.. Baju batik comel tu la yang aku beli kat airport.. Dompet for coins.. For my both SILs.. Satu lagi? Untuk aku le..hehehe..


So ini jelah yang dapat aku beli masa gi Jakarta.. Tak banyak mana pun.. Takdelah jubah bling2 ke walaupun konon2nya masa datang tu nak cari maxi dress.. Tapi bila dah penat sangat meronda, terus hilang minat tu.. Walaupun banyak gak la yang muncul depan mata.. Lagipun uangnya udah surut.. Gimana mau shopping lagi..hehehe..

Kalo korang nak gi Jakarta, pegi jelah.. Tiket pun takdelah mahal sangat.. Aritu kitaorang naik KLM.. Pegi balik dalam RM 400.. Itu harga yang paling murah la.. Kalo naik Air Asia mungkin lagi murah kot.. Tapi ada had bagasi.. Nak tambah kena bayar lagi.. Naik KLM ni maximum baggage 23 kg.. Kalo pegi berdua, memang syokla nak bershopping.. Bawa travel bag yang paling besar tu.. Penuh bag tu memang ngam2 23 kg..

Tempat2 yang paling korang akan pening nak memilih adalah pasar Tanah Abang.. Bukan setakat memilih, crowded pun boleh tahan gak.. Tapi choice memang banyak.. Kalo dah jumpa yang berkenan, terus grab.. Kalo fikir nak jalan2 dulu, memang putih mata la jawabnya nanti.. Sebab tak jumpa balik kedai tadi tu..hehehe.. Shopping mall yang diorang cakap murah kat sini adalah Mangga Dua.. Tapi kitaorang tak sempat pegi.. Memang takde masa.. Lagipun macetnya sangat teruk.. Thamrin City pun ok.. Banyak booth dalam tu.. Telekung ada, jubah ada, t-shirt ada, beg ada, kosmetik ada.. Kiranya kalo tak sempat nak gi Tanah Abang, bolehlah terjah sini..

So, setakat inilah sahaja citer aku pasal trip ke Jakarta ni.. Harap2 korang semua terhibur dan dapat jadikan panduan kalo ada niat nak ke sana..^__^