Friday, April 20, 2012

Jakarta - Day 1 (Part III)


Masih lagi kisah di hari pertama kami di Jakarta.. Panjang beno citer, betul tak? Relax, aku tau korang rasa macam bila la nak abis citer first day in Jakarta ni, kan? Hehehe.. Sabo, tak lama lagi abis la..

Dalam previous entry aku ada cakap kitaorang menempuh sesuatu yang sangat mencabar, ingat lagi? Sebenarnya lepas kitaorang keluar dari Istana Anak-Anak Indonesia tu, my boss ajak kitaorang naik skylift.. Nak tengok pemandangan taman tu dari udara.. Errkk!! Biar betul.. Sebenarnya aku ni sangat penakut.. Lagi2 tergantung kat udara tu.. Wahhhh, secured ke.. Tapi dalam takut2 tu naik gak.. Kalo tak naik, tak rasa la camne pengalamannya, betul tak? Lagipun kesian Shahrida takde partner.. Antara takut2 berani, naiklah jugaklah skylift tu.. Tapi serius masa nak mula2 gerak tu, cuak giler.. Bergegar lagi dasyat daripada kapal terbang nak take-off.. Menjerit kitaorang dalam tu.. Mengucap jangan cakap la.. Terkumat-kamit mulut baca apa yang patut..

Kena beli tiket dulu.. Rp. 25,000 (lebih kurang RM8.50)

Muka macam cool je kan? Tapi jantung macam nak gugur tu.. Tengoklah genggaman tangan tu.. Nampak sangat cuak..kahkahkah..

Bila dah tergantung tu, memang la takut.. Tapi pemandangan kawasan tu dari udara memang cantik.. Cuma dok dalam skylift tu panas giler.. Dahlah naik time tengahari.. Matahari tengah tegak atas kepala.. Dalam tu pulak mana ada aircond.. Ada tingkap kecik je.. Berpeluh-peluh makcik.. Tapi yang tak tahan bila angin kuat bertiup.. Bergoyang ko skylift tu.. Tobat la aku nak naik lagi.. Walau di mana2 pun..hahaha..







Inilah antara gambar2 yang sempat di ambil masa kitaorang dalam skylift.. Actually Shahrida yang tangkap semua gambo ni.. Den dah gayat, takdo makno la nak buek apo pun.. Dok diam2 dalam tu sampai la skylift tiba ke stesennya semula.. Dah turun tu rasa lega sesangat.. Wah!! Mau copot jantung gue ni.. Alhamdulillah, selamat..hihihi.. Penakut beno kan aku ni?

Lepas naik skylift ni bos aku ajak naik belon panas pulak.. Isshh, bos ni.. Tengok belon raksasa tu bergoyang-goyang dari bawah pun dah gerun.. Aiseh, lupa plak nak amik gambo..hehehe.. Tapi malangnya hajat bos aku tak kesampaian.. Cuaca tak menyokong.. Angin kuat, so tak boleh naik belon panas tu.. Sian..hihihi.. Bos aku cakap doa aku dimakbulkan..kuikuikui..

Gambar masa kat area belon panas tu aku letak dalam next entry la ye? Dah panjang sangat la rasanya ni..hehehe.. Next entry aku confirm memang last part for our first day in Jakarta..hihihi.. Korang janganlah boring k.. Ala, sesekali baca citer bersambung-sambung.. Sama gak macam tengok drama kat TV tu..huhuhu..









0 Kata-Kata Hikmat: