Thursday, April 19, 2012

Jakarta - Day 1 (Part I)


Bangun tido, kitaorang semua bersiap-siap nak gi sarapan kat dalam hotel tu gak.. Oleh kerana ini adalah company trip, maka penginapan dan pengangkutan semuanya ditanggung oleh bos.. Duit poket pun dapat 1.5 juta rupiah.. Nak lebih, bawak la duit sendiri..hahahaha.. Aku bawak takdelah banyak mana, dalam 4 juta rupiah gitu.. Ada lagi balance 16000 rupiah ni..hehe..

So, first morning in Jakarta, apa yang best untuk di makan? Ada 4 tray makanan, 1 tray sup, 1 periuk nasi putih, cereal, roti, buah-buahan, salad.. Buah pun cuma tembikai, betik dengan honey dew.. Air pulak orange (wajib) dengan satu lagi samada laici atau durian belanda.. Macam ni la setiap hari.. Buah setiap hari sama cuma makanan je lain2.. First day yang aku makan cuma mihun goreng dengan buah je.. Air plak orange.. Bukan apa, tak lalu nak makan makanan yang lain.. Macam pelik je namanya.. Maklum le, den ni orang kampung..ahaks.. So, makan je la apa yang boleh ditelan.. Alhamdulillah, kenyang la jugak.. Tak tau la berapa cajnya.. Bos bayo..huhuhu..

With the cute twins belong to my boss..

Then, program pertama adalah menuju ke Taman Mini Indonesia.. Tapi on the way kitaorang singgah ke muzium khas untuk Presiden Soeharto.. Presiden yang paling lama memerintah Indonesia.. Ala2 Tun Dr. Mahathir la kalo kat Malaysia tu.. Sebenarnya tak dibenarkan bawak masuk kamera dalam tu tapi kitaorang nampak ada orang amik gambar gak.. So kitaorang pun snap la apa yang boleh.. Senyap2 dan cepat2.. Takut kena tahan dengan pak guard..hahaha..



Potret ni adalah hasil gabungan beribu-ribu gambar Presiden Soeharto.. Dari jauh tak nampak..



Oklah sampai sini je, kita sambung dalam Part II nanti ye.. Panjang sangat nanti kalo citer dalam satu entry ni.. Jangan lupa ye next entry tau..^_^


















0 Kata-Kata Hikmat: