Hai semua.. Sihat arini? Harap2 semuanya sihat la ye.. Aku pun sihat gak, Alhamdulillah.. Arini entri aku pasal kegilaan aku.. Aku ni gila tau, korang jangan tak tau.. Baik2 baca blog aku ni, nanti gila aku tu berjangkit lak kat korang.. Tak pasal2 aku yang disalahkan nanti..hehehe.. So sebelum baca entri ni, baik korang fikir betul2.. Kalo korang tak nak jadi gila macam aku, jangan baca tau..
(peh, psiko bebeno bunyinya kan? hahaha..)
Ala takde pape la.. Arini aku nak citer pasal minat @ hobi aku.. Aku ni sangat suka membaca.. Bagi la apa bahan bacaan pun, pasti aku akan membacanya dengan khusyuk sekali.. Dulu masa study, bila roomates beli majalah, aku la yang paling last akan baca.. Sebabnya? Aku ni kalo baca takde lompat2.. Aku akan baca setiap mukasurat majalah tu.. Sama gak dengan suratkhabar.. Aku akan baca setiap helaian.. Kalo ada 5 artikel kat mukasurat tu, semuanya aku baca.. Kalo aku yang baca dulu majalah tu, memang kesianlah member2 aku yang lain.. Berjanggut menunggu.. Sampaikan diorang cakap aku tengah baca atau tengah mengkaji..hahahaha.. Kesian.. Tensen la tu menunggu..
Ha!! Satu lagi bahan bacaan yang aku sangat suka baca.. Aku rasa bukan aku sorang je yang suka baca.. Korang pun ramai yang suka baca gak ni.. NOVEL.. Sape tak suka baca novel? Sila angkat tangan.. Ada ke? Kalo ada, tak payah baca entri ni, tutup cepat.. Eh, eh..jap.. Gurau je, janganlah marah..hehehe.. Aku sangat gilakan novel.. Semua jenis novel aku baca.. Setakat ni banyak gak la koleksi novel aku.. Nak beli banyak2 takde tempat nak letak, pastu kalo nak pindah nanti susah nak angkat.. Berat tu.. Maklumlah takde rumah sendiri.. Nanti kalo dah ada rumah sendiri, bolehlah beli novel banyak2.. Pastu buat mini library kat rumah.. Waaaa, sukanya.. Itulah impian aku.. Nak wujudkan mini library dalam rumah untuk menyokong minat aku ni..
Aku suka membaca novel sejak dari sekolah menengah lagi.. Masa tu novel Ahadiat Akashah sangatlah popular.. Tapi masa sekolah aku tak beli novel, maklumlah kewangan tak mengizinkan.. Masa tu harga dalam RM 3.50 ke RM 4.50 untuk sebuah novel Ahadiat yang nipis tu.. Tapi aku memang tak mampu nak beli.. Kebetulan pulak kawan sekelas aku ni banyak novel Ahadiat.. Sekarang baru aku terfikir, camne dia boleh beli novel banyak2 masa tu.. Hebat gak dia ni.. So, aku pinjam daripada dia la.. Pada aku novel Ahadiat ni okla.. Takdela sampai meninggalkan impact dalam jiwa aku sebab cara penulisan dia tu open sangat pada aku.. Tapi disebabkan aku ni suka membaca, citer tak best pun boleh jadi best.. Pasti sampai ke helaian terakhir ku baca..hahaha..
Novel pertama aku beli.. Semarak Rindu tulisan Norzailina Nordin
(bukan setakat novelis, chef hebat gak ni..). Masa tu aku form 4. Kisah percintaan antara doktor dengan jururawatnya.. Pastu ada watak antagonis, makwe doktor tu.. Kira cinta 3 segi la.. Doktor yang baik tetapi mempunyai makwe yang agak kureng.. Pastu dia terpikat kat jururawat sendiri.. Macam2 la rintangan diorang kena hadapi
(novel cinta 3 segi mostly plotnya sama, cuma garapannya berbeza) tapi endingnya best la.. Lepas baca citer tu memang berada di dalam khayalan la.. Berangan meletakkan diri pada watak jururawat tu..huahuahuahauhua.. Budak form 4, hormon menggatal tengah tinggi.. Tu yang senang terbawa-bawa..
Then masa further study baru aku mula serius dengan membeli novel ni.. Semuanya bermula daripada satu novel yang aku beli kat kedai buku tempat aku study dulu.. Masa study pun bukannya ada duit sangat.. Tapi kerana dah rasa macam kena beralih sekejap daripada buku pelajaran ke buku lain, aku pun pergilah survey bahan bacaan yang menarik.. Adalah 2 buah novel aku beli.. Citer takdelah berat sangat.. Relax je baca.. Sehinggalah di satu hari, aku terbeli sebuah novel.. Novel action thriller yang menjadikan aku peminat novelisnya sehingga kini.. Tajuk novel tu 'Ranggau', hasil nukilan novelis thriller no. 1 di Malaysia, sape lagi kalo bukan Ramlee Awang Murshid (RAM).. Ha!! Korang kenal tak? Bagi peminat novel thriller, mesti suka baca novel RAM ni.. Tapi tak semua orang boleh faham novel RAM ni.. Member aku kata pening bila baca sebab tak faham.. Memang garapan RAM ni agak complicated tapi kalo jenis yang suka berimaginasi dan fokus, rasanya tak akan ada masalah nak faham novel RAM ni.. Tapi awas ye, bila korang dah start baca novel RAM ni, korang tak akan mampu menahan diri untuk menghabiskan novel tu cepat2 dan ada masanya korang akan terbayang-bayang apa yang dibaca dalam novel tu di alam realiti.. Macam tu sekali penangan RAM ni.. Jadi pada sape2 yang agak lemah semangat tu, fikir 10 kali ye sebelum baca novel RAM.. Sebab jalan ceritanya bukan macam novel cintan-cintun santai tu ye..
Rasanya separuh daripada novel RAM ni ada dalam koleksi aku
(punyalah minat giler).. TOMBIRUO, SEMANGAT HUTAN, TOMBIRUO TERAKHIR, RANGGAU, MANDATORI, SATU JANJI
(sedih, orang pinjam tak pulangkan..), RAHSIA PERINDU
(psiko beb citer ni..), 9 NYAWA
(yang ni ala2 Ghost Whisperer), BAGAIKAN PUTERI, CINTA SANG RATU & HIJAB SANG PENCINTA.. Novel yang lain tu aku tak beli lagi.. Sebab apa ek? Kata peminat tegar RAM.. Sebabnya nanti aku jelaskan k..
Novel paling aku suka? Mmmm..semuanya aku suka.. Tapi paling aku syok baca adalah Tombiruo.. Kisah Ejim yang hidup di hutan setelah kelahirannya dinafikan oleh keluarga sendiri akibat rupa parasnya yang tidak seperti manusia biasa dan sangat menakutkan.. Masa aku baca novel ni, aku asyik dok membayangkan camne la rupa Ejim ni ye.. Pastu siap terbawa-bawa ke dalam hutan tempat Ejim tu tinggal.. Tapi Tombiruo ni bersambung dengan Semangat Hutan & Tombiruo Terakhir.. Kiranya ni citer trilogi la.. Tapi memang best la novel2 ni..
Novel yang paling aku jatuh cinta adalah Bagaikan Puteri.. Aku jatuh cinta pada Laksamana Sunan.. Sangat2 jatuh cinta.. Rasanya macam nak pegi je ke zaman Laksamana Sunan tu hidup
(wujud ke dia ni sebenarnya?).. Dan aku tau bukan aku sorang yang jatuh cinta kat Sunan.. Ramai lagi wanita di luar sana yang tergila-gilakan Sunan.. Betul tak?? Ala, jangan tipulah.. Sape yang tak nak pasangan hidup seperti Sunan tu.. Almost perfect.. Tapi kat zaman ni ada ke orang macam dia? Memang aku betul2 jatuh cinta pada Laksamana Sunan.. Punyalah hebat citer garapan RAM ni.. Kalo korang nak tau apa yang buatkan aku jadi biol sampai boleh jatuh cinta, korang bacalah sendiri.. Pasti korang akan temui jawapannya..
Then aku teruskan dengan sambungan Bagaikan Puteri iaitu Cinta Sang Ratu.. Tapi aku tak tau kenapa, sekerat jalan aku baca novel tu, semangat membaca novel aku hilang secara tiba2.. Aku tak boleh fokus dan aku takde mood nak membaca.. Sudahnya sampai sekarang aku tak habiskan lagi novel tu.. Dan Hijab Sang Pencinta adalah sambungan Cinta Sang Ratu.. Sampai sekarang aku tak baca lagi.. Jangankan baca, buka pembalut novel tu pun tak lagi.. Masih sama macam masa beli last year.. Adoiii..aku pun tak tau apsal aku jadi camni.. Novel 9 Nyawa tu pun aku paksa gak diri membacanya.. Boleh gak la fokus tapi it's not fun as before when the mood to read is available all time.. Dan ini jugalah sebabnya aku stop beli novel buat masa sekarang ni.. Yelah, kalo beli tapi tak baca, nak buat apa, kan? Tapi buat sementara waktu jelah.. Bila dah ok, pasti aku akan beli lagi..
Sedih gak ni tapi membaca tak boleh di paksa.. Walau apapun aku akan cuba mengembalikan mood membaca ni.. Aku pun sangat tak sabar nak tau apa jadi kat Laksamana Sunan tu akhirnya.. Balik ni aku akan cuba buka2 novel tu.. Harap2 dapat sesuatu.. Tapi jangan terkejut pulak nanti ada entri 3 novel habis dalam masa 3 hari..hahaha.. Tak pun weekend adalah masa untuk menghabiskan novel2 yang tergendala..hahahahahha..
Apapun, aku tetap sangat suka membaca novel.. Cintan-cintun ni tak berapa sangat.. Aku suka yang mencabar minda aku untuk berfikir sama.. Aku rasa otak aku ni serabut la.. Suka sangat fikir yang puzzled..hahaha..
0 Kata-Kata Hikmat:
Post a Comment