Saturday, April 14, 2012

Here I Am.. Jakarta..


Hi semua,

Di saat korang baca entri ni, maka dengan sukacitanya aku mengumumkan bahawa aku dah selamat sampai di Jakarta..hehehe.. Ala, aku rasa korang pun dah boleh agak kan aku akan ke Indonesia.. Cuma bila ketikanya, tak sure, betul tak? Sebab aku ada buat entri pasal uang jutaan rupiah itu..hehehe..

Sebenarnya ni adalah company trip.. So bukan aku sorang2 yang bercuti kat Jakarta ni.. Bos aku seisi keluarga.. Colleague aku.. Kiranya ini bukan vacation yang aku boleh acting giler2 200%..hahaha.. Yelah, kalo pegi dengan kawan2 bolehlah nak keluarkan segala kebiolan dan kesengalan, betul tak? Suka hati ko nak tunggang terbalik, nobody cares.. Kalo dengan bos ni, faham2 jelah.. Kena jaga tata tertib u..huhuhu..

Dan kerana entri ni auto-post, aku pun tak sure aku akan stay kat mana, berjimba-jimba kemana.. Ikut bos le.. Mana dia bawak kami ikut saja.. Yang penting dapat gak merasa pegi negara orang walaupun mungkin negara sendiri lagi best.. muahahahaha.. Tak pernah terfikir nak bercuti di luar Malaysia ko.. Kalo ikutkan pengalaman orang yang pernah datang ke Jakarta ni, kain pasang murah2.. Kat pasar besar Tanah Abang.. Ala2 Pasar Payang Terengganu gitu.. Tapi aku pun tak sure.. Kalo sungguh bagai dikata, bolehlah sambar barang sepuluh pasang ke (giler..ko nak buat bisnes ke hape?). Iyelah, alang2 dah sampai kan.. Kenalah tamak haloba sikit..hahaha..(macam banyak sangat uang dibawa..ceh..). Ala takdela, tengok gak la budget camne.. Dapat beli sepasang untuk setiap ahli keluarga pun dah kira ok.. Souvenir orang jawa cakap..hehehe..

Kami akan balik pada Selasa malam.. Flight schedule pukul 6.50 petang waktu Malaysia.. Kiranya kat sana pukul 5.50 petang (Malaysia cepat 1 jam dari Indonesia).. So kami akan tiba dalam pukul 8.00 malam (sepatutnya) tapi dalam flight schedule to dianggarkan dalam pukul 9.50 malam.. Takpela, yang penting sampai dengan selamat ke tanahair.. First time ni naik kapal mabur.. Eh, second time la.. First time masa datang tadi..hehehe..

So, oleh kerana itu, mungkin aku tak dapat nak update blog ni buat sementara waktu.. Nanti lepas balik semula ke Malaysia, aku citer pengalaman kat Jakarta ok.. Korang doa2kanlah aku selamat kat sini ye.. Akhir kata, enjoy your weekend and take care always.. Sayang korang semua.. ^.^











0 Kata-Kata Hikmat: